4. Kemalangan

Short Story Series 5603

“Doktor! Tolong selamatkan sahabat saya,” rayu Quraisyah bersama deraian air mata semasa tiba di hospital.

“Kami akan cuba sedaya upaya. Bersabarlah!” Ujar doktor ringkas dan bergegas masuk ke bilik Unit Rawatan Rapi (ICU).

“Ya Allah selamatkanlah Adawiyah. Aku mohon Ya Tuhanku. Aku sanggup lakukan apa saja demi keselamatan sahabat baikku, sekalipun di tukar ganti dengan nyawaku,” rintih Quraisyah pilu seorang diri di ruang bilik menunggu. Setelah reda tangisannya dia menelefon keluarga Adawiyah dan juga memaklumkan kepada keluarganya supaya datang ke hospital dengan segera.

“Macam mana keadaan anak saya doktor?” Tanya Fadilah cemas iaitu ibu Adawiyah yang sejak dari tadi menunggu anaknya yang masih berada dalam bilik pembedahan. Quraisyah dan kedua-dua ibu bapanya juga turut berada di situ.

“Anak puan berada dalam keadaan kritikal. Salah satu dari buah pinggangnya rosak akibat kemalangan tersebut. Pihak saya perlukan penderma untuk menggantikan buah pinggang anak puan yang rosak teruk,” jelas doktor yang baru keluar dari bilik Unit Rawatan Rapi (ICU).

“Saya sanggup dermakan buah pinggang saya untuk Adawiyah,” ujar Quraisyah kepada doktor yang berada tidak jauh dari situ. Encik Kamal dan Puan Mardhiah tergamam mendengar tutur kata anaknya. Mana mungkin anaknya boleh mendermakan sebelah buah pinggangnya kepada Adawiyah sedangkan anaknya sudah mengidapi penyakit buah pinggang. Itu akan lebih membahayakan nyawa anaknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience