2. Nasihat Berharga

Short Story Series 5603

“Kekadang kita berdoa untuk diberi kekuatan, keyakinan dalam diri tapi kenapa banyak dugaan, kita minta cerdik tapi masalah pula yang timbul, adakala kita minta kebahagiaan tapi huru hara jadinya, setiap dugaan menjadikan mental kita kuat, masalah menjadikan kita tabah, hebat tak Allah? Semua ada hikmahnya, cuba kau renungkan hadis ni, “Telah berkata Jibrail, wahai Tuhanku, Engkau sampaikanlah hajat hambaMu, maka Allah menjawab; biarkan hambaku itu kerana aku mencintai suaranya. Hmm…pasti ada sesuatu Tuhan aturkan untuk kau. Apa sebenarnya yang kau fikirkan? Cuba bagitahu aku. Kitakan sahabat baik,” tanya Adawiyah seperti memujuk setelah menjawab pertanyaan Quraisyah.

“Aku risau kalau sakit buah pinggang aku datang lagi. Seminggu lagi kita akan menghadapi peperiksaan penting. Aku takut sekiranya aku gagal berikutan kesihatan aku. Kalau boleh aku mahu membalas jasa baik cikgu di sekolah, papa dan mama aku dengan menghadiahkan mereka segulung kejayaan tapi aku…..” luah Quraisyah sayu tidak mampu untuk terus bersuara. Kesedihan menguasai hatinya. Ada air jernih yang bergenang di kelopak matanya.

“Sabarlah Quraisyah. Segala apa yang terjadi sudah ditakdirkan dalam hidup kau. Kau perlu sentiasa sabar hadapi semuanya. Kau sepatutnya bersyukur dengan setiap ujian yang menimpa diri kau kerana itu tandanya Allah menyayangimu, maka DIA uji kau dengan ujian yang berat. Percayalah, setiap yang berlaku ada hikmah-Nya. Berdoalah selalu agar kau diberi kekuatan untuk lalui semua ujian ini,” nasihat Adawiyah memberi kekuatan kepada sahabatnya.

“Tapi aku dah tak sekuat dulu Adawiyah. Kadang-kadang aku rasa nyawa aku bagai dihujung tanduk, menunggu masa saja dijemput Ilahi. Aku terlalu lemah. Aku dah berputus asa untuk terus hidup,” luah Quraisyah pelahan bersama deraian air mata. Di dalam lubuk hati Quraisyah hanya Tuhan saja yang tahu setiap kesedihannya.

“Astaghfirullahalazim. Apa yang kau cakapkan ni? Tak baik kau bercakap macam tu. Kau kena percaya setiap penyakit ada penawarnya. Aku tak tahu nak kata macam mana lagi, apa yang aku boleh bagitahu kau bersabarlah jalani semuanya. Mungkin senang bagi aku bercakap tapi kau yang alaminya mesti susahkan? Bersabarlah ya,” ujar Adawiyah dan memegang erat tangan sahabatnya memberi kekuatan.

“Sudahlah tu. Jangan menangis lagi. Aku akan selalu bersama kau dan jaga kau sepertimana yang diamanahkan papa dan mama kau selama mana kau berada di asrama. Kau tak boleh terus bersedih macam ni. Kau kena ingat segala pengorbanan kau selama ni, dah banyak kau lalui susah payah untuk sampai ke tahap ni, jadi kau tak boleh berputus asa. Kuatkan semangat ya,” tokok Adawiyah menasihati sahabatnya penuh hikmah.

“Terima kasih Adawiyah,” ucap Quraisyah setelah terkesan dengan nasihat sahabatnya yang penuh hikmah.

“Sama-sama,” jawab Adawiyah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience