BAB 7

Romance Series 6982

Yasmen duduk di meja kerjanya. Dia merenung kosong skrin komputernya itu dan mengelamun. Dia masih memikirkan hal kejadian tadi. Patut ke aku bagi di peluang. Kata hati yasmen.

"Oii makcik. Apa benda la yang kau mengelamun tu hah?" Sergah kawan baiknya. Mia.

"Haishh kau ni datang entah dari mana. Salam pun tak bagi. Datang-datang sergah aku macam ni." ujar Yasmen.

"Heheheh.Sorry la. Kau ni macam tak kenal aku" Ujar Mia sambil tersengih.

"Jauh je termenung tu. Apa yang kau fikirkan tu. Cerita la. Walaupun aku tak boleh tolong kau, at least aku boleh jadi pendengar kau. Bolehla kurangkan beban kau tu sikit." Kata Mia dengan riak wajah yang risau

Yasmen mengeluh. "Ni masalah aku dengan Muiz. Mia, patut ke aku bagi dia peluang" tanya yasmen

"Min. Aku tak boleh nak cakap lebih-lebih sebab ni melibatkan rumah tangga kau dengan Muiz. Apa yang aku boleh cakapkan, kau terima jelah Muiz tu. Lagipun aku tengok dia macam dah berubah" ujar Mia dengan riak wajah risau. Risau takut Yasmen terasa hati dengan percakapannya.

"Maksud kau"

"Ok. Ni daripada apa yang aku tengoklah. Dia layan kau pun ok kan? So apa yang kau nak lagi? Sebab dia pernah curang dengan kakak kau sebab tu kau tak nak terima dia?" kata Mia

Yasmen hanya diam dan anggukkan sahaja pertanyaan Mia.

"Yasmen. Come on. Ok, macam ni lah. Kau pun dah jadi isteri dia kan? So, why not kau terima ajelah dia tu. Maksud aku terima kekurang dan kelebihan dia. Bagi dia peluang untuk dia tebus kesalahan dia. Ya, aku tahu dia pernah curang dengan arwah kakak kau. Tapi kau bolehkan bagi dia peluang. Mungkin dengan cara ni dia boleh tebus kesalahan dia pada arwah kakak kau" kata Mia dengan nada seakan memujuk Yasmen.

Yalah sebagai seorang kawan Mia takkan biarkan kawan baiknya menjadi isteri derhaka. Lagipun tak salahkan kita bagi peluang kalau orang tu betul-betul dah berubah.kan? Setiap orang mempunyai kesalahan masing-masing. Dan kita sebagai orang islam haruslah memaafkan kesalahan orang lain. Sedangkan Allah S.W.T memaafkan dosa hamba-hambanya.

"Min. Aku bukan nak masuk campur hal rumah tangga kau. Tapi sebagai kawan tak salahkan kalau aku nasihatkan kau. Aku minta maaf kalau kata-kata aku ni mengguriskan persaan kau." ujar Mia dengan riak wajah yang risau.

Yasmen menggengam tangan Mia. "No it's okey. Betul juga apa yang kau cakap tu" ujar Mia sambil tersenyum.

"Thanks Mia. Sebab sedarkan aku. Betul cakap kau aku kena bagi dia pelung." ujar Yasmen.

"Welcome. Kitakan BFF. So, aku kenalah tolong kau saat susah dan senang kan" kata Mia

"Aku sambung kerja dulu. Good luck tau. Semoga cepat-cepat dapat baby." kata Mia sambil tersenyum nakal.

"Ishhh. Dia ni. Sempat lagi menyakat aku ehh." kata yasmen sambil tersipu malu.

Mia ni kalau tak mengusik Yasmen ni memang tak sah. Agaknya hobi dia kot suka menyakat Yasmen ni.

"Dahla aku malas nak layan kau. Makin layan makin menjadi-jadi kau ni. Aku banyak lagi kerja nak kena buat " kata Yasmen sambil tersenyum malu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience