Chapter 11

Fanfiction Series 16105

Pesawat yang dinaiki selamat mendarat di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra . Hampir 45 minit menaiki kapal terbang , Aleesya selamat menjejakkan kaki di bumi Kota Bharu . Dia berjalan keluar daripada balai pelepasan .

Matanya galak mencari pemandu teksi yang akan membawanya ke rumah tok ma . Langkahnya laju diatur menuju ke sebuah teksi yang berada berhampiran . Dia memasuki teksi tersebut kebetulan tiada penumpang .

" Cik nak pergi mana ? " tanya pemandu teksi dan memandang Aleesya melalui cermin pandang belakang .

Aleesya membelek - belek beg tangannya untuk mencari kertas yang tertera alamat .

" Awak hantar saya ke Kampung Hujung Kepulau . Lot 311 kampung hujung kepulau (?) . " Terang Aleesya kepada pemandu tersebut . Pemandu teksi tersebut tersenyum memandang Aleesya . Aleesya yang melihat hanya membalas dengan jelingan dan memandang pemandangan yang cantik di luar .

" Amboi kau jeling kat aku . Aku tengok kau dari tadi lagi. Kau tak kenal aku ke ? "

Aleesya yang mendengar bicara pemandu tersebut lantas mengalihkan pandangan memandangnya . Benak fikirannya mula keliru . Aku kenal ke mamat ni ?

" Saya kenal ke awak ? " tanya Aleesya yang mula ketakutan .

Pemandu yang melihat Aleesya ketakutan lantas ketawa .

" Hahahaha Ya Allah , sya kau tak kenal aku ? Aku la Arsyad . Dulu kita sejiran . Kau ni nyanyok ke ape . Aish kecik - kecik dah nyanyok "

Aleesya hanya memandang Arsyad dengan wajah yang bingung . Otaknya di kerah kembali untuk mengingatkan pemuda itu .

" Owh Arsyad dulu yang orang panggil Acat tu kan . Ouh dah ingat dah " Kata Aleesya setelah mengingati Arsyad . Nasib baik orang panggil Acat , kalau cacat ?

" Aduhh mung , namo gelare aku hok tok comey tu buleh pulok mung ingat " Bicara Arsyad dalam dialog Kelantan .

' Aish dah start loghat kelantan mamat ni . Dah la aku tak ingat mana dah nak cakap kelantan . '

" Ho maaf la aku tok ingat mano ko mu . Tok penting pun " Ucap Aleesya lancar .

" Woi jahat molek mu ni . Doh la mulut lazer "

" Ikut aku la . Tidok mu kijo bowok kapal terbang ehh ? pah gano buleh bwok teksi pulok ni ? " bertubi - tubi soalan yang keluar dari mulut Aleesya .

" Eh mu ni banyok la soale . Ho la aku kijo pilot sebenarnyo . Minggu ni cuti , pah bose duk rumoh aku jadi la pemandu teksi meta . Samo jah , pemandu kapal terbang nga pemandu teksi . "

" Lamokei tubik paper ' PILOT YANG DIKENALI SEANTARO DUNIA MENJADI PEMANDU TEKSI SEMENTARA ' . " Kata Aleesya diselitkan hilai tawa .

" Biar la , rezeki halal deh " Jawab Arsyad ingin menang .

" Hahahaha I can't imagine . Bo la kaca aku , aku nk tengok sawoh padi ni . Lamo doh tok tengok " Matanya dialihkan memandang persekitaran yang dikelilingi sawah padi . Sungguh cantik ciptaan Tuhan .

Arsyad hanya memandang kawan lamanya melalui cermin pandang belakang . Kepala digelengkan mengenangkan perangai kawannya itu . Tak berubah sejak dulu lagi .

Aleesya hanya memandang sawah padi sambil melayan perasaan . Kata - kata abah dan umminya tentang perkahwinan secara tiba - tiba itu terngiang - ngiang di kepala .

*********

" Sya ! Sya ! sapa doh " Kata Arsyad kepada Aleesya . Keretanya turut diparkingkan di kawasan rumahnya . Maklumlah rumahnya hanya selang sebuah rumah daripada rumah nenek Aleesya .

" Hah gedio ? " Aleesya yang mengelamun sedikit tersentak apabila suara yang kuat menyentuh gegendang telinganya dan terus dibawa ke koklea yang mana menjadikannya impul saraf . * okay mengarut . HAHAHAH *

" Sapa doh ! Mu ni kuat berange bakpo ? Ado masaloh ko ? " Tanya Arsyad sambil mengangkat bagasi Aleesya .

" Tak doh ehh . Aku mikir maso depe , nok nikoh nga anok rajo Hahahahah " Ucap Aleesya sambil membuat lawak .

" Tak po la gitu gak . Kalu ado gapo - gapo oyak la katku ni . Ingat etek saing sejak kecik agi ni . Main nikoh samo-ii dulu . Ingat dok main tarik tin dulu sapa jatuh reboh golek masuk sawoh padi . Hahahah tok leh lupo aku " Arsyad ketawa melihat muka Aleesya yang masam .

" Aku ingat ehh ?? Eleh dulu aku kecik lagi deh . Tak po la aku nok balik ni . Nok jupo tokma . Bye ! Assalam ! " Aleesya berjalan setelah memberi salam .

" Kirim salam ko tokma tu " Laung Arsyad di belakang .

*************

Puan Sri Maria mengorak langkah menuju ke bilik pejabat anaknya . Ada satu perkara yang ingin dibincangkan dengan anaknya dan sudah semestinya perihal perkahwinan nanti . Dia berjalan menuju ke arah meja seorang perempuan yang sedang tersenyum ke arahnya .

" Amelyn , Adam ada ? " tanya Puan Sri Maria kepada PA anaknya .

" Ada Puan Sri , Tuan Adam ada dalam biliknya . Puan Sri nak jumpa Tuan Adam ke ? boleh saya panggilkan . " Jawab Amelyn bersama senyuman manis dibibirnya . Dia hormat kepada wanita di hadapannya kerana walaupun kaya tak lah sombong macam typical orang kaya lain .

" Ehh takpe la Mel saya pergi kat bilik dia je " Puan Sri Maria terus melangkah ke bilik anaknya .

Tok .... Tok ... Tok ..

" Masuk ! " Kata Adam tegas setelah mendengari pintunya diketuk . Wajah mamanya terjembul di sebalik daun pintu tersebut .

" Eh mama buat apa kat sini ? " Ucap Adam tenang . Adam mempersilakan Puan Sri Maria duduk di atas sofa yang telah disediakan di biliknya .

" Tak kan nak lawat anak sendiri pun tak boleh . Dah lama Adam tak balik rumah . Adam pergi mana ? " Tanya Puan Sri Maria penuh kerisauan .

Adam hanya memandang simpati melihat mamanya yang risau " Bukan tak boleh . Boleh sangat . Ma tak perlu la risaukan Adam . Adam dah besar dah , tak lama lagi nak kahwin dah dengan pilihan mama "

Puan Sri Maria sedikit tersentak mendengar butir bicara yang keluar dari mulut anaknya .

" Adam , mama dan papa buat semua ni untuk kebaikan Adam . Mama harap Adam boleh jaga Aleesya dengan baik . " Adam melihat muka mamanya bertambah sayu semasa mengungkapkan kata kata itu .

" Okey ma , but I am not really sure . " Balas Adam bersahaja . Dirinya masih tidak boleh menerima sebarang perempuan di dalam hidupnya .

" Adam lupakanlah semua tu . Mulakan hidup baru ye nak . Tak pe la mama dah nak balik ni . Jangan lupa balik rumah harini . Dah lama kamu tak balik . " Kata Puan Sri Maria sebelum melangkah keluar dari bilik pejabat anaknya .

Adam hanya memandang mamamya keluar dengan kepala yang masih berserabut .

' Perlu ke aku lupakan semua tu ? Aish tal boleh ! Semua perempuan sama jer . Don't even give them the second chance ! ' Kata hati Adam sehaluan dengan akal fikirannya .

******************************

" Assalamualaikum ! Tokma ooo Tokma ! Aleesya dah sampai ni ! " Salam dilaung dari luar sebuah rumah kayu yang cantik dan moden .

Salam terus diberi hingga kali yang ke-3 sebelum pintu dikuak dari dalam dan menjembulkan(?)
wajah wanita lingkungan 70an .
Wajah Nek Salma diamati sebelum tangan dihulurkan kepada neneknya . Huluran tangan tersebut disambut oleh Nek Salma .

" Leesya datang rumah tokma ni naik apa " Tanya wanita tua tersebut sambil menarik tubuh cucunya memasuki rumah tersebut .

" Kebetulan tadi Leesya jumpa Acat tokma kat airport . Dia bawa teksi tu la yang Leesya tumpang dia . Lepastu dia kirim salam kat Tokma . " Terang Leesya yang hanya melabuhkan punggungnya di atas kerusi berangkai(?) yang disediakan di ruang tamu .

Salam dijawab oleh Nek Salma terlebih dahulu sebelum meneruskan perbualannya . " Ouh Acat anak Mak Cik Kalsom tu ke . Leesya tak penat ke ? Kalau penat pegi la masuk berehat dalam bilik tu . Tokma nak buat kerja kejap . "

" Ha'ah la tokma , Leesya masuk bilik dulu ekk . Nanti Leesya tolong Tokma buat kerja tu " Leesya menarik bagasinya menuju ke bilik yang sering didiami jika pulang ke kampung . Bagasi diletakkan di tepi almari. Bagasi yang dibawa hanyalah kecil kerana bajunya sudah disediakan di dalam almari biliknya . Baju di dalam bagasi hanya simpanan kalau nak ke mana-ii (?) .

Aleesya menghumbankan badannya yang kepenatan di atas katil berlapikkan tangan di bawah kepalanya sebelum dia terlena kerana semalaman dia tidak tidur .

******************************

Langkah kakinya dihayun(?) ke dapur melihat Tokma yang sedang menyiapkan makanan untuk tengah hari . Kepalanya dijenguk ke dalam kualin melihat masakan yang dimasak oleh neneknya .

" Tokma masak apa ni ? " Tanya Aleesya kepada Tokmanya yang sedang mengupas kulit bawang .

" Tokma nak buat nasi kerabu khas untuk Leesya . Ni makanan favourite Leesya kalau datang sini kan " Sesi pengupasan kulit bawang di ambil alih oleh Aleesya sebelum neneknya bangun untuk melihat bahan yang ditumis di atas dapur .

" Ha'ah la . Dah lama tak makan nasi kerabu . Buat sedap sedap ekk Tokma " Nek Salma hanya melihat cucunya yang gembira . Walaupun Aleesya cuba untuk jadi gembira tapi matanya dapat menunjukkan riak yang terselitnya kesedihan di dalam dirinya .

" Ye la , untuk Leesya special Tokma buat . Leesya dh solat zohor ? " Tanya Nek Salma kepada cucunya .

" Dah solat tadi tokma , tadi penat sangat sampai tertidur hampir setengah jam . Nasib baik dengar azan kat luar , kalau tak ni pun tak sedar lagi " Terang Aleesya . Jiwanya sedikit tenang selepas menunaikan kewajipannya kepadaNya . Sesungguhnya ketenangan akan datang jika kita ingat kepadaNya.

Bicara mereka didapur berlanjutan sehinggalah hidangan yang dimasak dihidangkan di atas meja makan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience