BAB 1

Romance Completed 16659

Petang. Amny pening. Keputusan final examnya kandas! Tak mungkin ini satu noktah yang sekaligus menghancurkan cita-citanya? Ireland, makin menjauh. Tiadakah harapan baginya lagi? Menyusur onak menyemai cita-cita, tungkus-lumus selama ini tiada gunanya! Fikirannya bercelaru. Perasaannya rusuh. Ya Tuhan, aku tidak tegar menerima dugaan seberat ini. Ampunkan hamba-Mu ini, ya Allah.

Dari kecil, aku belajar bersungguh-sungguh. Tempat pertama, kedua dan ketiga menjadi mainan, hingga melangkah ke tingkatan lima, aku top ranker! Apa dah jadi sekarang? Dua tahun mengikuti kursus persediaan, aku jatuh. Dan sekarang, requirement universiti pun tak lepas? Amny! Apa yang berlaku?

Penuh persoalan menyelirati benaknya. Semua saudara mara menanyakan soalan yang sama. Aku tak betah berdiri lagi di sini! Apa harus kukatakan pada mereka? Soalnya, aku terlalu main-mainkah? Tak! Aku berusaha lebih dari segala-galanya!Argh! Aku tak boleh menjadi selemah ini. Amny Fadheelah bukan begini.

Ayah, di mana kata-kata dan ucapan motivasimu? Amny jenuh menyelongkar kotak ingatan, yang ada hanya memori pahit tinggalan ayah. Amny terganggu emosikah atas pemergian ayah tika hari peperiksaan sedang mendekat? Amny tak tegar mengaku! Amny tahu semangat yang ayah tinggalkan masih kuat dalam diri Amny saat itu. Kerana itu, Amny tetap bisa meneruskan perjuangan sebelum menginjakkan kaki pulang ke kampung laman kita.

Ironisnya kehidupan kita, ya ayah. Usaha kita kadang kala tak dibalas. Jerih payah yang diberi pun tidak memberi erti. Dan, kadang kala…kasih kita pun selalu dibenci. Amny dah bungkam. Usaha selama ini dibuang ke mana? Ditiup taufankah? Atau dibom sia-sia? Atau mungkin juga disabotaj oleh bajingan tak bertanggungjawab (exam board)?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience