Chapter 2

Fanfiction Series 16105

Mata Aleesya masih meliar liar mencari kawan kawannya..Dia berjalan untuk ke Starbucks kerana mereka telah berjanji untuk barjumpa di sana.. Dia meraba handbagnya untuk mencari telefon dan menelefon kawan kawannya...Tiba - tiba.

"Aduh..tembok apa kat tengah mall ni? Nasib baik tak patah dagu aku" Ehh ada ke patah dagu? Ahh lantaklah.

"Hesh!! tengok phone aku dah rosak..Aku nak mintak ganti rugi kau rosakkan phone aku" Aleesya memgambil phonenya yg jatuh lalu menghulurkan tangannya kepada lelaki itu untuk meminta ganti rugi .

"Excuse me, kau yang langgar aku. Asal aku kena bayar ganti rugi.Kau jalan asyik tengok phone jer pastu nak salahkan aku."sindir Adam kepada Aleesya yang muka kemerahan akibat menahan marah.

"Ehh mamat ni muka dah la macam bontot kuali. Menyampah aku" kata Aleesya sengaja menyakitkan hati adam.

"Muka aku yang handsome ni kau smakn dengan bontot kuali. Habis muka kau macam apa? bontot periuk?.. Nak kata aku tu cuba cermin diri sendiri dulu. Ke rumah kau takde cermin, nak aku tolong beli cermin untuk kau?.. Kata adam lantas menarik lengan Aleesya yang berlapik.

"Yang Kau suka hati pegang and tarik aku ni nak pegi mana ni. Dah tak reti halal haram ke?" Aleesya lantas menarik tangannya kembali. suka hati je main tarik tangan aku.

" aku nak pegi beli cermin untuk kau la. Mana tahu rumah kau takde cermin sebab tu tak dapat tengok muka sendiri" Kata kata adam membuatkan Aleesya makin marah.

" Aku rasa macam nak tampar jer mamat ni. Aku tak suruh kau beli cermin untuk aku pn. Aku cuma nak ganti rugi!! ganti rugi!!"Bicara Aleesya tegas tapi wajah adam yang tenang membuatkan dia sakit hati.

"Kalau kau nak aku bayar ganti rugi, kau kena mintak maaf kat aku sebab kau yang langgar aku." Kata Adam sambil tersenyum sinis memandang Aleesya.

"Whatt? minta maaf? asal aku kena minta maaf kat kau? bagi aku 10 sebab." Aleesya terus terusan menghulurkan tangannya

"First, kau langgar aku. Second, ermm. Ahh ingat aku heran sangat dengan 10 sebab kau tu" buat apa aku nak fikir sebab sebab tu , dengus hati Adam

"Then bagi ganti rugi" Mereka bergaduh tanpa menghiraukan orang di sekeliling yang menjadi pemerhati tidak berbayar.

"Then minta maaf dulu" Adam tidak mahu mengalah

" Do I care??. Tak hingin aku minta maaf kat kau and kau ingat aku nak sangat ganti rugi tu" Kata Aleesya lantas meninggalkan adam.

"Bukan kau ke yang terhegeh mintak ganti rugi tadi..Moga jumpa lagi ekk minah"Adam masih dengan senyum sinis di bibirnya

"Whatever!! Ingat aku nak jumpa kau lagi" monolog Aleesya dan hanya dapat didengari olehnya sendiri.

"Ehh minah ni,nak minta maaf pun susah belum aku suruh melutut kat kaki aku lagi.. Jauhkanlah aku dari perempuan macam ni"..Sempat lagi Adam berdoa sebelum berlalu pergi.

Aleesya berjalan laju memasuki starbucks dengan perasaan yang masih membahang.

'Asal aku rasa macam familiar muka dia ekk?? Ehh buat pa aku nak fikir pasal mamat tu' monolog hati Aleesya.

***************************

"Sya!! Sya!!" Aleesya mencari gerangan yang memanggil namanya dan dia terus ternampak kawan kawannya yang duduk berhampiran tingkap.

Aleesya terus menapak kearah Mia , Lia dan Emma. Dia menarik kerusi dengan wajahnya yang masih masam mencuka dan terus duduk.

" Sya, kau dah kenapa ni? Tadi kemain happy ajak kita shopping. sekarang? kenapa muka kau masam ni? kau ada tertelan asam jawa sebelum datang tadi ehh?" Lia memulakan perbualan sejurus bertanya soalan bertubi tubi kepada Sya dengan muka yang selamba.

Emma dan Mia sudah tergelak mendengar soalan yng keluar dari mulut Lia. Emma terus menepuk bahu Sya perlahan lahan untuk melepaskan tawanya.

"Korang ni dah kenapa gelak macam orang tak betul. Hah emma asal kau tepuk bahu aku tu" Marah Aleesya kepada kawannya.. Marah marah manja je tu.

" Opps sorry tak sengaja. bukan apa Lia ni buat lawak sampai aku tergelak. Aku rasa kau boleh masuk Maharaja Lawak la. Aku cover kau ekk." kata Emma dengan sisa tawa yang masih kedengaran.

" Of course la ni Lia la.. Next season aku masuk kau cover aku" Kata Lia melayan apa yang dikatakan Emma.

" Ehh korang dah la tu. Tengok muka kak Sya kita dah marah ni. Sya kenapa ni? Kalau tak nak cakap kat diorang cakap la kat aku. Aku kan baik" Mia memujuk Sya sejurus memuji dirinya sendiri.

"Werkk, angkat bakul sendiri" Emma dan Lia buat muka ingin muntah " Ala kitorang nak tahu jugak. Share la please" Rayu Emma dan Lia

"Okey macam ni, tadi masa aku nak datang sini aku cuba call korang pastu ada mamat ni langgar aku sampai phone aku jatuh and retak" Aleesya mengeluarkan phonenya yang retak dan tunjuk kepada kawan kawannya.

"Habis tu kau tak minta ganti rugi ke?" tanya Mia

"Aku minta tapi..." Mia, Lia dan Emma masih menanti ayat seterusnya dari Aleesya

" Tapi??" kata mereka serentak.

" Tapi...bersambung.." bicara Aleesya setelah diam beberapa minit sebelum tergelak.

"Syaaaa" Kata mereka ala ala merajuk.

"Tunggula aku haus nak minum kejap" Lantas Aleesya meneguk air yang dipesan tadi.

Selepas itu Aleesya menceritakan semuanya yang berlaku kepada kawan kawannya. Mereka mengangguk tanda faham.

" Macam tu la ceritanya. Tamat.." Setelah mendengar perkataan tamat semua kawannya menepuk tangan macam budak budak

"Tapi ann aku rasa macam kenal je mamat tu" Aleesya cuba mengingat kembali wajah lelaki itu

"Dah la fikir pasal mamat tu.. Jom kita shopping" ajak Emma. Yang lain bersorak dan terus menapak menuju ke supermarket.

************************

"Bro, kita nak lepak kat mane ni?" tanya Adam kepada kawannya Afiq, Haziq, Faiq dan Hanif.

"Aku tahu kita nak lepak mana. Follow me." Faiq berjalan terlebih dahulu supaya mereka mengikutnya.

Mereka berjalan mengikuti Faiq yang sudah berada di hadapan. Adam menggeleng kepala. Entah mana la mamat ni nak pegi.

Hampir mereka berjalan mengikuti Faiq. Akhirnya sampai di destinasi. Mereka semua ternganga kecuali Faiq yang sudah tahu tujuan awalnya ke sana

"Faiq, whatt the.... kau ajak kami kesini.. ?" tanya Haziq kebingungan kepada Faiq.

" Sorry bro, jom ahh kita lepak kat sini. Dah lama kita tak beli barang sama sama. Ye dok?" Terang Faiq dengan muka berharap.

" Wei Faiq, kau ingat kita gegurls nak beli barang sama sama huh?" Sampuk Afiq yang mendiamkan diri dari tadi.

" Jom la, aku ada banyak ni nak beli.. Syampu, Sabun banyak lagi la. Kau kan tahu lusa aku dah kena terbang dah.." Ajak Faiq lagi dengan muka yang masih berharap. Maklumlah Faiq ni kan Pilot sudah tentu la terbang sana sini.

" Kau ingat handsome muka kau macam tu.. Jatuh ahh saham kau kalau orang nampak.. Jom ahh kita pun dah lama tak lepak macam ni." Hanif menyambut ajakan Faiq sekaligus mengata Faiq.

" Kau macam mana Am. Nak ikut tak ni. Dari tadi senyap, dah bisu ke?" Tanya Afiq sambil melambaikan tangannya di hadapan Adam. Manalah tahu mamat ni mengelamun.

" Ohh, aku okey jer. Jom arhh. Aku pn ad barang nak beli." Ajak Adam dan berlalu ke dalam supermarket tersebut diikuti yang lain.

Mereka berjalan di dalam supermarket tersebut untuk mencari barang yang ingin dibeli.

" Syampu, Sabun, Shaver  (Ye ke tu. sis tak tahu sbb sis gurl. hehehe) , makanan stok sebulan dah cukup ler tu." Mereka masing memeriksa barang yang ingin dibeli. Apabila semua sudah ada , mereka berlalu untuk membuat bayaran.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience