BAB 5

Romance Series 6982

SEMUA beg pakaian Yasmen dan Muiz dimasukkan ke dalam bonet kereta milik Muiz.

"Balik tu, bawa kereta hati-hati. Jangan laju-laju." pesan ayah kepada Muiz

"Yelah ayah" jawab Muiz

"Kamu tu Min. Jaga suami kamu tu elok-elok. Nanti suami cari yang lain. Menyesal tak sudah la kamu." Pesan ayah kepada Yasmen pula.

Belum jadi suami dah ada yang baru. Kau rasa? Kata hati Yasmen.

"Ishhh. Abang ni, apa cakap macam tu dekat Yasmen. Pandailah dia jaga suami dia tu." sampak Puan Zaleha.

Yasmen hanya diam dan membisu.

"Min dengar tak ayah cakap tadi?" tersentak Yasmen apabila ayahnya memecahkan lamunanya tadi.

"Dengar ayah" jawab Yasmen.

"Kami balik dulu ye." kata Muiz sambil menghulurkan tangan untuk bersalam.

"Senang-senang nanti balik la jenguk ibu dengan ayah ni ye." pesan ibu kapada Muiz dan Yasmen

"Insha Allah" jawab Muiz sambil tersenyum.

Muiz membuka pintu kereta kepada Yasmen dan masuk ke dalam kereta di tempat penumpang. Kelakuan mereka itu dapat ditangkap oleh sepasang anak mata yang dari tadi memandangnya melalui tingkap rumah. Dia sakit hati melihat Muiz melayan Yasmen begitu.

Kereta mereka keluar dari perkarangan rumah. Semasa perjalanan, Yasmen banyak mendiamkan diri daripada bercakap. Bila Muiz tanya sepatah, sepatah Yasmen jawab. Muiz mencapai tangan Yasmen lalu meletakkab dia atas pahanya. Lantas Yasmen menarik tangannya namun apalah sangat kekuatan seorang wanita berbanding lelaki yang gagah seperti Muiz itu. Yasmen membiarkan sahaja kelakuan Muiz itu.

Ishhh dia ni. Dah kalau orang tak nak tu tak payahla nak paksa. Tapi....takpelah dia nak pegang tangan je pun. Tak salah kan suami nak pegang tangan isteri. Nasib baik dia nak pegang tangan, kalau di nak yang bukan-bukan. Mati lah aku. Aku belum bersedia lagi. Bisik dalam hati Yasmen.

Setelah beberapa jam perjalanan mereka, akhirnya Yasmen terlena di sebelah penumpang dan tangannya masih lagi dalam gengaman Muiz. Belum sempat Muiz mengejutkan Yasmen, Yasmen sudah membuka mata. Dia melihat kereta yang dinaikki itu sudah berada di garaj rumah banglo yang agak besar itu.

"Kita dekat mana ni?" tanya Yasmen yang masih dalam keadaan mamai.

"Dekat rumah kitalah." Jawab Muiz sambil melemparkan senyuman yang penuh dengan makna tersirat. Yasmen tidak faham apa maksud Muiz itu.Yasmen merasakan sebelah tangan kananya di gengam erat. Yasmen melihat tanganya berada dalam gengaman tangan Muiz. Lantas Yasmen menarik tangannya.

"Dah berapa lama awak pegang tangan saya ni." tanya Yasmen lalu mengalihkan pandangannya ke luar tingkap kereta.

Muiz menghelakan nafasnya. "Adalah...dalam lapan jam macam tu" jawab Muiz sambil tersenyum nakal.

Yasmen membulatkan matanya. Lapan jam. Gila ke apa mamat ni. Patutlah tangan aku belengas. Sampai berpeluh. Kata Yasmen dalam hati.

"Jom kita masuk" kata Muiz.

Muiz mematikan enjin kereta lalu keluar dari kereta. Muiz membuka bonet kereta dan mengambil bagasi miliknya dan milik Yasmen. Muiz membuka pintu utama rumahnya dan mengangkat bagasi-bagasi itu naik ke tingkat atas.

"Jom abang tunjukkan bilik kita" Kata Muiz

Alamak...Jadinya aku kena tidur sebilik dengan dia la ni...Yelah Yasmen oii...takkan kau nak tidur dengan pak Mat Tempe pulak kan...Mestilah kau kena tidur dengan suami kau yang sah...Haishhhh kau ni Yasmen. Bisik dalam hati Yasmin

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience