BAB 1

Romance Series 6982

"Kahwin?" terkejut Yasmen dengan cadangan ayahnya yang ingin menyatukan dia dengan abang iparnya.

"Ya" jawab ayah dengan tegas. "Apa semua ni ayah? takkan Min nak kahwin dengan abang ipar Min sendiri? Kan kak Rin baru je meninggal." bertubi-tubi soalan Yasmen diajukan kepada ayahnya.

"Apa salahnya kamu kahwin dengan abang ipar sendiri?" tanya ayahnya

"Lagipun, kita kenal Muiz tu macam mana kan. Ayah yakin yang Muiz tu boleh jadi suami yang terbaik buat kamu. Tak kesian ke dengan anak-anak kakak kamu tu. Diorang tu kecik lagi. Kalau Min kahwin dengan Muiz tu. Sekurang-kurangnya bolah la mereka anggap Min ni sebagai Ibu kepada anak Muiz tu. Anak saudara kamu jugak Min" kata ayahnya lagi seakan memujuk Yasmen untuk menerima Muiz.

"Betul cakap ayah kamu tu Min. Ke Min dah ada pilihan Min." sampuk ibunya. Puan Zaleha.

"Glupppp" terasa pahit air liurnya mahu menelan.

"Kalau Min dah ada calon. Min bagi tahu la kami. Kami boleh tolak pinanggan Muiz tu." kata ibunya.

Kalau ada pun ayah takkan baginya. Mesti gaduh besar aku dengan ayah sebab tak dengar cakap dia.Mana tak nya Muiz tu satu-satunya menantu pertama dan menantu kesayangan ayah. Depan baik je kau Muiz. Pijak semut pun tak mati. Belakang macam binatangg! kau curang dengan kakak aku masa dia tengah sakit. Sampai dia meninggal pun kak Rin tak tahu yang kau dah main kayu tiga. Kau dah hancur hidup kak Rin, sekarang kau nak hancurkan hidup aku pula. Dasar jantan tak guna!!! penipu! kata Yasmen dalam hatinya.

"Min?" tersentak Yasmen apabila ibunya memecahkan lamunannya.

Semua adik-beradiknya tidak berani untuk masuk campur kerana takut dengan ayah. Ya, ayah seorang yang garang dan tegas. "Bagi Min masa ayah." kata Yasmen yang masih mengawal suaranya.

"Dah takda apa yang nak difikirkan lagi. Kahwin je lah dengan Muiz. Susah sangat ke nak ikut." kata ayahnya dengan nada yang sedikit keras.

Yasmen bangun terus masuk ke dalam biliknya kerana dari tadi menahan air mata. Yasmen menutup pintu biliknya dan duduk bersandar di pintu bilik sambil menangis. Dia mahu melepaskan segala yang terpendam di hatinya itu.

Kenapa ayah sanggup berbuat begini kepada aku. Kenapa aku yang kena kahwin dengan Muiz? Kenapa tidak Lisa atau Diya yang kahwin dengan Muiz. Lisa dan Diya adalah adik kepada Yasmen. Atau aku sudah ditakdirkan untuk berjodoh dengan abang iparku sendiri. Ya Allah, tolong hambamu ini. Rintih Yasmen dalam hatinya sambil menangis teresak-esak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience