BAB 4

Romance Completed 16659

Ombak terus menghempas pantainya. Ikan-ikan di lautan mengaminkan doa hamba-hamba Allah yang ikhlas. Subhanallah. Subhanallah. Subhanallah. Anugerah-Mu tetap tak tertulis, meski seluruh lautan ini menjadi dakwatnya. Hamba-Mu ini memang pelupa, ya Tuhan. Astaghfirullah! Amny membuang pandang jauh ke tengah laut, bermuhasabah menginsafi diri.

“Assalamualaikum.”

Tegur satu suara lelaki, membantutkan lamunan Amny. Langkahannya terhenti tidak jauh dari sisi Amny yang terleka menikmati bayu laut.

“Waalaikumussalam warahmatullah.”

Salam segera disambut. Amny berpaling, memerhati wajah di sebelahnya. Ingatannya diselongkar sederasnya, wajah ini pernah hadir dalam sejarah hidupnya. Amny tersenyum, berbalas.

“Doktor Izham.”

Sapa Amny, jelas di ingatannya, doktor ini yang telah merawat ayahnya hingga ke penghujung umurnya beberapa bulan lepas.

“Amny, Alhamdulillah ingat lagi saya. Apa Amny buat kat sini? Sorang je?”

Soal doktor Izham. Ceria, seperti dulu. Meski hari-hari yang dilalui lelaki itu penuh masalah orang lain, tapi sebagai seorang doktor, itu sememangnya tanggungjawabnya. Dan kerana itu, dia sanggup menghadapinya tanpa seulit keluhan pun.

“Alhamdulillah, ingat lagi. Tak sangka doktor pun masih ingat saya, ye. Saya ke sini seorang je. Saya kat sini pun nak rehat-rehatkan minda sikit. Nak buang angin-angin panas, sekali-sekala datang. Dulu selalu datang dengan arwah ayah, sekarang ayah dah takde, seoranglah jalan-jalan. Doktor? Seorang ke? Tak kerja petang ni?”

Ramah berbahasa walaupun terasa sedikit kekok atas perbualan dengan lelaki tanpa urusan penting kerana bakal mengundang fitnah. Meskipun berlaku secara kebetulan dan di tempat terbuka sebegini pula. Malangnya, bila-bila masa sahaja fitnah boleh tersebar. Manusia, berbagai andaian akan dibuat. Mulut pula, bukan macam mulut tempayan, yang masih boleh ditutup.

“Saya dah habis waktu kerja, esok oncall. Tadi rasa terpanggil benar nak jalan-jalan kat sini. Walaupun rumah tak jauh dari sini, tapi kadang-kadang je pijak pasir putih ni. Sibuk memanjang ni pun, kejap lagi nak jumpa kawan, minum sama-sama lepas tu nak buat research sikit pasal patient cases.”

Jelas lelaki berjawatan doktor itu. Aku cuba berlagak selamba. Menganggukkan kepala mendengar patah bicara lelaki itu.

Hati terusik. Memikirkan cita-cita yang masih tergantung di awangan. Akan tercapaikah olehnya harapan itu? Air mata mula bertakung di birai mata. Sensitifnya perasaan ini. Tidak kuatkah aku menghadapi ujian-Nya? Pantas aku menyeka.

Harap-harap doktor Izham tidak meyedari apa yang kulakukan tadi. Kebiasaannya, doktor Izham sangat peka, apatah Amny sendiri pernah rapat dengannya dulu. Sedari bibit perkenalan dahulu, doktor Izham banyak membimbing Amny, mungkin sudah tercatit dalam Hippocratic Oath yang diikrarnya dulu.

Dr. Izham memandang jauh ke tengah laut. Mengisi ruang peparunya dengan udara segar dan lembap. Perlahan-lahan dia melangkah mendekati Amny, menyertai Amny bermain ombak yang setia menemani pantai. Bayu yang bertiup membawa bau perfume milik doktor Izham ke rongga hidung Amny.

‘Wanginya’.

Rupanya syaitan sedang memainkan peranannya. Lepaskan Amny dari dosa, ya Allah.
“Sekarang cuti?”

Dr. Izham mencari kepastian.

“Atau sedang menunggu offer?”

“Dua-duanya sekali.”

Balasku, pendek.

Membenteng ombak di dada. Situasi kini benar-benar rumit. Bagaimana harus diterangkan situasi sekarang? Tak mungkin aku mahu meluahkan masalah kepada lelaki di hadapan ini? Janggal pula kedengarannya. Yalah, orang jauh, tak pernah ada kena-mengena antara kehidupan kami berdua. Janganlah dia tanya lagi. Bisik hati Amny.

Dr. Izham hanya menganggukkan kepala. Sepi. Amny pantas mencari jawapan, sebagai persiapan menghadapi soalan seterusnya daripada doktor Izham. Apa pun harapnya, biarlah lelaki itu cepat pergi.

Handphonenya berdering tiba-tiba. Melihat sahaja skrin handphone, doktor muda itu terus minta mengundur diri.

“Hrm..saya kena beransur dululah, ye. Maaflah. Tak sempat kita nak berbual panjang.”.

Dr. Izham melangkah, memakai sepatu yang dipegangnya sedari perbualan mereka bermula tadi. Amny membiarkan, tidak menghantar dengan pandangannya sekalipun.

‘Fuh, selamat.’

“Oh ya, saya ada sesuatu untuk Amny. Apa pun, jangan lupa inform berita Amny kepada saya. Assalamualaikum warahmatullah.”

Entah bila Dr Izham datang semula, menyerahkan sepucuk surat biru, sempat berpesan lagi.

‘Tak akan punya!’

Tekad hatiku.

Tanpa sempat Amny mengucapkan terima kasih, Dr Izham terlebih dahulu berlalu.

“Waalaikumussalam warahmatullah.”

Amny terkejut, menganggukkan kepala. Dia tahu, doktor itu tak dapat melihatnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience