Chapter 6

Fanfiction Series 16105

" Leesya ! Leesya ! lambat lagi ke nak siap tu ? " jerit Umminya dari bawah .

" Biar Angah pegi tengok Leesya . " Kata Angah pantas menaiki tangga untuk ke bilik adiknya

Tuk ..tuk.. tuk..

" Leesya boleh angah masuk " kata Angah . Dia berjalan masuk ke dalam bilik selepas adiknya menyuruh masuk . Dia melihat adiknya sedang menampalkan bedak di muka . Tiba tiba muncul Idea ingin mengusik adiknya .

" Kenapa adik angah ni lama sangat make up ? pakai bedak tu tak habis lagi ke ? Nak tunggu tebal 10 inci ke ?" bebel Angah , entah apa yang ditanya pun tak tahu . Ikut keluar mulut jerr .

" Apa yang angah bebelkan tu , dah macam mulut murai. Dah pegi jauh jauh jangan kacau Leesya . Menyibuk jerr . " Kata Leesya , tangannya masih meratakan bedak di muka . Bukan make up tebal pun sebenarnya , sapu bedak sikit sikit je . Sebenarnya Leesya ni nervous sebab nak pegi makan malam dengan keluarga kawan abahnya , sebabtu buat lambat2 tu .

Aleesya pakai dress labuh warna soft turqoises and shawl warna hitam .

Angahnya datang dekat dan terus merampas bedaknya . Itukah Idea jahat ? jahat sangat ke ?

" Amir Izzwan !! bagi balik bedak Leesya . " minta Aleesya . Angahnya hanya ketawa terbahak bahak melihat muka marah adiknya itu .

Aleesya cuba merampas balik compact miliknya tapi tangan Angahnya lincah menyembunyikan compact itu .

" Angahh !! Bagi balikkk " jeritan Aleesya menyebabkan angah memberi balik compact tersebut kepada tuannya .

" Tahu takut ! Suka sangat usik usik orang . Nak main usik usik kawin la . Boleh usik kak ngah selalu . Boleh bagi anak saudara comel2 , Leesya boleh main dengan anak saudara yang comel macam Leesya ni . " ucap Aleesya panjang lebar bersama senyuman. Angahnya membuat muka menyampah .

" Cakap orang mulut murai , dia tu 2×5 jer . Cakap orang jerr lebih . Lepas Leesya kawin angah kawin la . Leesya bagi anak saudara kat angah dulu . Yang handsone handsome macam angah ni . Deal ? " kata Amir Izzwan membalas senyuman adiknya .

' Nak perli aku pulak la tu ' desis hati Aleesya .

" Handsome celah mana la abang ni ? " Leesya muka abangnya . Saja jer usik , angah memang handsome okay ! angah handsome so aku cute la . Hihihi .

" Handsome kat sini , ramai orang kat luar tunggu abang tau ! " Angah menunjukkan mukanya .

" Banyak la abang punya handsome la kawin la " Leesya berlalu ke katil dan duduk .

" Kahwin tu betul la " Amir menghampiri Leesya .

" Apa abang merepek ni ? nak kawin dengan sapa ? Loki? " balas Aleesya .

Angahnya ketawa kembali mendengar jawapan adiknya .

" Dengan Loki buat apa ? dengan Ad- " Amir Izzwan bagaikan tersedar apa yang dikatakan .

" Dengan siapa bang ? Ad ? Ad mana ? Hah Adam ? " Aleesya tertanya tanya .

" Aikk mana Leesya tahu ni ? " tanya angah kembali .

" Adik angah ni kan ada kuasa magik . Nak hilangkan angah kat depan ni pun boleh " Kening Aleesya terangkat sebelah .

" Banyaklah kau punya magik . Mana magik yang nak hilangkan angah tu ? " balas Angahnya .

" Tunggulah dulu , kalau hilang jangan salahkan Leesya . 123 zam zam Ala- "

" Leesya , Angah apa yang lama sangat tu " tegur Puan Salina yang berada di pintu menghentikan magik Aleesya sebentar tadi .

" Kejap je lagi ummi , Angah ni kacau Leesya . Dah la membebel macam mak cik kantin . Ummi turun dulu , nanti Leesya dngan angah turun " terang Aleesya . Kesian makcik kantin tersedak kalau tengah makan . HAHAHA .

" Jangan lama sangat , nak bertapa dalam bilik ke apa " kata Puan Salina kemudian berlalu untuk menunggu di bawah .

" HAHAHA , Aleesya Airana ummi suruh bertapa dalam bilik " kata Amir Izzwan bersama tawanya . Kan aku dah cakap angah ni macam orang gila harini .

" Suka hati ! " balas Aleesya pantas mengambil begnya untuk turun ke bawah .

Angah mengekori Aleesya " Sya , mana magik tadi . Tak habis lagi " Usik Amir Izzwan .

" Dah tak jadi sebab ummi kacau " kata Aleesya melayan .

" Buat la semula " kata Angah lagi .

" Magik sekali jerr "

" Tak pe la tak nak buat " Kata Angah Ala ala merajuk .

Aleesya berpaling ke arah abangnya yang tngh merajuk " Alolo abang Leesya merajuk macam budak tadika . Tak sedar diri " kutuk Aleesya , bukan nk pujuk .

" Biar la " Amir ingin berlalu menuruni tangga .

" Tunggu jap Angah , nak tengok magik tak ? jangan turun lagi " ucap aleesya .

" Mana ? "

" pusing belakang dulu , kalau habis Aleesya cakap zam2 sampai kazam angah pusing ekk . Leesya nak hilangkan diri Leesya sampai dalam kereta Abah . " terang Aleesya .

" Cepat la "

" Tunggu la . 123 zam zam ala kazam " Amir berpusing ke belakang melihat adiknya sudah tiada .

" Banyak la dia punya magik , mana tak hilang kalau dah berlari masuk kereta Abah " kata Amir seorang diri . Dia juga turut berlalu ke garaj kereta .

Mereka bertolak untuk ke restoran yang telah di tempah bersama sama cuma angah je pakai kereta sendiri . Mengada ngada kan ? Nak habiskan minyak petrol yang makin mahal la tu . HAHAHA.

**********

Aleesya dan keluarganya masuk ke dalam sebuah restoran mewah . Restoran itu berkonsepkan kayu . Dinding2 juga dicat dan dihiaskan ala ala kayu . Imagine sendiri la ye !

" Angah cantik nye restoran ni " bisik Aleesya kepada angah di sebelahnya . Matanya masih melilau melihat disegenap ruangan restoran itu .

" Ehh leesya ni dah macam jakun " kutuk angahnya . Aleesya pantas mencubit lengan abangnya itu . Satu satunya abang yang dia ada .

Aleesya tersenyum melihat angahnya , Amir Izzwan mengaduh kesakitan .

" Eii ketam ni aku potong tangan baru tahu " Amir menjeling Aleesya .

" Ehh korang berdua ni tak habis habis brgaduh . Nanti dah takde baru la nak rindu2 . " tegur Kak Long Aleesya , Puteri Alya Amira .

" Leesya nk rindu mamat ni ? memang tak arr . Perasan ! " kata Aleesya menjelirkan lidahnya .

" Eleh ingat kita nak rindu dia ke ? No way ! " balas angahnya .

" Hish dah la gaduh tu , macam anjing ngn kucing . Jom la , abah dan ummi dah pegi tu ." Mereka berjalan mengikuti Dato' Kamal dan puan salina yang berjalan ke arah satu meja yang agak tersorok . Maklumlah nak privacy siket . Hekhekhek .

Mereka sekeluarga menghampiri meja yang diduduki oleh seorang lelaki dan dua orang perempuan . Sorang sebaya ummi manakala sorang lagi muda pada aku kowt .

" Assalakmualaikum Azlan ! apa khabar ? lama tak dinner sama sama . " tegur Dato' Kamal .

" Waalaikumsalam ouh Kamal ! duduklah .. Haah lama kita tak dinner " balas lelaki itu dan bersalaman dengan Dato Kamal serta Amir Izzwan . Manakala aku , ummi and kaklong berslaman dengan dua orang perempuan di situ .

Aleesya memerhati muka seorang wanita yand dirasakan mengenalinya . Sapa ekk ? Aleesya mengerah otaknya untuk
meningat kembali . And lastly ' Ouh ni yang aku langgar and jumpa kat butik ummi sibuk cakap pasal anak dia '

" Lan ni anak kau ke ? Mana Adam ? " tanya dato' kamal . Maklum lah dah lama tak jumpa .

" Ha'ah ni anak perempuan aku , Umur dia 18 baru . Yang Adam tu tak datang lagi , datang dengan kereta sendiri . " terang Tan Sri Azlan dengan panjang lebar .

" Ma ! Pa " Semua orang tertumpu ke arah pemanggil termasuklah Aleesya . Aleesya memerhari mamat tu dengan riak terkejut .

' Ehh asal dia ada kat sini ? ' tanya Aleesya sendiri .

********

Chapter 6 here !!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience