Chapter 9

Fanfiction Series 16126

Aleesya termenung memandang langit ditemani air mata yang mengalir di pipi . Tidak sangka hari ini dia akan menerima berita gembira turut diselitkan berita yang membuatkan dia sedih .

Aleesya memandang belakang apabila terdengar tombol pintu di pulas . Kelihatan angahnya datang menghampirinya dan berdiri bersama adiknya di balkoni .

" Leesya kenapa nangis ni ? Leesya kan dah cakap kat angah yang Leesya takkan nangis kalau perkara ni berlaku . " Amir Izzwan menyeka air mata yang mengalir di pipi adiknya .

" Kenapa ummi dengan abah buat leesya macam ni angah . Abah dah taknak jaga Leesya ke ? " Aleesya menghamburkan tangisnya di pelukan abangnya .

" Leesya pandang angah , Mereka buat macamni sebab mereka nak yang terbaik untuk Leesya kan . Pilihan ibu bapa merupakan pilihan yang paling baik . Leesya tak nak hampakan ummi dengan abah kan ? "  Kata kata semangat diberikan kepada adiknya . Satu satunya adik yang dia ada .

" Leesya tak tahu pun Adam tu macam mana " Aleesya memeluk abangnya untuk ke sekian kalinya .

" Think positive Leesya , good think will come to you . Tak baik buruk sangka kat orang . Apa pun jadi , Leesya kena ingat angah selalu ada dekat Leesya . " Air mata Leesya kian surut setelah mendengar kata2 semangat dari abangnya . Aleesya melepaskan pelukan abangnya .

" Dah dah jangan nangis , cengeng la adik angah ni nangis " Amir Izzwan sengaja mengusik adiknya untuk melihat senyuman di wajah adiknya .

Aleesya ketawa mendengar usikan abangnya . Ketawa yang dibuat2 kerana tidak mahu melihat abangnya turut sedih .

" Angah keluar dulu . Tak perlu risau , pergilah tidur dah lewat ni . Goodnite cengeng " Amir berlalu keluar dari bilik adiknya diiringi doa di dalam hati .

' Semoga tuhan kurniakan Leesya rahmat dalam rumah tangga '

***********

Setelah melihat abangny keluar , Aleesya berjalan dari balkoni ke katil untuk menenangkan fikiran . Dia memanjat katil dan meletakkan badannya . Dia memandang siling biliknya yang di cat putih . Hatinya kembali  dihurung rasa hiba apabila mengingatkan peristiwa di ruang tamu tadi .

* Flashback *

Semua orang menanti Dato' Kamal di ruang tamu . Semuanya memandang sesama sendiri sebelum Dato' Kamal tiba dan melabuhkan punggungnya di sofa bersebelahan isterinya .

" Korang tahu apa tujuan kumpulkan kat sini " Semua hanya diam memandang abahnya .

" First , Kak long korang nak kahwin 2 minggu depan " Kata kata Dato' Kamal mengejutkan Aleesya dan Amir Izzwan . Mereka berdua memandang kakaknya yang tidak lekang dengan senyuman . Mereka juga turut tersenyum .

" Second , abah nak Leesya kahwin dengan adam  2 minggu lepas hari pernikahan Kak Long " Sambung Dato ' Kamal lagi . Senyuman yang terbit di bibir leesya lantas mati mendengar arahan yang diberikan . Semua memandang wajah Aleesya dengan penuh simpati .

Aleesya merenung abahnya sebelum membuka mulut " Kenapa Leesya kena kahwin dengan Adam ? " Kata Leesya sayu . Berita ini lebih mengejutkannya daripada pernikahan kakaknya tadi . Air mata Leesya mula menuruni pipinya .

" Leesya , leesya kesiankan abah kan ? abah buat semua ni untuk kebaikan Leesya . " Terang Dato ' Kamal . Alya dan Puan Salina mula menghampiri Aleesya yang menangis teresak esak setelah mendengar berita yang dikhabarkan .

" Ab..Abah da..h t....tak sa..yang Leesya ke ? abah tak nak jaga Leesya la...gi..ke ? " Tanya Leesya tersedu sedan .

" Leesya , tiada istilah abah tak nak jaga Leesya tapi abah buat semua ni untuk kebaikan Leesya . Nanti kalau abah takde , sekurang kurangnya abah tenang sebab dah ada orang jaga Leesya . " Tutur kata yang keluar dari mulut Dato' Kamal menambahkan sebak di hati Leesya .

" Takpelah pa , bagi Leesya masa nak fikir " Aleesya berlalu naik atas nak masuk ke dalam biliknya dengan wajah yang masih dibanjiri air mata .

* End Flashback *

Air mata Aleesya kembali mengalir mengingatkan peristiwa tadi . Hatinya yang sebak tidak dapat diungkapkan kepada orang sekeliling . Lama kelamaan , matanya tertutup dan terus terlelap . Harapan Aleesya agar...

' Esok lebih baik dari hari ini '

********

Adam pulang lewat sikit aroud 9 kerana berjumpa dengan  kawannya . Segala masalah diceritakan . Dia membuka pintu rumah dan berlalu ke ruang tamu melihat mama dan papa nya yang setia menunggunya .

" Kan papa dah sruh balik awal ! Kamu pegi mana tadi sekarang baru balik ? " Belum sempat Adam duduk , Tan Sri Arzlan memaki hamun anaknya . Adam hanya mendiamkan diri dan duduk di atas sofa berdekatan .

" Ada apa papa nak jumpa Adam ? " tanya Adam tak betah duduk lama di situ .

" Papa nak kamu kahwin dengan Aleesya bulan depan . Tiada bantahan . Kalau kamu tidak ikut apa yang papa cakapkan , papa akan lucutkan jawatan kamu sebagai ceo syarikat dan papa akan bagi syarikat tu dekat sepupu kamu tu . " Terang Tan Sri Arzlan panjang lebar .

" What ??? Kenapa Adam kena kahwin dengan dia ??! And kenapa papa nak ugut Adam bagai ?! " Kata kata Adam naik melawan butir bicara papanya .

" Papa cakap benda betul ni Adam . no married no ceo " Ugut Dato ' Arzlan .

" Pa , papa tahu kan kisah Adam ? kenapa papa buat Adam macamni ? Adam tak nak kahwin la !!! " Bentak Adam . Dia memandang tajam papanya . Puan Sri Maria hanya memandang mereka berdua tidak berani untuk melemparkan kata2 .

" Adam ! Sampai bila adam tak nak kahwin ? Ingatkan kisah lama sampai ke tua pun tak kahwin ! Papa buat semua ni untuk kebaikan Adam " Dato' Arzlan memandang anak terunanya itu .

" Adam setuju kahwin dengan dia " Adam memberikan kata putus dengan senyuman sinis di bibir . Dia berlalu ke arah keretanya tanpa memandang orang tuanya .

Adam memandu keluar dari kawasam rumah tersebut menuju ke.... Kelab malam..Lepas je Adam gaduh ngan mama dan papa dia haritu . Dia terus pergi ke kelab malam untuk hilangkan stress dan cari ketenangan .

' Minah tu nak kawin ngan aku ? memang tak arr... Nak main ngan takpe.. Playgirl ? ' Adam menempik seorang diri di dalam kereta bagai orang yang hilang kewarasan .

Setelah memasuki kawasan kelab yang terbina gah di bandar Kuala Lumpur . Dia terus berjalan masuk dan duduk di sofa yang sedikit tersorok .

Bagaikan manusia yang tidak mengenali hukum halal haram . Dia memesan wine yang sering diminum sejak kebelakangan ini . Agama yang disanjung selama ini dibiarkan begitu setelah berjaya digoda oleh godaan syaitan .

Adam meneguk wine yang dihantar oleh pelayan di situ . Dia mengambil telefon dan menelefon Haziq . Hanya Haziq kawan yang dia akan ceritakan segalanya .

" Hello , aku nak jumpa kau " Kata Adam dalam keadaan separa mabuk .

" Kau kat mana ni wei ? Asal aku bunyi bising ni ? Kau kat kelab ke ? " bertubi2 soalan yang ditanya dari dalam talian .

" Haah aku kat kelab . Kau datang je la . Macam tak biasa datang sini " Adam terus menamatkan perbualan dan meneguk wine untuk kesekian .

Dia melihat seorang perempuan datang menghampirinya dan duduk di tepinya . Adam memandang tangan wanita itu yang bermain di dadanya .

" Baby , you nak I temankan you ? jomlah I temankan you " kata wanita itu manakala tangannya masih bermain di dada Adam .

" No , sorry I am not in the good mood " Balas Adam tanpa menghiraukan perempuan itu .

Perempuan itu tidk menyerah kalah dan lantas mencium Adam . Adam bagaikan terbuai dan tergoda dengan permainan perempuan itu akhirnya membalas ciuman tersebut .

*********
Haziq pantas berlari masuk ke dalam kelab malam yang pernah dimasuki dulu . Selepas sahaja dapat panggilan telefon dan mengetahui keberadaan kawannya disini . Dia pantas meluncur laju sehingga sampai di kelab ini . Pasti kawannya mempunya masalah sehingga sanggup melepak di tempat begini .

Di melilau mencari Adam nak ternampak Adam sedang berciuman dengan seorang gadis di tempat yang pernah mereka duduki dulu .

Dia berjalan ke arah Adam dan menarik perempuan itu untuk melepaskan ciuman mereka . Perempuan itu tersedar dan terus memarahi Haziq .

" Hey you , apa you buat ni ? "

" Hey bitch ! please stay away from here "

Perempuan itu mencebik dan lantas meninggalkan mereka di situ . Haziq memandang perempuan yang berlalu pergi itu dan mengalihkan pandangan kepada kawannya .

" Adam , apa kau buat ni ? kau dah janji ngan aku kan tak nak datang sini " Haziq hanya memandang Adam yang sedang mabuk dan semestinya tidak memahami apa yang dicakapkan .

Dia memapah Adam dan membawanya balik ke kondonya .

*******

Hai ! Nah chapter 9 ! Jemputlah baca ekkk !  Kalau tak faham tu boleh la tanya . Author tak sombong pun ??

Ringankanlah tangan reader sekalian untuk vote and comment cite ni .  Support la author ni . Heheheh . Next chap malam ni atau minggu depan . Kalau rajin author update malam ni

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience