Chapter 5

Fanfiction Series 16126

* Tekan ?dulu *

" Mar , next week kita ada dinner dengan keluarga Kamal " kata Tan Sri Azlan memulakan perbicaraan semasa makan malam di rumah agamnya .

" Adam pun kena ikut sama . Masha sekali " sambunya lagi .

" Makan dekat mana bang ? " tanya Puan Sri Maria kepada suaminya .

" Tempat selalu kita pergi makan dengan diorang " balas Tan Sri Kamal memandang kedua anaknya yang makan dengan berselera .

" Adam , Masha kamu kena ikut sekali dinner nanti . Jangan nak buat sibuk sangat . Terutama kamu Adam , tak habis habis dengan kerja " sambung Tan Sri Azlan lagi .

" Okey pa " jawab mereka serentak .

" Ouh , oky la klau macam tu . Kita pun dah lama tak dinner sama2 kan . Tadi pun Mar ada pegi ke butik Lina isteri kamal tu . Dah lama tak tempah baju . Boleh la pakai baju tu nanti makan malam nanti . " terang Puan Sri Maria .

" Mar ada jumpa Anak diorang tadi cantik bang , sopan santun , baik . Sesuai dengan Adam " Adam yang sedang makan terus tersedak .

" Uhuk Uhuk " Masha menghulurkan air kepada abangnya . Adam mengambil huluran air itu lalu meneguk laju .

" Kenapa abang ni , bersungguh sangat makan sampai tersedak " tegur Masha satu satunya adik Adam .

Adam menjeling adiknya
" Kenapa mama petik nama Adam sekali ? " tanya Adam

" Betul la kan mama cakap ? Kamu dah besar adam dah tua boleh jadi suami , boleh jadi ayah dah . Bila kamu nak kahwin , kami nak juga rasa timang cucu ni . Kan bang ?" terang Puan Sri Maria dengan wajah sayu .

" Betul apa kata mama kamu tu , sampai bila kamu nak jadi bujang . Tak kesian ke dekat kami ni ? " kata Papanya dengan lembut .

" Adam tak nak kahwin lagi , Adam nak enjoy dengan kawan kawan dulu . Adam tak boleh la ma pa . " Adam cuba bersabar dengan sikap mama dan papanya .

" Enjoy ? smpai bila kamu nak enjoy ? sampai papa masuk lubang kubur ? " kata Tan Sri Azlan naik seoktaf membuatkan Adam tersentak .

" Sabar bang " Puan sri Maria cuba memujuk suaminya yang kini panas .

" Adam dah cakap banyak kali kan , adam akan kahwin bila adam dah sedia . Dengan pilihan adam sendiri " kata Adam lagi tegas . Kesabarannya sudah hilang entah kemana .

" Adam !! tengok sikit kamu cakap dengan sapa ? hormat sikit . Mama tak ajar Adam jadi anak derhaka . " Kata Puan Sri Maria

" Adam tahu Adam cakap dengan siapa . Kenapa semua nak salahkan Adam kenapa ? Adam tak pernah buat salah Ma , Adam tak pernah pegi kelab , lepak sampai lewat malam sebab Adam hormatkan Papa mama. Adam jaga air muka keluarga kita . Tapi kenapa mama dan papa nak kawal hidup Adam ? Kenapa ?!! " kata Adam lantas naik tangga dan masuk ke dalam biliknya .

" Adam !! " Puan Maria terjerit memanggil nama anaknya tapi Adam hanya mengendahkan panggilan itu .

Adam menghempaskan badannya kasar di atas katil . Kepalanya berserabut . Kenapa hidupnya perlu diatur ? Kenapa ?!!!

" Arggghhhh " jerit adam kuat .

******
" Lina , minggu depan kita pergi dinner boleh dengan keluarga Azlan sekali . " Kata Dato Kamal kepada Isterinya yang sedang minum petang .

" Untuk apa bang ? " tanya Puan Salina .

" Saje saje jer . Kita kan dah lama tak kumpul sekali . Last kita berkumpul pun masa Aleesya kecik lagi . " terang Dato Kamal .

" Ouh klau macam tu nanti saya bagitahu Aleesya , Angah dan Along " Puan Salina meneguk air teh yang disediakan seusai bercakap .

