3. Tamat Peperiksaan

Short Story Series 5605

Hari ini adalah hari peperiksaan penting. Hari yang dinanti-nantikan oleh semua pelajar tingkatan enam. Quraisyah memasuki dewan peperiksaan penuh bersemangat dan keazaman yang tinggi. Begitu juga dengan Adawiyah. Dia percaya setiap yang berusaha pasti akan mencapai kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan jika diiringi bersama doa dan keyakinan yang tinggi pada diri sendiri.

Peperiksaan telah pun berlalu. Quraisyah dan Adawiyah merancang untuk bekerja sementara menunggu keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM). Akhirnya mereka bekerja di sebuah kedai buku dan alat tulis di Syarikat Muda Osman (SMO). Bekerja di situ tidaklah terlalu penat malah menyeronokkan bagi mengisi masa yang terluang di samping membantu keluarga. Adawiyah bukanlah berasal dari keluarga berada, berlainan pula dengan Quraisyah anak seorang arkitek dan pensyarah namun dia tidak seperti rakannya yang lain bersikap sombong. Hatinya baik seperti Encik Kamal dan Puan Mardhiah iaitu papa dan mamanya.

“Jomlah kita pergi makan. Aku lapar ni,” ajak Adawiyah.

“Iyalah. Jom pergi. Aku pun lapar juga ni,” ujar Quraisyah menuju ke tempat parking keretanya.

Beberapa minit kemudian sampailah mereka berdua di sebuah restoran. Quraisyah baru saja keluar dari keretanya manakala Adawiyah sudah pun berdiri di tepi jalan untuk melintas jalan. Tiba-tiba sebuah kereta BMW merempuh Adawiyah semasa dia ingin melintas jalan ke restoran yang bersebelahan jalan raya.

“Adawiyah!!!” Jerit Quraisyah terkesima apabila melihat sekujur tubuh tertiarap di tepi jalan raya.

Quraisyah berlari anak ke arah sahabatnya itu. Quraisyah sudah tidak mempedulikan keadaan di sekelilingnya. Dia terus membawa Adawiyah ke hospital bagi mendapatkan rawatan. Deraian air matanya terus mengalir bersama darah pekat merah di bahagian tubuh badan Adawiyah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience