BAB 9

Romance Completed 16659

Dia menjejak Amny hingga ke rumahnya.Dia pasti melakukan sesuatu. Lantas dia berlalu pergi, kembali ke hospital. Tanggungjawab prioriti didahulukan.

Dr Izham langsung tidak menghubungi Amny. Seminggu sudah berlalu. Tiga hari lepas, ada berita baik, Amny terkejut sangat, dia mendapat tawaran MBBS dari Indonesia. Seingatnya dia tidak pernah memohon ke sana. Tapi, itulah rezeki Allah. Kata orang kalau niat baik, walau macam mana sekalipun, Allah akan tolong. Bezanya mungkin cepat dan lambat sahaja.

Dan hari ini pun, Amny terkejut lagi. Entah nak dikategorikan berita baik atau buruk? Dia sendiri tak tahu. Kata ummi, ada orang datang siang tadi, kebetulan pula Amny keluar membeli barang sebagai persediaan di perantauan nanti. Ummi cakap lagi, mereka datang berhajat. Amny tak ambil pusing.

Ummi sambung lagi, mereka datang merisik Amny. Haaa??? Amny dah menggigil. Siapa pula yang berhajat mengambilnya jadi menantu? Apa sangat yang ada pada dirinya? Masak pun tak pandai? Maggi bolehlah. Hish.

“Siapa ummi?”

Amny risau. Dia tiada hubungan dengan sesiapa selama ini. Takkan tiba-tiba ada orang merisik. Haih! Jangan kata jadi dalam cerita kat tv kahwin dengan orang tua manalah pulak nanti. Lagipun, usiaku masih muda. Kalau boleh Amny mahu menjerit, membangkang. Tapi, haram bagi seorang anak meninggikan suara dengan ibunya. Amny menghentikan niatnya. Sekadar terdiam dengan wajah terkejut masih bersisa.

“Amny kenal orangnya. Kalau Amny setuju, insyaAllah minggu depan mereka datang hantar rombongan. Ummi bukan nak mempengaruhi Amny, tapi jika memang orang yang bakal jadi suami Amny memang bagus, ummi pun tak tolak. Orangnya pun beragama, kerja pun stabil, bertanggungjawab. Sekurang-kurangnya Amny terjaga sikit masa kat luar negara nanti. Taklah bimbang sangat hati ummi.”

Soalan masih tak terjawab. Siapa gerangan orangnya? Tak mungkin pelajar sama universiti dengan aku kot? Tapi, dah kerja, ummi cakap.

Ummi menghulurkan gambar. Amny mengecam. Terkedu, campur terharu. Inikah gerangan orangnya? Wajah Amny merah merona tatkala dibasahi sinaran lampu pendarflour biliknya. Ummi semakin pasti dengan tindakannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience