Chapter 4

Fanfiction Series 16126

Aleesya berjalan menuju ke arah keretanya yang berhampiran dengan hati yang gembira . Maklumlah keluar ngan kawan kawan sapa tak gembira ? Dia berjalan tanpa menghiraukan orang lain tetapi nasib tidak memgizinkannya apabila di terlanggar seorang wanita sebaya umminya .

" Maaf aunty saya tak sengaja " kata leesya lantas mengutip beg beg kertas wanita itu yang jatuh tadi .

" Takpe2 nak , Terima kasih tolong aunty " balas wanita itu dengan senyuman manisya .

' Cantiknya wanita ni , walaupun sebaya umminya tapi tetap pandai jaga penampilan , salute la aunty ni ' bisik hati Aleesya . Dia membalas senyuman manis wanita itu .

" Aunty ada luka mana mana ke ? nak saya bawakan pegi klinik ? saya minta maaf lagi sekali sebab terlanggar aunty , saya tak sengaja " Aleesya menanyakan soalan bertubi tubi kepada wanita itu apabila menyedari wanita itu memandang atas bawah dari tadi lagi .

" Ehh takpe2 , aunty tak sakit mana2 pun . " balas wanita itu dengan senyuman yang masih tidak lekang dari bibirnya .

" Kalau macam tu saya minta diru dulu ye aunty . " Aleesya meminta diri lalu bersalaman untuk pergi .

Mata wanita itu masih memandang Aleesya yang sudah pergi dari situ . Dia tersenyum buat kesekian kalinya .

' Kan bagus kalau budak tadi jadi menantu aku , baik , sopan ' dengus hati tuanya .

Dia berlalu untuk ke destinasi yang ingin dituju

********

Mata lelakinya masih tertumpu ke arah komputer kerjanya . Pintu yang diketuk tidak dihiraukan dek sibuk dengan kerjanya .

Orang dari luar membuka pintu apabila terdengar arahan "Masuk" dari bosnya itu .

" Apa tugas saya harini " Tanyanya sambil memamdang PA nya di hadapan .

" Encik Adam dan Tan Sri ada mesyuarat dengan syarikat A.I holdings pada pukul 3 nanti " Perempuan itu atau lebih dikenali sebagai Amelyn menjalankan tugasnya sebagai PA iatu membaca setiap tugasan yang perlu dilaksanakan oleh Adam .

" Ada apa apa lagi " tanya adam kepada PA nya .

" Tu jerr encik adam , Encik adam nak apa2 ? " tanya Amelyn selaku PA .

" Tak pe , awak boleh keluar " kata adam dengan mata nya yang masih memandang komputer kerjanya .

Adam memandang sekilas PA nya yang berlalu keluar .

" Ahhh penatnyaaaa " jerit Adam kuat memyebabkan PA nya yang berada di luar masuk kembali .

" Encik Adam nak apa apa ke ? " tanya Amelyn memandang Adam .

Amelyn berlalu keluar apabila Adam menggelengkan kepalanya.

' wuishhh gila la kau Adam ' Dengus hati Adam . Dia ketawa keseorangan didalam bilik itu .

Amelyn yang berada di luar cuba mengintai bosnya itu .

' Hishh , kenapa la dngan bos aku ni ? sewel agaknya . ' kata Amelyn perlahan agar tidak didengari sesiapa . Kalau tahu jawabya kena pecat kerja la aku nie . Amelyn dah berkhidmat lama sebagai PA adam sebabtu la dia dah tahu sedikit sebanyak perangai bosnya tu .

*****

Adam dan Tan Sri Azlan berjalan ke dalam pejabat tersebut .

" Ehh encik Adam , Tan sri dah lama sampai ? Dato dah tunggu dalam bilik mesyuarat " terang seorang perempuan yang berada di kaunter pertanyaan .

" Ouh terima kasih . Kami minta diri dulu " Kata Tan Sri lantas mereka menuju ke bilik mesyuarat tersebut . Tak perlu orang nak tunjuk bilik mesyuarat tu dekat mana sebab Tan Sri dah pernah datang untuk berbincang dengan Dato Kamal .

Mereka mengetuk pintu lalu masuk ke dalam bilik tersebut .

" Ehh Lan Adam masuk la , duduk2 " Dato kamal mempelawa Tan Sri Azlan dan Adam untuk duduk .

Mereka memulakan perbincangan tentang projek yang akan dikendalikan . Mesyuarat ni hanya mereka bertiga je .

Setelah beberapa jam mereka berbincang akhirnya selesai . Mereka mula berbual kosong .

" Lan dah lama family kau dan family aku tak dinner sama2 . Last aku ingat masa si Adam ni kecil lagi " tutur Dato Kamal kepada Tan Sri Azlan .

" Ye tak ye jugak kan , dah lama . Apa kata kita pergi dinner next week , sambil2 tu boleh la celebrate pasal projek ni " jelas Tan Sri Azlan .

Adam hanya memerhati kedua2 orang tua itu berbual . Dia mengeluarkan phone lalu bermain dengan phonenya .

" Kau ajak la anak2 kau tu , kita kumpul ramai2 . " Ucap Dato Kamal sesekali memandang Adam yang sedang bermain dengan phonenya tu .

" Ouh InsyaAllah " balas Tan Sri Azlan .

Mereka berdua meminta izin untuk pulang setelah lama berbual .

*****

Puan Sri Maria berjalan masuk ke dalam satu butik kawan baiknya .

" Assalamualikum " Puan Sri Maria memberi salam lalu membuka pintu butik tersebut untuk masuk . Matanya ligat mencari sahabatnya itu .

" Ehh Maria bila sampai , nak tempah baju ke ? " Puan Sri Maria disapa oleh seseorang , kawan baiknya .

" Aku baru je sampai . Lama tak datang butik kau ni , makin maju sekarang ni . Ha'ah aku nak tempah baju , Dah lama tak datang sini and tempah baju kat butik kau ni .
" Puji Puan Sri Maria kepada kawannya sekaligus menyatakan tujuannya pergi ke butik itu .

" Ouh kalau macam tu kau pilih la design mana yang berkenan " Kata Puan Salina memeberikan beberapa corak baju kepada kawannya itu .

" Assalamualaikum Ummi " sapa seorang gadis yang memasuki butik itu

Aleesya terkejut memandang wanita yang berada di butik umminya kini . Bukan ke ni aunty yang aku langgar tadi ? desis hatinya

" Waalaikumsalam , Ehh leesya buat apa kat sini ? " tanya Puan Salina kepada anaknya .

" Saja je leesya datang lepas keluar ngan kawan2 . Takkan leesya dah tak boleh datang sini ? " kata Aleesya membuat muka ingin menangis .

" Bukan macam tu , tetiba je kamu datang tak cakap dengan Ummi " Balas Puan Salina memujuk anaknya . Dah besar pun kena pujuk .

" Ni sapa lina ? " tanya Puan Sri Maria mencelah .

Puan Salina dan anaknya memandang ke arah pemilik suara itu .

" Lupa nak kenalkan , ni la anak aku Aleesya . Aleesya ni Puan Sri Maria kawan baik Ummi merangkap pelanggan setia butik Ummi ni . " balas Puan Salina . Aleesya pantas bersalaman dengan wanita tua tapi cantik itu . heheheh

" Untung aunty kalau boleh buat Leesya sebagai menantu , dah la cantik , baik " kata puan sri Maria membuatkan Aleesyam tersenyum malu .

" Tak de ape yang istimewa leesya ni aunty . Biasa2 jerr " tutur Aleesya rendah diri .

Puan Salina hanya memandang anaknya berbual dengan Puan Sri Maria . Manalah tahu satu hari nanti boleh jadi besan ?

" Aku minta diri dulu la Lina . Nak balik masak malam lagi . Aku ajak si Adam tu makan kat rumah , ajak sibuk dengan kerja saja . Dah jarang datang jenguk aku ni " terang Puan Sri Maria .

" Ouh takpela . Anak muda memang macam tu " balas Puan Salina

" Sebabtu la aku nak cari isteri cepat untuk dia biar ada masa untuk family sikit " kata Puan Sri Maria sambil memandang ke arah Aleesya .

' Kenapa aunty ni asyik tengok aku jerr .. seram beb ' dengus hati Aleesya .

" InshaAllah ada la tu nanti " kata Puan Salina sebelum Puan Sri Maria berlalu pergi .

Aleesya hanya memandang pemergian Puan Sri Maria sehingga la keretanya hilang dari pandangan .

" Ummi " panggil Aleesya memulakan perbualan .

" Ya apa dia Sya , Ummi busy sikit ni . Ada apa " jawab umminya yang sedang menilik corak yang ingin dijahit pada baju yang ditempah oleh Puan Sri Maria . Maklumlah orang ternama kenalah tip top .

" Nak tanya ni , Aunty tadi tu ada anak lelaki ke ? tak habis habis cakap nak buat menantu . Tak suka la Leesya " kata Aleesya sedikit tidak puas hati .

" Ishh apa kamu cakap macam tu , tak baik . Untung la tu ada orang nak buat menantu daripada jadi anak dara tua " bebel Umminya . Kalau ummi dah start membebel sampai ke subuh esok la . Menyesal aku tanya .

" Entah baik entah tak anak aunty tu " kata Aleesya perlahan sekadar berbisik kepada dirinya sendiri .

" Kamu cakap apa Leesya ? Dia keturunan baik baik . Jaga sikit mulut tu , ummi tak ajar leesya macam ni . Tak baik buruk sangka kat orang " nasihat Umminya . Kan dah cakap kalau dah start bebel ummi takkan berhenti .

" Okey ma , Leesya minta maaf " kata Aleesya . Baik mengalah kan ?

" Leesya nak tahu tak , dulu........"

******

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience