B A B 1

Fanfiction - KPOP Completed 1234

Ji Min merenung jauh dengan tangannya memeluk kedua-dua lutut. Matahari perlahan membenamkan dirinya dan sinarnya itu memancar lembut wajah Ji Min.

Gadis itu mengeluh perlahan, matanya ditutup. Mindanya berputar kembali di saat eommanya masih ada. Setiap kali bila matahari mula terbenam, eommanya akan membawa Ji Min ke pantai tersembunyi.

Semenjak Ji Min dari bayi lagi akan dibawa bersama untuk melihat matahari terbenam. Kata-kata eommanya masih kuat di ingatannya;

Jikalau Eomma sudah tiada di dunia, jagalah diri baik-baik. Jangan mencari musuh, dan jika ada musuh sayangilah dia sepertimana  Eomma sayangi Appa. Ingatlah kata-kata Eomma yang Eomma sentiasa sayangkan Ji Min.

Matanya mula bergenang dengan air mata, namun dibiarkan saja. Setitik demi setitik air matanya mula membasahi pipi.

"Eomma, Ji Min rindukan Eomma," rintihnya perlahan.

Bila tibanya hari lusa, sudah genap 8 tahun eommanya meninggalkannya. Appanya pula terus pergi bersama kekasih baru. Tinggalah Ji Min seorang diri yang berusia 11 tahun ketika eommanya meninggal dunia.

Ji Min membuka matanya kembali. Tiada lagi sinaran matahari, memandangkan senja sudah melabuhkan tirainya. Ji Min berdiri, menghela nafas sedalam yang mungkin sebelum menghembusnya perlahan.

Buat kali terakhir, Ji Min memandang pantai itu lalu mengatur langkahnya untuk pulang ke rumah.

°°°°°

Selepas parkirkan keretanya, Ji Min memasuki rumah dan mengunci pintu utama sebelum pergi ke dapur.

Kotak makaroni diambil dari kabinet. Keju pula diambil dari peti sejuk. Ji Min mengidam mac and cheese beberapa hari ini.

"Siapa pula yang call ni? Unknown number?"

iPhonenya berdering, namun tidak menunjukkan nama, hanya nombor yang tertera di skrin. Tanpa ragu-ragu, Ji Min menjawab,

"Annyeong?"

"Annyeong yeobo! Ni hah, oppa ada belikan barangan.."

Ji Min terus memintas,

"Mianhae, salah nombor"

Terus panggilan itu ditutup.

"Ada jugak salah nombor time macam ni," bebelnya.

Malam itu, Ji Min memasak makanan kegemarannya. Ketika melangkah ke ruang tamu, matanya tertancap ke bingkai gambar yang ada wajah eommanya.

Sekali lagi, air matanya menitis. Makanan kegemarannya itu selalu dimasak oleh arwah eommanya dulu.

Dalam benak hatinya, kesakitan yang perit itu masih terpaku. Tiada kata-kata yang sesuai untuk menghuraikannya.

Ji Min makan malam di ruang tamu, adakalanya Ji Min teresak-esak menangis ketika makan. Sungguh dirinya merindui eommanya!

Beep!

Bunyi itu menandakan mesej baru. Ji Min membuka mesej itu tanpa perasaan lalu membaca;

Unknown number:

Saya tak salah nombor, Kim Ji Min..

To be continued...

A/N

Hey guys! Nah, novel yang fresh utk korang baca ?? kalau nak sambungan, please komen ya ??????

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience