BAB 9

Romance Series 6982

Muiz melihat Yasmen sedang membasuh pinggan. Muiz datang ke arah Yasmen lalu merangkul pinggan Yasmen dan meletakkan dagunya di atas bahu Yasmen. Yasmen tergamam.

Yasmen hanya tersenyum dan sudah mengetahui siapa. Tak lain tak bukan Muiz la!

"Sayang. Dah-dah la tu buat kerja rumah. Tak penat ke?" tanya Muiz.

"Sikit je lagi. Awak duduk la dekat depan tu. Nanti saya buatkan air untuk awak" ujar Yasmen.

Muiz akur. Yasmen membawa secawan air milo panas dan cucur pisang kemudian diletakkan di atas meja kecil. Danish sedang bermain mainannya dilayan oleh ayahnya. Muiz. Yasmen melabuhkan punggungnya di sisi Muiz.

"Muiz" panggil Yasmen. Muiz yang sedang makan terhenti. Dah berbaik pun masih panggil Muiz lagi ye Yasmen. Apalah kau ni.

"Ya. Ada apa?" tanya Muiz.

"Saya ada benda nak cakap dekat awak ni" kata Yasmen dangan gugup. Macam mana nak mulakan ni. Aduh.

"Cakaplah. Apa dia." ujar Muiz dengan tidak sabar mendengar.

"Sa- saya” Kenapa susah sangat nak cakap ni Yasmen. Cakap je lah. Lagi pun kalau kau cakap dia takkan makan kau lah Yasmen.

“Saya apa?”

“Sa-saya..dah boleh terima awak." tergagap-gagap Yasmen.

Muiz yang yang mendengar pengakuan Yasmen seperti tidak percaya. Biar betul dia ni.

"Sebagai seorang suami." sambung Yasmen lalu menunduk muka ke bawah. Malu dengan pengakuan.

Muiz tersenyum gembira. Yes! Misi pikat hati bini dah berjaya.

"Abang pun ada benda nak bagitahu sayang." ujar Muiz.

"Apa dia" ujar Yasmen lalu mengangkat muka merenung anak mata Muiz yang berwarna hitam bersinar.

"Kita pergi honeymoon nak tak?" ujar Muiz.

"Betul ke ni?" tanya Yasmen menginginkan kepastian.

"Sepanjang kita kahwin ni kita tak pergi lagi kan honeymoon." sambung Muiz.

Macam nama nak perginya kalau dah sorang tu keras kepala.

"Kita nak pergi mana?" tanya Yasmen dengan teruja.Eh kau ni Yasmen macam tak sabar je nak honeymoon.

"Kalau kita pergi Cherating. Nak tak?" cadang Muiz.

"Nak!" jawab Yasmen dengan teruja.

Keesokan harinya Muiz dan Yasmen sedang bersiap untuk berangkat ke Cherating. Sebelum mereka berangkat ke Cherating mereka singgah ke rumah ibu dan ayah Yasmen dahulu untuk menghantar Danish. Yelah, nak berhoneymoon takkan nak bawa orang lain pulakan. Tak best la ada gangguan. Hahahaha.

“Mummy. Mummy nak pergi mana? Mummy nak tinggalkan Danish ke ?” tanya Danish seperti ingin menangis.

“Tak lah sayang. Mummy dengan papa ada work. Nanti habis work Mummy balik ye sayang” pujuk Yasmen. Keh. Work apa bendenya Yasmen.

“Mummy janji ye. Mummy pergi work lepastu balik cepat tau. Jangan tak balik macam mama” ujar Danish. Luruh hati seorang perempuan. Kesiannya anak kecil ini.

“Ye sayang. Mummy habis work mummy balik. Nanti mummy bawa balik hadiah untuk Danish” ujar Yasmen lalu menarik anak kecil itu ke dalam dakapannya.

Selepas itu, Yasmen meleraikan pelukkannya kemudian bersalaman dengan ibu dan ayahnya. Begitu juga dengan Muiz.

Sepanjang perjalanan ke Cherating tangan kiri Muiz memegang tangan kanan Yasmen dan sebelah kanan memegang stering kereta. Sesekali Yasmen memandang Muiz. Dia ni nak tunjuk hebat ke apa bawa kereta guna sebelah tangan.

“Sayang kalau ngantuk tidur la dulu. Nanti dah sampai abang kejutkan.” Ujar MuizMuiz. Yasmen hanya menganggukkan sahaja.

Sejak beberapa hari ni Yasmen tidak cukup tidur. Yalah kenalah siapkan kerja dulu sebelum nak ambil cuti. Nasib baik boss memahami.

Setelah sampai ke destinasi Yasmen masih lagi diulit mimpi dan tangan kanannya masih lagi memegang tangan kiri Muiz. Perjalanan mereka memakan masa selama tiga jam. Muiz melihat Yasmen sedang nyenyak tidur dan bunyi dengkuran halus. Eh comel.

Nak kejut ke tak. Kalau kejut tak sampai hati. Takkan nak angkat bawa masuk hotel pula kan? Nanti apa pula orang cakap bawa masuk anak dara orang dalam hotel. Tapi dia ni bini aku. Haishh.

“Sayang” kejut Muiz dengan lembut sambil menggoncangkan sedikit bahu Yasmen.

“Hmm. Kita dah sampai ke” soal Yasmen dalam keadaan mamai.


“Ha’ah. Kita dah sampai” ujar Muiz lalu mengoyak kan senyuman.

Muiz mengangkat bagasi-bagasinya dan check in di hotel Royale Chulan Cherating Villas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience