BaB 18

Others Completed 2935

Razali pulang ke pahang semula dengan berat hati ingin meninggalkan jas di kuala lumpur,sememangnya razali telah jatuh hati terhadap jas,begitu juga jas terhadap razali,ternyata masih tidak terasa serik di dalam hati jas ingin bersuami lagi walaupun sudah tiga kali bercerai.mudah bercinta dan di cintai.sepanjang perjalanan pulang ke pahang razali masih berhubung di talian bersama jas hingga sampai di halaman rumah ibu razali,mengambil masa 3 jam mereka bersembang2,teman la konon dalam perjalanan tu,konon nak hilangkan rasa kebosanan sendirian.jas pun melayan juga,sama naik la mereka tu.sejak dari mula bertentang mata,bermulalah hati razali ingin menjadikan jas teman hidupnya.razali menceritakan mengenai jas pada mak dan bapanya,mak dan bapa razali hanya mendiamkan diri saja sambil tersenyum2."ikut awok la klu awok nk nikah pun,mak tak kisoh pun,jnji awok bahagia"...tima kasih mak,saya cadang sebelum mak dan pak masuk minang dia,saya nk bawak dia blik sini dulu jmpa keluarga kita,boleh ke?"...."elok jugak cadangan awok tu,bawak sini dulu bole kenal2"....green light dari mak dan bapa razali.

Razali sudah pun memberitahu jas tentang hasratnya itu,jas hanya bersetuju,tapi kali ini razali kena datang dulu berjumpa dengan ibu dan bapa jas untuk meminta izin.razali juga bersetuju,mereka kini saling cinta menyintai antara satu sama lain,makin akrab mereka seperti dah bercinta puluhan tahun.jas juga telah memberitahu ibu bapanya tentang tujuan razali nanti,ibu dan bapa jas hanya akur dan mengangguk sahaja,lagipun ibu bapa jas dah lali dengan tingkah laku jas,begitulah dengan hubungan yang sebelum2 ini juga begitu."nikah kt masjid,lpas tu wat mkn2 kecil dh la"....kata ibu jas."ye la,jnji nikah yg pnting,dh bpe kli nikah,rasa malu pulak,tp nk wat mcm mna,allah dh aturkan segala"...bapa jas menyambung.

Razali datang lagi ke kuala lumpur untuk berjumpa ibu bapa jas minta izin ingin membawa jas berjumpa keluarganya di pahang.jas berkemas apa yang patut,jas juga mencadangkan yang dia akan menginap di sebuah chalet nanti,jas tidak mahu tidur di rumah mak bapa razali,razali akur dengan cadangan jas itu.tibanya razali kerumah ibu bapa jas,makanan tengah hari telah siap sedia terhidang yang di masak sendiri oleh jas.kedatangan razali disambut baik oleh bapa jas,ibu dan jas juga begitu."mari masuk zali,jauh perjalanan mesti penat,jemput duduk,meh minum dulu basah kan tekak,nanti kita mkn ye"...kata en.rasad."tima ksih pakcik,mak dan ayah saya kirim salam"...salam di sambut oleh bapa jas sambil tersenyum.mereka bersembang2 sambil bergelak ketawa.waktu zohor telah pun masuk,razali meminta izin untuk tumpang solat,di izinkan oleh bapa jas,ibu jas menyuruh razali masuk kedalam bilik adik lelaki jas oleh kerana bilik itu kosong sebab adik lelaki jas berada di UPM.

Razali selesai mandi solat barulah mereka semua duduk dimeja makan untuk menjamu selera,dan pada malam itu juga razali tidur dirumah ibu bapa jas.pada keesokkan harinya barulah razali berangkat pulang ke pahang dan membawa jas bersama untuk di pertemukan pada mak ayahnya.pada pukul 9 pagi mereka mula berangkat setelah bersarapan pagi bersama.semasa dalam perjalanan ke pahang,jas merasakan keseronokkan dihatinya mula terbit.jas berangan jauh yang mengembirakan hatinya,berangan bila akan jadi isteri pada razali.

Jas masih mengelamun sendirian,sehingga dia mula pula rasa takut,pada fikirannya adakah kali ini perkahwinannya yang terakhir atau tidak...jas ingin hidup bersama suami hingga ke jannah,tetapi akhirnya lain pula yang terjadi.apakan daya fikiran jas berbolak balik pada kali ini.ada kala jas tidak mahu berkahwin lagi,tapi ada kala terasa ingin untuk terus berkahwin pula,begitulah hati dan perasaan jas,otak jas tidak tentu arah dibuatnya,umur jas makin meningkat,tetapi apa pun tak nampak hasil yang baik.tersentak jas dari mengelamun apabila razali menepuk peha jas."kita berhenti rehat kejap ye jas sambil minum air"..."ohhh jas ok je,ikutlah mana2 pun"...macam la jauh sangat perjalanan tu sampai nak berhenti2,padahalkl ke kuantan je pun.macam nak balik ke kelantan kecohnya.sengaja je nak melewat lewatkan perjalanan.itu mengada namanya...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience