8. Persoalan

Short Story Series 5603

Seminggu telah berlalu, pelbagai persoalan timbul dibenak Adawiyah. Dia masih menanti kehadiran Quraisyah walaupun penantian itu sesuatu yang menyakitkan. Dia juga hairan setiap kali dia bertanyakan tentang Quraisyah, umi dan papanya hanya mendiamkan diri dan cuba menepis setiap ajukan soalannya. Pada pagi itu, Adawiyah ke rumah banglo mewah milik kedua-dua ibu bapa Quraisyah untuk bertanya mengenai Quraisyah. Dia sudah tidak mampu bermain dengan persoalan.

“Auntie, ke mana Quraisyah? Dah lama saya tak jumpa dia,” tanya Adawiyah memulakan bicara.

“Duduklah dulu, nanti auntie buatkan air ya,” ujar Puan Mardhiah lembut. Dia cuba sedaya upaya menepis soalan yang diajukan Adawiyah.

“Saya datang ke sini untuk bertanya ke mana Quraisyah tapi saya pelik kenapa semua orang hanya mendiamkan diri dan cuba lari daripada terus menjawab persoalan saya,” luah hati Adawiyah. Puan Mardhiah yang mahu ke dapur menoleh wajah Adawiyah yang duduk di sofa empuk. Dia kemudiannya melabuhkan punggungnya ke sofa. Mungkin sudah tiba masanya Adawiyah tahu mengenai segala apa yang berlaku.

“Bacalah surat ini. Segala pertanyaan Adawiyah akan terjawab dan auntie harap Adawiyah tabah dan sabar setelah membaca isi kandungan surat itu,” ujar Puan Mardhiah sebak. Adawiyah membuka sampul surat berwarna merah hati. Matanya tertancap pada bait-bait ayat yang ditulis Quraisyah sebelum dia meninggal dunia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience