Chapter 8

Fanfiction Series 16126

Aleesya tersedar daripada tidurnya apabila mendengar jam di telefonnya berbunyi . Dia menggosok mata yang masih kabur dan melihat jam yang tertera di telefonnya .

' Ouh baru pukul 6.30 '

Dia mengambil tuala untuk mandi dan mengambil wudhuk untuk menunaikan solt subuh .

Setelah selesai mandi dan menunaikan kewajipan sebagai hamba , Aleesya menuruni tangga dan ke dapur untuk menolong umminya menyediakan breakfast .Dia terlihat umminya dan lantas di tegur .

" Ummi nak masak apa tu ? " tegur Aleesya mengejutkan umminya . Dia berjalan menghampiri umminya dan berada di sebelah umminya .

" Hish kamu ni..terkejut ummi . Ni ummi nak masak kueh teow goreng jerr . Yang kamu turun awal ni kenapa ? " Haa kan dah kena sebiji .

" Elehh orang nak turun awal pun tak boleh . Nak tolong ummi la ni , kesiann ummi penat . "

" Ye la tu . Anak ummi nak tolong ummi kan ? "

" Ye , apa yang boleh Leesya tolong ? "

" Tolong sediakan pinggan atas meja tu , lepastu kejutkan abang kamu kat atas tu . Entah dah solat subuh ke belum " Arah Puan Salina beserta bebelan . Tangan masih mengacau kueh teow dalam kuali tau .

Aleesya akur arahan umminya . Dia mengambil pinggan dalam almari lantas dihidangkan di atas meja makan . Selalunya kerja ni Mak Mun yang buat tapi Abah bagi Mak Mun dan Pak Hamid cuti . Katanya kesian diorang dah lama tak balik kampung .

" Ummi , Leesya dah hidangkan pinggan ni atas meja . Tiba masanya untuk Leesya kejutkan abang . HEHEHE " . Dia terus menaiki tangga dan memasuki bilik abangnya . Aip sebelum tu kena ketuk pintu dulu , nanti kena marah .

Tok...Tok..Tok

" Abang Leesya nak msuk.. " Leesya berjalan masuk setelah tiada sahutan daripada abangnya .

Dia melihat abangnya yang sedang enak tidur di atas katil . Ting ! lantas idea jahat timbul di mindanya .

' Haritu dia ganggu akukan , hariniii biar aku ganggu dia tidur ' bisik Aleesya .

Dia mengambil bantal yang telah jatuh kebawahh dan...dihempuk atas perut angahnya menyebabkan....

" Arghhh " jerit mereka serentak . Amir menjerit sebab sakit . Aleesya ? sebab terkejut dengar abangnya menjerit . Hish apa bunya budak la dua orang ni .

" Apa abang ni ? " tanya Leesya memandang abangnya .

" Yang Leesya ni kenapa ganggu abang pagi2 ni ? " Soal Amir semula . Ish aku sedap tidur boleh pulak dia kacau . Nasib baik adik , kalau tak....dari tadi aku humban dalam kolam .

" Elehh orang nak kejut solat subuh je la . " Aleesya yang masih berdiri menghampiri katil dan...terus melabuhkan punggungnya di situ .

" Abang dah solat la . Tepi tepi orang nak tidur ni , kacau je la " Omel Amir tapi cute . * ehh author , kau jangan melebih . Nanti dengan kau kau aku humban dalam kolam * * ehh sorry2 , sibuk ckit pun tak boleh *

" Abang dah la tidur tu , ummi suruh bangun la . Dah lewat dah abang nak pergi kerja , nanti kena pecat baru tahu " Aleesya masih tidak berganjak dari katil abangnya . Dia menepuk kaki abangnya yang dilitupi selimut .

" Keluarlah sya , abang ngantuk ni . Sapa nak pecat abang , abangkan bos . " Bicara Amir dengan mata yang masih tertutup .

" Eiii geramnyaa... Suka hati abanglah .. Pekerja tak bertauliah . Sepatutnya bos kena tunjukkan contoh yang baik untuk pekerja tapi abang... contoh yang tidak baik . " Bebel Aleesya lagak umminya . Dia kembali menepuk abangnya menyuruh bangun .

" Ish yela2 bosan arr . Keluar la abang nak mandi ni " Kata Amir lantas mengambil tuala dan menuju ke bilik air .

Aleesya di belakang sudah tersenyum kemenangan . Tak habis dengan sia sia air liur aku membebel . Dia mengatur langkah ke pintu untuk turun ke bawah tapi sebelum tu..

" Angahhhh cepat ckit " Dia turun ke bawah bersama senyuman gembira setelah dapat mengusik abangnya .

Amir yang berada di dalam bilik mandi hanya menahan geram melihat telatah adiknya tadi .

*******

Aleesya , Alya dan Dato ' Kamal menikmati sarapan pagi yang disediakan oleh Puan Salina tanpa menghiraukan Amir Izzwan .

" Good Morning ummi abah " tegur Amir Izzwan yang baru turun dari tangga .

" Morning " jawab mereka serentak .

" Amboi morning ummi ngan abah je ke ? Kakak ngan adik ni takde morning ke ? " Gurau Alya kepada adiknya . Dia memandang Aleesya di sebelah bersama senyuman .

" Haah takde ke ? dah la tadi orang tolong kejutkan " Aleesya turut mengiakan kata2 kakaknya .

" Ouh morning kak long , morning murai ops adik " Amir menutup mulutnya lagak orang yang tersalah cakap .

" Ummi tengok abang ni " Adu Aleesya kepada umminya .

" Ish korang berdua ni tak habis2 bergaduh . Dah2 makan " tegur umminya dan menyuapkan makanan yang masih berbaki di dalam pinggan .

" Ouh btw petang ni abah nak semua berkumpul kat ruang tamu , ada benda yang nak di bincangkan " sampuk Dato' Kamal setelah lama mendiamkan diri .

Aleesya memandang abang dan kakaknya yang cuma mengangkat bahu tanda tidak tahu . Tapi Aleesya sempat menangkap senyumam kegembiraan yang terserlah di wajah kakaknya .

Setelah selesai makan , Amir dan Dato ' Kamal berlalu pergi ke pejabat . Manakala kakaknya pergi ke hospital untuk menjalankan khidmat sebagai doktor .

Aleesya berfikir sejenak ' Kalau ummi pergi butik mesti aku dduk sorang kat rumah , ahhh mana boleh aku kan penakut . Selama ni takpa Mak Mun ada ' Aleesya membuat keputusan untuk...

" Ummi Leesya nak ikut ummi pergi butik "

" Pergi la siap cepat , ummi tunggu ni "

Aleesya memakai baju yang sesuai dan pergi ke butik bersama umminya

******

Adam menumbuk meja kerjanya . Seharian kerjanya tidak dapat dilakukan kerana asyik memikirkan pekara tersebut . Perkara apa ? perkara yang dibincangkan oleh ibu bapanya dan ibu bapa Aleesya dekat restoran haritu .

Sebenarnya setiap butir bicara yang digunakan sudah difahami oleh Adam . Hari tu dia sengaja buat tidak tahu kerana tidak mahu melenting dan sebabtu jugaklah dia balik awal .

Adam membetulkan rambutnya yang sedia kusut sebab dia telah memgusutkannya . Dia berlalu keluar dari pejabat dan berdiri di hadapan meja PA nya .

" Saya half day harini . Cancelkan segala appointment saya . " Kata Adam dan terus berlalu .

Dia memandu tanpa hala tuju . Akhir sekali , dia membuat keputusan untuk berjumpa kawannya . Dia menelefon kawan yang sangat dipercayainya .

" Ziq , aku nak jumpa kau kat tempat biasa " Kata Adam di dalam talian . Talian pantas di matikan .

Nah bab 8 . Hambar kan ? Sorry arr . Ni pun nasib baek dapat idea . Jemputlah baca ekk .

* read , vote and comment *

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience