BAB 3

Romance Series 6982

MIA menunggu Yasmen di sebuah cafe berdekatan tempat kerja mereka.

Mia berdecit. "Lambat lah kau ni. Lama tau aku tunggu." kata Mia nada merajuk.

Yasmen melabuhkan punggungnya di atas kerusi bertentangan dengan Mia. "Alaaa. Sorry la aku ada 'meeting' tadi. Kau tahu la perangai bos tu. Cakap habis pukul satu tapi satu setengah baru habis." kata Yasmen dengan nada memujuk.

" Tak kisah la. Asalkan aku boleh dengar cerita kau ni" kata Mia dengan tidak sabar.

" Apa hal kau ni? Angin takde, ribut takde. Tiba-tiba nak kahwin. Dengan abang ipar pulak tu" kata Mia lagi.

" Ni rancangan ayah aku." Riak wajah Yasmen mula berubah.

"Kau ingat aku nak sangat ke kahwin dengan Muiz tu. Kau pun tahu kan perangai Muiz tu macam mana." kata Yasmen.

" Kau tak cuba bincang elok-elok ke dengan ayah kau tu?" tanya Mia

"Malas ah. Kang, tak pasal-pasal gaduh besar pulak" kata Yasmen.

"Jadi. Kau setuju lah nak kahwin dengan Muiz?" tanya Mia untuk meminta kepastian.

Yasmen menganguk dan diam.

"Macam mana dengan Ezra?" tanya Mia.

Tiba-tiba sahaja Yasmen teringatkan Ezra. Ezra merupakan cinta pertama Yasmen. Tapi, Yasmen tidak pernah menceritakan tentang hubungan dia dengan Ezra kepada ayahnya. Meskipun, Ezra tu adalah anak saudara ayah. Sepupu aku la. Macam mana aku nak berterus terang dengan Ezra ni? Atau aku kena bagitahu ayah yang aku suka kan Ezra? aduhhh susah la macam ni. Kata Yasmen dalam hati.

"Min" panggil Mia.

"Errrrrr" tersentak Yasmen

"Kau ni asyik termenung je aku tengok. Kalau kau tak nak kahwin dengan Muiz tu. Cakap baik-baik dengan ayah kau tu. Slow talk. Aku yakin ayah kau mesti faham." kata Mia sambil meramas jari jemari Yasmen.

Yasmen mula sebak "Ayah aku takkan faham semua ni." kata Yasmen sambil mengeluarkan air matanya

"Shhhhh." Mia cepat-cepat menenagkan Yasmen.

"Dahla. Jangan menangis. Aku sentiasa ada dengan kau" kata Mia sambil mengosok belakang Yasmen.

"Thanks Mia" kata Yasmen sambil melemparkan senyuman kepada Mia.

"Haaa. Macam ni la cantik. Senyum. Dah la taknak nangis-nangis lagi" kata Mia.

"Sekarang ni kita makan. Nanti tak pasal-pasal bos marah" kata Mia.

Yasmen mengelap air matanya dan tersenyum kepada Mia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience