BAB 5

Romance Completed 16659

Apakah isi surat ini? Sampul biru itu dibuka, sekeping kad ditarik keluar. Bersamanya bauan semerbak. Sama seperti wanginya bau tadi. Jantungnya berdebar. Adrenalin yang tersebar ke salur darah, pantas menyemarakkan pergerakan otot-otot jantung. Sepertinya kad walimatul-urus? Doktor Izham empunyakah?

Soalan itu mengganggu fikiran. Pantas, Amny membalik-balikkan kad itu. Tiada tertulis ‘walimatul urus’ pun. Sebaliknya tertulis ‘Tahniah!’. Apakah maksudnya ini? Dia pantas mencari kelibat doktor Izham. Tiada. Kemudiannya, dia hanya merenung kad biru lembut itu.

Argh! Lupakan saja. Ucapan ini tak layak bagiku! Kemudian, disimpannya sahaja. Fikirannya berputar ligat. Musibah dan masalah memang tak terpisahkan. Tribulasi pula tak henti-henti mencarinya. Perasaan sedihnya sudah hampir surut. Tapi, masalahnya sekarang, bagaimana berita itu harus sampai kepada ibu?

Bagaimana pula mesti dikhabarkan kepada saudara mara lain yang pastinya akan bertanya tentang keputusan itu? Eric? Janjinya pada dirinya sendiri untuk mengatasi lelaki itu pula bagaimana? Pasti Eric ketawa padanya. Eric tidak seharusnya tahu tentang ini! Amny dapat membayangkan senyum sinis lelaki yang dia pernah jatuh cinta dulu.

Cinta dua hala tapi tak bertemu titik persilangannya. Agaknya, cinta yang disemai terbentang selari, walaupun terbit dari dua hati berlainan, tapi tiada dimensi yang membenarkan ikatan ini bertaut. Eric cintai Amny. Amny tidak. Selepas bertahun lamanya, cinta Amny baru berputik. Eric pula tidak tegar menunggu lagi. Argh! Aku tak bisa mengingatinya lagi. Terbanglah dikau wahai memori! Masalah lain masih berat untuk kutanggung.

Nanti dulu! Bagaimana pula jika doktor Izham mahu aku menghubunginya? Aku tidak mahu dia tahu. Aku malu! Walaupun tiada gunanya lagi. Tapi itulah realitinya. Aku masih tidak dapat membuangnya. Memang aku takkan dapat membuangnya. Semua orang tahu aku seharusnya menyambung pengajian ke Ireland. Aku bakal doktor! Walaupun baru sahaja sekadar melepasi kursus persediaan. Tapi, sekarang…Oh kehidupan, ironiknya dirimu!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience