BAB 4

Romance Series 6982

TIGA bulan telah pun berlalu. Cadangan ayah untuk menyatukan dia dengan abang iparnya tidak masuk akal. Tapi, hakikatnya memang itu yang Yasmen lalui. Okey, macam drama malam-malam tu.Kahwin paksa! Lagi-lagi dengan abang iparku sendiri. Semuanya dah terlambat. Hari ni aku bakal menjadi isteri abang iparku. Baju kurung berwarna krim siap disarung dan veil sudah siap berada di atas kepalaku. Aku di make-up, didandan dan memakai shawl dengan kemas. Aku merenung wajahku di hadapan cermin. Betul ke aku nak kahwin dengan Muiz? Abang iparku? tanya Yasmen dalam hatinya.

Tersentak Yasmen apabila ibunya memecahkan lamunanya.

"Semua dah siap?" tanya ibunya kepada Yasmen sambil tersenyum. Yasmen membalas senyuman paling manis kepada Puan Zaleha.

"Kenapa ni?" tanya Puan Zaleha. Yasmen hanya membisu sahaja.

"Tak elok orang nak kahwin muka sedih. Nanti hilang seri wajah." kata Puan Zaleha kepada Yasmen.

Yasmen mampu buat-buat tersenyum sahaja walaupun hari ini hari bahagia dia. Tapi, bukan dengan Muiz.

"Ibu" panggil Yasmen

"Ye sayang." sahut ibunya

Yasmen memeluk tubuh ibunya. Ibunya membalas pelukan anak kesayangannya. Yasmen memang rapat dengan Puan Zaleha. Yasmen memperkemaskan lagi pelukannya.

"Ibu janji dengan Min." kata Yasmen dengan nada yang sebak.

"Janji apa sayang?" tanya Puan Zaleha

"Walau apa yang jadi, tak ada siapa yang dapat pisahkan kita." kata Yasmen

"Apa cakap macam tu pula. Siapa nak pisahkan kita". kata Puan Zaleha sambil mengosok bahu anaknya.

Yasmen mengelap air matanya semula

"Kan dah rosak make-up tu." kata Puan Zaleha sambil menghulurkan sekotak tisu.

"Jom keluar. Pengantin lelaki dah tunggu kat luar." kata Puan Zaleha kepada anaknya dan mereka berlalu pergi meninggalkan bilik pengantin.

DENGAN sekali lafaz sahaja Yasmen sah menjadi isteri kepada Muiz.Ya, Muiz bukan lagi abang iparnya. Selepas Muiz menyarungkan cincin kepada Yasmen. Yasmen menyambut tangan Muiz dan mencium tangan Muiz. Semasa Muiz mencium dahi Yasmen ada cahaya lampu kamera berkelip-kelip menandakan jurukamera sedang menangkap gambar mereka.

Tindakan Yasmen dan Muiz dapat di perhatikan oleh Lisa. Lisa cemburu dengan Yasmen kerana Muiz memilih Yasmen sebagai seorang isteri.

Dia berlalu meninggalkan pasangan itu. Menyampah!

SUDAH tiga hari Yasmen sudah sah bergelar isteri Muiz. Dan hari ini dia akan mengikuti Muiz pulang kerumahnya. Selepas ini dia akan hidup berdikari dan hidup bersama seorang yang bergelar suami. Dia pasti merindui ibunya. Apabila Yasmen menghadapi masalah dia akan meluahkan kepada ibunya sahaja. Besar mata Yasmen apabila melihat Muiz yang baru sahaja keluar dari bilik mandi hanya memakai tuala paras lutut. Yasmen mengalihkan pandangan di sudut lain. Muiz tersenyum nakal apabila melihat tingkah laku Yasmen itu.

"Awak ni tak reti nak pakai baju dalam bilik mandi ke?" tanya Yasmen

Muiz tersenyum nakal lagi. Dia mahu mengusik isterinya itu.

"Ala kita kan dah kahwin. Dah sah suami isteri pun. Takkan la nak pakai baju pun kena pakai dalam bilik air." kata Muiz

Yasmen mengetapkan bibirnya. Kalau aku cakap sepatah, sepuluh kali dia membalasnya.

Muiz meloloskan tualanya dia hadapan Yasmen. Tuala Muiz sudah jatuh ke lantai dan Muiz hanya memakai seluar boxer paras peha. Dia sengaja buat begitu kerana mahu mengusik Yasmen.

"Ahhhhhh" tempik Yasmen sambil menutup mukanya dengan kedua tapak tanganya.

Berdekah-dekah Muiz ketawakan Yasmen. Yasmen yang mendengar Muiz ketawa itu, membuka sedikit telapak tangannya yang menutupi mukanya itu.Dia dapat melihat muka Muiz yang agak merah kerana ketawa melalui celah jari tangannya.

Yasmen membuka tapak tangannya dan melihat Muiz hanya memakai boxer sahaja. Berombak dada Yasmen melihat Muiz asyik ketawakan dia dari tadi.

Yasmen menahan geram. Dia mengengam kedua tangannya. Dia terus meninggalkan Muiz yang dari tadi asyik ketawakan dia. Seronok lah kau, kenakan aku kan. Takpe, hari hari kau. Kau belum kenal lagi siapa Yasmen sebenarnya.

YASMEN duduk di kerusi yang terletak di hadapan rumahnya. Yasmen duduk sambil memikirkan kejadian tadi. Marahnya kepada Muiz belum habis lagi.

Tiba-tiba Muiz berada di sebelah Yasmen. Terbeliak mata Yasmen apabila Muiz meletakkan kepalanya di atas bahu Yasmen. Yasmen segera menolak kepala Muiz. Muiz meletakkan kembali kepalanya.Yasmen membiarkan sahaja tingkah laku Muiz. Kalau di tepis nanti ibu dengan ayah nampak habislah aku kena marah. Muiz tahu yang Yasmen masih marah kepadanya kerana kejadian tadi.

"Awak nak apa ni. Suka hati je nak buat orang macam ni". marah sedikit Yasmen

"Abang tahu Min marahkan abang pasal kejadian tadi kan?" tanya Muiz dengan lembut.

Glupppp. Sejak bila dia ni pandai bahasakan di dengan panggilan 'abang' ni. Geli la.

Yasmen diam sahaja dan membiarkan Muiz meletakkan kepalanya dia atas bahunya.

"Abang tahu. Abang tak patut buat macam tu dekat Min." kata Muiz dengan nada yang sedikit kesal.

"Abang minta maaf." kata Muiz lagi sambil menggengamkan tangan Yasmen.

Yasmen yang dari tadi kaku. Entah kenapa munculnya satu perasaan. Perasaan yang tak dapat di gambarkan. Perasaan asing. Mungkin Yasmen sudah jatuh cinta dengan Muiz. Setiap sentuhan Muiz membuat Yasmen menjadi berdebar. Apa semua ni. Ke aku dah jatuh cinta dengan dia. Noo Yasmen. Kau tak boleh jatuh cinta dengan Muiz. Kau tahu kan dia macam mana. Buaya darat. Jangan mudah terpedaya Yasmen. Satu bisikan halus yang entah dari mana datangnya.

"Saya tak marahkan awak pun." ujar Yasmen

"Maafkan abang ye." kata Muiz dengan nada sedikit bersalah.

"Saya dah maafkan awak dah." kata Yasmen

Muiz tersenyum gembira. Dia menarik tubuh Yasmen ke dalam pelukannya. Tergamam Yasmen dengan tindakan Muiz itu.

"Terima kasih sayang." satu kucupan hinggap di pipi Yasmen.

"Ya Allah budak bertuah ni." kata Encik Rahmat sambil mengelengkan kepalanya.

Yasmen dan Muiz meleraikan pelukkan mereka. Muiz mengaru-garukan kepalanya yang tidak gatal. Malu.

"Ada apa ayah?" tanya Yasmen

"Ibu kamu ajak makan. Nanti dah nak balikkan?" tanya Encik Rahmat.

"Ha'ah ayah." jawab Muiz.

"Ayah, Min nak pergi ke dapur. Nak tolong ibu mana yang patut." kata Yasmen kepada ayahnya.

"Yelah." jawab ayahnya.

Ayah melabuhkan punggungnya di kerusi bersebelahan dengan Muiz.

"Pukul berapa kamu nak balik?" tanya ayah memulakan bicara.

"Mungkin petang ni ayah. Sebab lusa Muiz dah kerja." kata Muiz.

"Awalnya kamu mula kerja." kata ayah

"Kenapa ayah?" tanya Muiz

"Kenapa tak pergi honeymoon?" tanya ayah bersahaja.

"Nak pergi juga ayah. Tapi Muiz banyak sangat kerja kat pejabat tu." ujar Muiz

"Yelah. Ayah faham kerja kamu tu macam mana. Tapi, kerja-kerja juga. Anak ayah jangan abaikan. Kata ayahnya

Muiz seorang ahli perniagaan dan memegang jawatan sebagai pengurus besar syarikat. Memang sibukla memanjang.

"Jangan lambat-lambat tau." kata ayah membuatkan Muiz menjadi binggung.

"Lambat-lambat apa ayah?" tanya Muiz dengan kebinggungan.

"Lambat bagi cucu dekat ayah." kata ayah sambil ketawa dan Muiz juga turut ketawa sama.

"Ishhh. Ayah ni. Muiz baru je kahwin. Nak dapat anak dah. Cepatnya." Kata Muiz dengan sisa-sisa ketawanya.

"Anak tu kan pembawa rezeki." kata ayah.

Muiz mati kutu.

Ibu datang ke arah mereka.

"Amboi. Rancak berbual.Anak dengan menantu. Borak apa tu?" tanya ibu kepada Muiz dan Encik Rahmat.

"Mana boleh tahu. Ni hal laki-laki." kata ayah sambil ketawa.

"Dahla. Mari masuk makan. Lauk dah siap dah" kata ibu."Ha. Yelah." kata ayah.

Muiz dan ayah mengangkat punggung lalu masuk ke dalam rumah menuju ke meja makan. Lauk pauk siap dihidang dan tersusun kemas di atas meja makan. Muiz menarik kerusi dan melabuhkan punggungnya. Dia melihat Yasmen yang sedang menuangkan air oren ke dalam gelas. Dia memerhatikan gerak-geri Yasmen. Namun, tindakkannya dapat ditangkap oleh Yasmen. Yasmen memandang Muiz. Muiz mengenyitkan matanya kepada Yasmen. Mujur ibu dan ayah tidak nampak. Yasmen duduk di meja makan bersebelahan Muiz. Dia menyenduk nasi ke dalam pinggang ayah, ibu dan Muiz. Mereka menikmati makanan dengan penuh berselera.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience