BAB 7

Romance Completed 16659

Amny dapat merasakan hadirnya semangat baru. Amny menganggukkan kepalanya. Patuh berserta tekad baru. Ya! Aku berjanji, aku akan membaiki kelemahanku. Aku akan berbaris dengan orang terbilang kerana aku akan berusaha lebih lagi. Kerana Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehinggalah kaum itu sendiri yang mengubahnya. Aku akan pastikan janji ini tidak tinggal janji!

“Terima kasih ummi kerana memahami. Amny sayang ummi…”

Kata Amny penuh perasaan, bersyukur sangat-sangat kerana dikurniakan ibu yang sangat penyayang, memahami dan penuh nasihat. Amny terbayangkan kehadiran ayahnya tika ini. Pasti itu juga yang akan dilafaz ayah. Amny tersenyum lega.

Dengan nama-Mu yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Ya ‘Alim, Kau Maha Mengetahui segala yang terbaik buatku. Aku redha segalanya atas apa yang telah Engkau takdirkan buat hamba-mu yang lemah ini.

Hari terus berlalu. Bacaan Al-Fatihah terus dialun, tujuh belas kali sehari semalam, extra lagi dua, mengiringi solat hajat. Dan dua lagi untuk solat istikharah pada saban malam. Ramadhan makin mendekat, menjenguk umat Islam seantero dunia. Meski seketika, namun penuh kerahmatan dari-Nya.

Fajar sadiq.

Seusai solat subuh, seperti biasa Amny membaca mathurat sebelum menghafaz Al-Quran. Telefon di atas meja tiba-tiba sahaja berdering. Siapa yang call pagi-pagi ni? Syuruk pun masih jauh lagi. Amny bermalasan mencapai telefon tangannya. Nombor yang tidak dikenali. Siapa?

“Hello.”

Hujung talian mula berbicara, tiada lafaz salam sebagai pemula bicara.

‘Muslim ke tak ni?’

“Hello, assalamualaikum”

Ujar Amny. Gamble je menyebarkan salam, andai pemilik suara itu muslim, alhamdulillah. Jika tidak, semoga Allah memberinya hidayah. Ameen.

“Waalaikumussalam, boleh saya bercakap dengan Amny Fadheelah?”

Soal suara tadi.

“Ya , saya Amny Fadheelah. Boleh saya tau siapa yang bercakap?”

Amny terkejut. Suara tak dikenali, mencari dirinya. Menelefon dirinya waktu begini pula? Ish, pelik ni. Amny berdebar menanti. Kejap. Suara ni macam pernah dengar. Tapi, di mana ya?

“Alhamdulillah, dapat pun saya bercakap dengan Amny. Saya ni, Doktor Izham. Amny sihat?”

Doktor Izham? Mana dia dapat nombor aku ni?

“Alhamdulillah.”

Sepatah saja bicara terkeluar.

“Maaf mengganggu pada waktu sebegini. Mengganggu tidur Amny agaknya saya ni.”

Berbasa-basi.

“Oh, tak. Dah lama bangun.”

“Begini saja ya, Amny. Saya tak boleh nak berbicara panjang, sebab saya masih on duty. Oncall. Saya nak mintak Amny datang ke hospital hari ini pukul 10 pagi? Ada beberapa perkara saya ingin bicarakan, personally.”

Ujar doktor Izham menimbulkan persoalan besar di benak Amny.

“Pasal apa ya, doktor?”

Ringkas soalan Amny.

“Surprise, but you will never regret after you decide to come.”

Kenapa ya? Bagaimana ni? Boleh tak pergi tak?

Sunyi.

“Amny? Senyap je. Saya tak boleh lama-lama ni. Jika Amny datang nanti, terus cari saya kat wad 8A. Ok ye. Assalamualaikum.”

Talian diputuskan. Alamak. Doktor ni, taulah busy, tapi tunggulah kejap. Orang nak bagitahu taknak pergi ni. Amny memberontak. Dia tak jadi menghafaz Quran. Tapi, sekadar membasahkan ingatan dengan surah-surah yang telah dihafaz. Selalunya, dia melakukan tasmi di hadapan ummi selepas maghrib.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience