6. Suratan Takdir

Short Story Series 5603

Pembedahan akhirnya berjaya dijalankan namun berlaku implikasi terhadap pembedahan pemindahan buah pinggang tersebut. Quraisyah berada dalam keadaan tidak stabil apabila sebelah buah pinggangnya berasa sakit amat. Dia dikejarkan kembali ke Unit Rawatan Rapi (ICU). Encik Kamal dan Puan Mardhiah dibebani hempapan konkrit keresahan yang begitu melemaskan ketika berada diruang menunggu.

Jam menunjukkan pukul 3 pagi. Quraisyah masih belum keluar dari bilik Unit Rawatan Rapi (ICU). Fadilah dan suaminya Adnan juga turut menunggu diruang itu kerana dibayangi rasa bersalah walaupun sebelum pembedahan dijalankan Quraisyah sempat berpesan sekiranya apa-apa pun yang terjadi tidak perlu dibebani rasa bersalah kerana itu adalah kehendaknya sendiri. Adawiyah sudah di tempatkan di ruangan wad biasa kerana keadaanya sudah stabil tetapi masih belum sedarkan diri.

Siapalah yang dapat melawan suratan takdir, kehendak Ilahi. Mana mungkin manusia yang bersifat serba lemah dan kekurangan itu dapat melawannya. Sedalam mana pun kasih sayang keluarga Quraisyah padanya, jika ditakdirkan Quraisyah harus pergi juga, apalah daya mereka menolaknya. Jodoh pertemuan, ajal dan maut Tuhan yang menentukan. Tuhan Maha Mengetahui segalanya dan bijaksana mengatur alam. Kenyataan itulah yang di terima oleh semua yang menunggu di luar bilik ICU, kenyataan pahit itulah yang terpaksa di terima oleh keluarga Quraisyah dan Adawiyah. Quraisyah yang dikeluarkan dari bilik ICU sudah kaku tidak bernyawa lagi. Quraisyah pergi hanya meninggalkan sepucuk surat untuk keluarganya dan sahabat baiknya. Alangkah pedihnya setiap hati yang menyambut hakikat itu.

Puan Mardhiah sudah tidak sedarkan dirinya lagi. Dia rebah dalam pelukan suaminya. Hilang sudah satu-satunya anak perempuan yang dibelanya sejak dari kecil, dididiknya dengan penuh kasih sayang dan kemanjaan. Encik Kamal hanya menitiskan beberapa titis air mata kesedihan. Tersimpan duka dan kesedihan yang maha hebat di wajahnya, tapi air mata seorang lelaki terlalu mahal harganya. Mungkin kerana itulah air matanya di tahan dari terus mengalir.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience