BAB 6

Romance Series 6982

Bunyi burung-burung berkicaun menandakan terbitnya fajar. Jam sudah menunjukkan pukal 6.35. Muiz dan Yasmen belum menunaikan solat subuh lagi. Mungkin masih diulit mimpi lagi. Yasmen ingin membuka mata namun matanya terasa seperti ada satu beban di kelopak matanya yang menghalang dia untuk membuka mata. Entahlah. Barangkali dia tidak cukup dek kerana sibuk mengemas pakaianya kedalam almari dan membuat kerja-kerja rumah semalam. Yasmen merasa pingganya dipeluk erat oleh seseorang dari belakang. Dia menoleh kebelakang dan mendapati Muiz sedang tidur disebelahnya sambil memeluk belakang Yasmen. Pantas Yasmen menolak Muiz lalu jatuh ke lantai sambil mengaduh sakit.

"Kenapa dengan sayang ni?" tanya Muiz yang masih dalam keadaan mamai.

"Awak tu dah kenapa?" tanya Yasmen

"Kenapa apa? Apa maksud sayang ni?"

"Buat-buat lupa ke apa? Kan semalam awak dah janji dengan saya kalau kita tidur sekatil. Awak takkan apa-apakan saya. Lagi satu saya nak ingatkan kat awak. Jangan sesuka hati nak peluk saya masa saya tengah tidur." ujar Yasmen dengan nada yang keras

"Sayang... Awak tu dah sah jadi milik saya. Jadi abang boleh buat apa sahaja kalau abang nak sebab sayang dah jadi hak abang." kata Muiz lalu masuk ke dalam bilik air untuk menunaikan tanggung jawab sebagai hamba. Mati kutu Yasmen dibuatnya. Tapi apa salahnya kalau dia peluk aku kan? Kan dah sah. Tapi, kau kena ingat Yasmen yang Muiz tu bukan lelaki yang baik untuk kau. Yasmen masih lagi kaku.

"Pergi ambil wuduk. Kita solat jemaah sama-sama." kata Muiz sambil melemparkan senyuman.

Ketika Muiz membaca doa Yasmen hanya mengaminkan sahaja doa.

Jam menunjukkan pukul 8.15 pagi. Yasmen dan Muiz sudah bersiap untuk pergi ke tempat kerja masing-masing. Nasi goreng dan beberapa keping roti bakar sudah siap dihidang di atas meja bersama air kopi panas. Muiz sudah turun dengan mengenakan pakaian baju kemeja bewarna biru tua dan bertali leher berwarna pastel. Yasmen menbetulkan tali leher Muiz yang kelihatan senget. Muiz tersenyum melihat kelakuan Yasmen itu. Apabila Yasmen selasai membetulkan tali leher Muiz, Muiz ingin menghadiahkan kucupan namun tindakkan itu dapat dielak oleh Yasmen. Muiz bengang dengan kelakuan Yasmen.

"Kenapa awak susah sangat nak terima saya dalam hidup awak ? Apa dosa saya kat awak?" marah Muiz

Yasmen mengambil beg tangan dan beg sekolah Danish.

"Saya dah lambat.Saya pergi dulu. Hari ni biar saya hantar Danish ke tadika." ujar Yasmen

"Yeyyy. Mummy hantar Danish." sampuk Danish dengan telatahnya yang comel itu.

Belum sempat Yasmen pergi Muiz menarik lembut tangan Yasmen. "Bagi saya satu peluang. Peluang untuk sayang awak." ujar Muiz.

Yasmen meretap tangannya dan terus masuk ke dalam keretanya. Ah! Semua tu kata-kata saja. Diakan 'playboy' mesti pandai buat wanita di luar sana cair. Tak mustahil kalau aku pun boleh cair dengan dia. Tiba-tiba Yasmen merasa pipinya basah. Dia menangis.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience