BAB 3

Romance Completed 16659

Amny terjaga. Astaghfirullah. Dia meraup muka. Amny mengingat kembali mimpi siangnya. Sinar itu hilang untuk membawanya kepada suara yang mengalunkan ayatullah tadi. Surah Al-Fatihah? Pembuka?

Inikah kuncinya? YA! Itulah kuncinya. Itulah miftahnya. Ya Allah, Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Ampunkan hamba-Mu ini. Terlalu lalai daripada kasih-Mu. Terlalu sombong daripada meminta daripada-Mu. Sedangkan Engkau sahaja yang layak untukku meminta pertolongan. Selayaknya, ya Allah. Astaghfirullahal ‘azeem…Senandung al-Fatihah terus berlagu di bibirnya. La ilaha illallah. Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah!

Angin bertiup lembut. Bayu laut menampar-nampar pipi gebu Amny, memanggilnya menikmati suara alam. Pantai Teluk Ketapang menjadi destinasi Amny seusai solat Asar. Tak ramai manusia menghabiskan masa mereka di pantai pada hari bukan hujung minggu. Amny berdiri menghadap laut. Dibiarkan sahaja seluarnya basah apabila air masin menerjah kakinya yang tidak bersepatu. Fikirannya masih tenggelam dengan zikir alam, deru ombak yang berzikir kepada Allah, tapi alunan surah Pembuka masih kuat bermain-main di ingatannya.

Iyya ka na budu..

Kepada-Mu kami menyembah..

Wa iyya ka nastaeen

Dan kepada-Mu kami memohon pertolongan..

La ilaaha illallah!

Ya ‘Azim, segala kudrat adalah milik-Mu. Hanya dengan iradat-Mu, sesuatu boleh terjadi. Kun fayakun kata-Mu. Ya Tuhanku, ampunkan hamba-Mu yang hina ini. Ampunkanlah aku, ya Allah atas kelalaian hati ini. Sujudku dulu, hanya pada zahirnya. Namun, hatiku tak pernah hadir di sana. Ya Ghafur, kurniakanlah maghfirah-Mu yang tak bertepi itu. Kau kuatkanlah pula imanku. Kau teguhkanlah imanku. Benarkanlah aku melunaskan imanku dengan mati syahid di jalan-Mu, ya Allah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience