BAB 2

Romance Series 6982

PUAN Zaleha masuk ke dalam bilik dia melihat Encik Rahmat sedang membaca buku ilmiah di birai katil. Dia melabuhkan punggungnya dia disebelah suaminya.

"Abang betul ke nak satukan Min dengan Muiz tu?" tanya Puan Zaleha

"Salah ke ?" tanya Encik Rahmat.

"Saya tak kata cadangan abang ni salah.Cuma, saya tak setuju abang buat Min macam tu." kata Puan Zaleha

"Apa saya dah buat kat Yasmen tu hah ?" tanya Encik Rahmat dengan nada sedikit menengking

"Abang tak rasa ke yang abang terlalu memaksa Yasmen untuk terima Muiz?" Tanya Puan Zaleha

"Saya tahu abang nakkan yang terbaik je untuk Min.Tapi bang, soal jodoh ni, biarlah Yasmen yang tentukan sendiri." kata Puan Zaleha. Encik Rahmat hanya diam dan mendengar sahaja.

"Saya cuma kesian dengan anak Rin dengan Muiz tu. Diorang tu kecil lagi. Membesar tanpa kasih sayang seorang ibu. Awak tak kesian ke dengan cucu-cucu kita?" tanya Rahmat .

"Saya rasa, eloklah kalau Min tu jadi pengganti Rin. Sekurang-kurangnya dia boleh jaga anak Muiz tu. Diorang boleh menumpang kasih dengan Min. Walaupun Min tu mak saudara diorang. Saya yakin, yang Min tu boleh jadi ibu kepada anak Muiz."Kata Encik Rahmat. Dengan riak wajanya yang sedih.

Tiba-tiba sahaja dia teringatkan puteri sulongnya.Dia sangat rindu dengan anak sulungnya yang bernama Arina. Sudah setahun Arina meninggalkan keluarga kami. Pemergianya membuatkan Encik Rahmat kehilangan puteri sulongnya. Arina meninggal dunia akibat menghidap penyakit canser darah. Luekimia.

YASMEN terus sahaja meninggalkan bilik orang tuanya itu. Dia telah mendengar semua penjelasan daripada ayahnya melalui pintu bilik mereka yang tertutup rapat. Dia duduk di birai katil dan menangis teresak-esak.

Bagaimana aku hendak kahwin dengan lelaki seperti Muiz tu. Seorang yang panas baran dan ego. Kata Yasmen di dalam hatinya sambil menangis. Dia masih buntu dengan idea ayahnya tadi.

Akhirnya, Yasmen tidur bertemankan linangan air matanya membasahi sarung bantalnya.

YASMEN duduk temenung di hadapan skrin komputer di pejabatnya sejak dari tadi. Tindakkan dia dapat diperhatikan oleh rakan sekerjanya iaitu Mia. Dia adalah satu-satunya kawan baik Yasmen dan sentiasa ada dengan Yasmen sewaktu Yasmen susah mahupun senang.

"Woii. Kau ni dah kenapa termenung jauh nampak?" terkejut Yasmen apabila kawan baiknya itu menyergah dia sebegitu.

"Takde lah. Mana ada aku termenung." kata Yasmen sambil melemparkan senyuman sumbing kepada Mia.

"Kau tak payah nak tipu aku lah Min. Aku kenal kau bukan semalam tau dah lama aku kenal kau. Apa hal ni? Hmmm..?" tanya Mia.

"Takde papelah" jawab Yasmen

"Kenapa ni? Gaduh dengan Ezra eh? Story la sikit." teka Mia.

"Takdelah." jawabYasmen ringkas

"Dah tu?" tanya Mia

"Aku nak kahwin" kata yasmen.

"Wehhh. Kau biar betul. Kau nak kahwin dengan Ezra?" kata Mia dengan riak wajah yang gembira.

"Taklah. Dengan Muiz" kata Yasmen

"Muiz? Maksud kau abang ipar kau?" tanya Mia dengan nada sedikit terkejut.

Yasmen mengangguk kepalanya sahaja.

"Bukan ke kau cakap yang Muiz tu bukan lelaki yang baik? Kenapa kau nak kahwin dengan dia?" bertubi-tubi soalan Mia.

"Ishhh. Nanti-nantilah aku cerita. Kat sini tak sesuai lah nak cerita" kata Yasmen.

Mia mengangguk tanda faham. Yelah, mana best nak membawang kat dalam ofis kan. Lagi-lagi masalah peribadi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience