“Umi mana Quraisyah? Kenapa dia tak datang melawat Adawiyah?” Tanya Adawiyah setelah sedarkan diri keesokannya. Fadilah tidak mampu untuk menjawab pertanyaan anaknya. Sebak hatinya mengenangkan peristiwa yang berlaku pagi semalam. Betapa besar pengorbanan Quraisyah untuk anaknya sehingga telah meragut nyawanya sendiri.
“Dia ada datang melawat semalam semasa Adawiyah masih belum sedarkan diri,” ujar Fadilah ringkas mengukir senyuman buat anaknya.
“Ingatkan Quraisyah tak datang. Adawiyah rindu sangat nak jumpa dia, tak tahu kenapa rasa macam ni umi,” luah Adawiyah kepada uminya.
“Anak umi berehatlah dulu, umi nak ke tandas sekejap,” Fadilah meminta diri kerana tidak betah untuk terus berada lama di situ mendengar setiap lafaz yang keluar dari bibir anaknya.
Share this novel