" Nanti kita boleh la bincang sikit2 tentang hasrat kita dari dulu lagi " kata Dato Kamal memandang Isterinya .

" Abang rasa Aleesya akan setuju ke dengan hasrat abang tu . Mahu dia melenting . Lina cakap haritu pun dia macam tak percaya je " Puan Salina teringat kembali perbualanny bersama Aleesya di butik

" Leesya nak tahu tak , dulu Abah ada berhasrat nak satukan Leesya dengan Adam "

" Takkan la abah nak buat Leesya macam tu , Leesya tak nak kahwin paksa ummi . Adam tu pun Leesya tak kenal " jelas Aleesya yang masih terkejut dengan keterangan Umminya .

" Entah la Leesya , Andainya Abah nak satukan Leesya dengan Adam , Leesya jangan melawan tau , cakap elok elok dengan abah tu " kata Puan Salina lembut ingin menyejukkan hati anaknya itu .

" InshaAllah ummi ."

" Lina apa yang kamu menungkan tu ? Dengar tak apa saya cakap tadi ? " pertanyaan Dato Kamal menyedarkan isterinya .

" Hah ! Abang cakap apa ? " tanya Puan Salina semula .

" Ish berangan je tahu , saya tanya ok tak kalau kita satukan Adam dengan Aleesya . Kita kan dah bincang dengan keluarga Azlan masa diorang kecik lagi " Puan Salina hanya menganggukan kepala mendengarkan kata kata dari suaminya itu .

" Saya ikut saja bang . Asalkan anak kita bahagia " balas Puan Salina .

" Kalau macam tu , kita bincang balik dengan diorang nanti dinner . Saya nak naik dulu . " kata Dato Kamal kemudiannya berlalu menaiki tangga .

Puan Salina hanya memandang suaminya yang berlalu pergi . Kepalanya masih bersisa soalan tentang anaknya .

' Aleesya akan setuju ke ? mungkin dah tertulis jodoh diorang berdua '

Puan Salina berlalu untuk menyimpan dan membasuh gelas2 yang digunakan untuk minum petang .

*******

Tuk... Tuk... Tuk..

Puan Salina mengetuk pintu bilik dan memanggil anaknya .

" Leesya bukak pintu ni , ummi nak cakap kejap " kata Puan Salina . Tangannya masih menegetuk pintu itu .

" Masuk la ummi , Leesya tak kunci pun pintu tu " Sahut Aleesya dari dalam bilik . Puan Salina membuka pintu dan terus masuk .

" Leesya buat apa ni ? " tanya puan Salina .

" Tak de buat ape pn umi , baca novel sikit , bosan . Ummi kenapa cari Leesya ? " tanya Aleesya semula meletakkan novelnya di sebelah .

" Papa ajak makan malam dengan kawan dia minggu depan . Nanti Leesya telefon Kak Long . Ummi nak pegi cakap dekat Angah pula . Nanti baju untuk Leesya Ummi ambik dekat butik . " Seusai Umminya memberitahu dia lantas berlalu ke bilik angah .

Aleesya kembali membaca novelnya sehingga terlelap..

********

Adam mengambil kot dan menuruni tangga untuk ke tempat kerja . Dia berlalu ke arah pintu dan melepasi meja makan yang diduduki oleh Papa , mama dan adiknya .

" Adam , mari sarapan dulu nak " jemput Puan Sri Maria .

Adam berlalu ke arah meja makan tersebut untuk menjaga hati mamanya . Dia meneguk air kopi yang dituangkan oleh mamanya .

" Tak pe la ma , Adam nak pegi kerja dah kenyang " Tipu Adam , padahal tak nak duduk lama2 takut terungkit kisah kelmarin punya kelmarin * HAHAHA * .

" Adam " Panggil Tan Sri Azlan .

" Ye " jawab Adam dingin tanpa menoleh papanya .

" Ingat , next week kita ada dinner . Cancelkan segala appointment yang kamu ada . " terang Tan Sri Azlan lagi .

" Ye Adam ingat " kata Adam tetap dingin lalu berlalu memasuki keretanya dan bergerak ke pejabat .

" Anak kamu la tu Mar , manjakan sangat " Kata Tan Sri Azlan kepada isterinya . Dia juga berlalu untuk ke tempat kerjanya .

**********

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience