Chapter 3

Fanfiction Series 16105

* ALEESYA POV *

Aku tiba di rumah menjelang petang. Aku memarkingkan kereta di garaj yang sedia ada. Aku membuka sneakers hitam yang aku pakai dan meletakkannya di dalam almari kasut.

Aku memberi salam lantas berlalu ke dalam rumah. Aku melihat Mak Mun berehat di meja makan. Mak Mun ni orang gaji rumah ni tapi kitorang tak pernah anggap mak mun sebagai orang gaji. Aku berjalan menghampiri mak mun yang sedang mengelamun.

" Mak Mun " Aku menjerit nama mak mun menyebabkan mak mun terus melatah.

" Mak anak harimau mati , Astaghfirullahalazim ! sya kenapa tak bagi salam nasib baik tak tercabut jantung mak mun ni haa " Mak Mun menjeling aku tajam . Alah mak mun ni dah pandai jeling² . siapa yang ajar ni ? Akulahh hihihi.

" Sorry , Mak Mun ni dari tadi mengelamun kenapa ? rindu suami la tu " usik aku sambil memandang mak mun.

" Ish apa kamu ni , rindu apa kalau Pak Hamid ada kat luar tengah cuci kereta tu haa " jawab mak mun sambil menunding jari ke arah Pak Hamid yang sedang mencuci kereta. Pak Hamid tu suami mak mun . Aku melambai ke arah Pak Hamid. Pak Hamid membalas lambaianku. Sebenarnya aku nampak pak Hamid cuci kereta dekat garaj masa pulang tadi.

" Mak Mun , Umi dengan Abah tak balik lagi ke ? " tanya aku kepada mak mun , mata aku meliar mencari kelibat umi dan Abah.

" Ohh , umi ngan Abah kamu tak balik lagi. lambat sikit kot . Sya dah makan ? " aku mengangguk dengan penyartaan mak mun.

" Tak pe la Mak Mun , sya naik dulu ehh " Aku berjalan menaiki tangga dan masuk ke dalam bilikku.

Aku meletakkan barang barang yang di beli di atas meja solek. Aku mengambil tuala yang sedia tergantung di tepi meja solek dan berlalu ke bilik mandi untuk menyegarkan badan.

*****************

Setelah selesai mandi dan menunaikan solat asar , Aku menuju ke katil untuk berehat. Aku mencapai telefonku yang asyik berbunyi daripada pulang tadi . Aku jarang silent phone , nanti kalau hilang susah nak cari . Aku menekan application whatsapps .

' Wuishh banyaknya mesej ' monologku sendiri. Aku membuka group Scania.

Mia?
Sya jum la cakap pasal tadi !_!

'asal diorang ni tanya pasal tadi , aku ingat dah lupa . nak cakap apa ni'

Lia?

Aku fall in love ngan kawan dia
la. ??

Emma?
Amboi , gatai hang na. Mana Putri Aleesya Airana ni ? orang sibuk dia boleh dk senyap jaa.

' buat tak tahu je la . hehehe '

You?
Hei korang ! asal bising bising ni
?

Emma?
Alaaa pasal tadi tu la . Hot topic ni !

Mia?
Haah betul tu ! hot topic ni ! rugi kalau aku tk sertai.

You?
Hot topic ape kebenda la korang ni !

Lia?
Sya , kau usya la dia sya , manalah tahu jodoh. Aku boleh usya kawan dia tu.. Hihihi

You?
Aku usya ? memang tak arr . Kau nak usya kawan dia pegi , jangan libatkan aku ! Lagipun aku malas fikir arr pasal cinta skrang ni . Kau faham aku kan ?

Aku lantas menutup phone dan meletakkannya disisi.

Kotak fikiran Aleesya masih menerawang kejadian di shopping mall tadi .

FLASHBACK

Aku berjalan untuk mencari barang yang ingin di beli. Aku membelek beberapa barang yang ingin di beli . Aku berlalu ke arah troli yang berdekatan untuk meletakkan barang tersebut.

Sedang elok aku berjalan ada seorang budak main lari lari dan terlanggar aku . Kakiku tidak dapat menampung badanku akibat terkejut . Semua barang telah terbang entah ke mana .

Aku masih kaku walaupun badan hampir menyembah lantai . Mulutku seakan terkunci untuk meminta tolong . Aku hanya berserah kepada yang Esa.

Setelah sekian lama menunggu tetapi badanku tidak terhempas ke lantai . Aku perlahan lahan membuka mata , hampir luruh jantung aku melihat seorang lelaki di hadapan . Muka kami agak rapat sehingga aku dapat merasa hembusan nafasnya .

" Syok sangat usya muka hensem aku ni , tak nak bangun ke ? " lelaki itu berkata

Aku bagaikan tersedar dari lamunan tadi dan terus berdiri gagah menggunakan kaki sendiri .
" Bila masa aku usya muka hensem kau ? " balas aleesya pantas menutup mulut nya apabila tersedar yang dia kata lelaki tu hensem ... ummi leesya maluu !!

" so aku hensem la . speechless aku dengar kau cakap aku hensem , terima kasih . Ingatkan sombong . " muka Aleesya dah membahang tahap puncak bukit . Membahang sebab malu bukan sebab marah . Takkan nak marah lelaki hensem ni ? Ishhh leesya apa kau merepek ni !

" Hey ! yang kau mengelamun ni apasal ? " Aleesya terus berpaling ke arah lelaki itu apabila tersedar.

" Ohh sorry , terima kasih sebab tolong aku . And sorry jugak sebab langgar kau tadi . " Aleesya bagaikan tersedar yang lelaki yang dilanggar merupakan lelaki yang menolongnya kini .

" Ouh , jadi kau ingat la aku ni yang dilanggar and then tak nak minta maaf " Ucap Adam dengan senyuman sinis di bibirnya .

' Aku minta maaf boleh pulak dia ni perli.. Hish geram aku ' marah Aleesya dalam hati . Just dalam hati , orang dah tolong takkan kita nk maki hamun pulak kan .

" Kan aku dah......" belum sempat Aleesya menghabiskan kata katanya apabila Lia menyergah dari belakang .

" Hey sya , kenapa ni ? " tanya Lia yang sempat melihat adengan perbalahan itu tadi . Mia dan Emma turut menghampiri Aleesya.

" Tak de pape la , kitorang cuma ga- " Kali kedua Aleesya tidak dapat menghabiskan kata katanya apabila melihat 4 orang lelaki hensem menghampiri mereka . Tapi hensem lagi mamat depan aku ni ! Hish apa kau ni leesya , mengarut je .

" Hey bro , apasal ni ? " tanya salah seorang dari lelaki itu . Mereka semua memandang ke arah Adam .

" Hah takde pape pn salah faham sikit " jawab Adam .

Aku memandang Lia yang berada di sebelah sedang memandang lelaki tu tidak berkelip .

" Ehh Lia , kau tengok apa tu ? " bisikku kepada Lia , padahal sudah tahu apa yang dipandang Lia .

" Hah ! tak de pandang apa apa pun " Jawab Lia tipu .

" Eleh kau ingat aku tak tahu kau pandang apa " Perliku kepada Lia.

" Wey , hensemnyaaa " kata Lia lantas menutup mulutnya setelah mnyedari bahawa dia tersasul .

" Ehemm bisik apa tu ?" bunyi deheman seseorang membuatkan kami berpaling ke arahnya .

" Sibuk jer " balasku bersama jelingan tajam . Sebab mamat tu yang tanya aku bagi jelingan , kalau kawan dia tanya aku bagi senyuman . Hehehehe

" Ehh korang di baru kenal dah gaduh . Jodoh baru tau ! Btw aku Faiq , ni Afiq , Hanif , Haziq and orang yang kau gaduhkan tu namanya Adam . " Ucap Faiq bersama senyuman di bibirnya .

" Ouh perkenalkan saya Aleesya , ni kawan saya Mia , Lia dan Emma " Aku memperkenalkan kawanku kepadanya . sapa sruh dia knlkan kwan dia tadi pn aku tak tahu .

" Hai " kata Lia ,Mia , dan Emma serentak .

" Tak pelah kitorang mintak diri dulu " Ucapku meminta diri

" Jomlah kita bayar sama sama " Kata seorang daripada lelaki itu , Afiq.

" Ehh takp- " Belum aku habiskan kataku Mia lantas mencelah .

" Boleh boleh jomla bayar sesama" Kata Mia bersama senyuman manis .

Mereka berjalan di hadapan bersama troli yang dibawa .

" Hai " Aku berpaling ke sebelah apabila mendengar orang menegurku .

' Whatttt asal dia ni ad kat sebelah aku , bukan tadi kat depan ke ? ' dengus hatiku

" wey mengelamun apa kau ni ? " katanya lagi

" Tak de apenye ! btw terima kasih selamatkan aku and maaf sebab langgar kau haritu ! " kataku lantas meninggalkannya di belakang .

" Sya sya ! bukak pintu ni ! Abah ajak sembahyang maghrib berjemaah ! " jeritan mamaku di luar pintu menyebabkan aku tersedar dari lamunanku .

Aku berlalu ke arah pintu dan terus membuka pintu .

" Mama dan abah dah lama balik ? " tanyaku

" Baru je balik tadi , jom la abah ajak solat sama2 " balas mama .

" Okey ma ! kejap lagi Leesya pegi ! " kataku kepada mama .

" Kitorang tunggu dalam bilik solat , cepat sikit ! " pesan mama kembali lalu meninggalkan bilik ini .

Aku berlalu untuk mengambil wudhuk dan terus ke dalam bilik solat untuk menunaikan solat maghrib berjemaah .

*****

* vote and comment *

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience