BAB 8

Romance Completed 16659

Pagi makin pantas berlalu. Berkali-kali Amny berfikir kewajaran tindakannya selepas ini. Dr. Izham. Kenapa mesti dia pergi hari ini? Masalah satu dah tambah lagi. Jam sudah 9.51 pagi. Sembilan minit lagi. Amny bertindak. Pergi je lah! Mungkin ada manfaatnya.

Tepat 10.15 pagi. Wad 8A.

Amny melintasi bed menempatkan arwah ayahnya beberapa bulan lepas. Basah di ingatan saat sakaratul-maut menjemput roh ayah pulang ke pangkuan-Nya. Alunan surah Yaasin berlagu di corong telinga.

Hatinya sudah berderai tangis. Sebak masih tegar dibentengi. Namun berapa lama sajalah dapat dipertahankan. Rindu Amny pada ayah membuak-buak. Seminggu menemani ayah di sisi, seketika kemudian sudah dijemput Ilahi. Memori Amny berputar pada cerita yang sama. Diolah dengan cara yang sama. Ciuman terakhir singgah di dahi ayah. Genggaman terakhir ayah sebulan sebelum itu. Rindu berlagu sendu. Sendu mengoyak ceria wajahnya.

Tanpa mencari Dr Izham, Amny berjalan keluar daripada wad. Langsung dituju ke kawasan perkuburan bersebelahan hospital, bersemadinya jasad arwah ayah di situ. Doanya roh ayah ditempatkan di kalangan orang-orang beriman. Ameen.

Dr Izham menyedari kedatangan Amny, namun tidak sempat menemuinya. Dia masih sibuk menyediakan preskripsi ubat kepada pesakit yang terakhir tadi. Dia ternampak kelibat Amny, termenung jauh memerhatikan bed di sebelah kaunter. Bed yang pernah didiami ayahnya Amny. Silapnya juga, tak patut mengajak Amny ke wad ini. Pasti kenangan sedih berputar kembali dalam kepalanya.

Selesai saja kerjanya, Amny sudah berjalan keluar. Dia mengejar Amny secara senyap-senyap. Rupanya, Amny ke pusara allahyarham. Dia hanya berdiri dan memerhati dari jauh. Terlalu dramatis kisah gadis ini. Dia membuang pandang. Jauh. Cuba mencari rasionaliti diri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience