Pada pagi itu suasana terasa amat pilu dihati jas,ntah mengapa begitu sayu sesayunya jas mungkin juga pada hari itu jas akan meninggalkan kuala lumpur tempat kelahirannya.sedih bercampur gembira.sedih ingin meninggalkan kl dan gembira kerana ingin berpindah ke tempat baru luar dari kl."jas jgn sedih2 la ye,ingat hidup di negeri orang x sama tmpat kita,pandai2 la bawak diri nnti".....iye mak jas cuba ye,klu jas rasa x bole,jas akn balik sini".....sayu terasa dihati ibu jas mendengar keluhan dari anaknya.biasanya jas berada dalam kl saja,kali ini jas akan jauh dari kl.mana tak terasa kan.....sabarlah duhai hati....
Siap masukkan barang ke dalam kereta,sarat juga kereta dengan pakaian2 jas,sebuah tv plasma,periuk nasi,dan set2 pinggan mangkuk,lalu beredar.sepi menyelubungi dalam kereta senyap seribu bahasa sehinggalah memasuki terowong genting sempah,barulah jas bersuara..."abg jas nk mkn mcd la,bole singgah bli x"?...kereta yang di pandu razali memasuki jalan menuju ke mcdonals sambil tersenyum."jas jgn nk mmbazir sgt nnti duit hbis"....eehh eehh eehh kedekut bongok pulak si razali ni,seolah2 macam nak perabih duit dia pulak,hati jas berkata.tanpa membuang kata,jas keluarkan duitnya sendiri untuk membelinya.teruk sangat perangai bodoh ni jas makin sakit dihati.barulah jas tahu yang razali seorang yang kedekut.pandai pulak si razali apabila jas keluarkan duit untuk meng order...."abg nk set mc'chiken tau air ice lemon tea"....jas hanya mengangguk.macam batak je razali ni.
Meneruskan perjalanan sambil makan,hati jas terasa sungguh menyesal akan sikap razali.mereka tak banyak bercakap sehinggalah sampai di bandar kuantan,lalu kereta razali menuju ke arah rumah sewanya.cantik juga rumah yang razali sewa ni,rumah taman semi d.mana tidaknya kan deposit rumah ni bahagi 2,jas keluar separuh dan lagi separuh si razali.apa punya laki gitu.razali mula membuka pintu rumah...."nahhhh ni rumah kita"...."ya rasul abg,pe ni berhabuknya,eeeee geli,dri luar nmpk cantik,dlm ni masyaallah"....."alahhhh jas kemas lah nnti slow2,kn dh jd suri rumah"....dengan selambe je razali berkata begitu.jas rasa tidak sabar untuk mengemas."mcm mna dia bole tinggal dlm umh ni dlm masa 2 buln dgn brkeadaan begini,brhabuk,berdaki,dgn tiada apa brg kecuali kain bju dia".....jas berkata sendirian.
Siap berkemas dari pukul 5 pm sehingga pukul 3 am,baru lah jas melabuhkan dirinya diatas toto,tanpa dibantu oleh razali.jas yang menguruskan sendirian.paling teruk menyental 2 bilik air dan dapur.keesokkan harinya jas meminta razali membawanya ke kedai DIY untuk membeli keperluan barangan perkakas rumah.razali hanya membawa jas tanpa mengeluarkan duitnya.kesemua dibeli oleh jas.nasib baik kedai DIY tu murah2 mampu juga la jas membelinya.hampir seminggu jas bertungkus lumus berkemas,barulah nampak menarik dalam rumah itu,barulah ada berkain langsir,bercarpet bagai.dan dalam seminggu itu jugalah mereka makan nasi bungkus oleh kerana masih tidak lagi mempunyai dapur gas untuk memasak.
Razali membeli dapur dan gas serta peti ais baru.barulah jas dapat memasak nanti.cuma tiada lagi set sofa dan set katil,hanya duduk di lantai beralaskan carpet dan tidur pula di atas toto.jas tidak kisah janji kelengkapan lain ada,kalau ada rezeki untuk itu baru lengkap jadinya.jas mulai merasa bosan kerana tiada perkerjaan.nak buat macam mana dah pindah disitu,tempat2 pun jas tidak berapa pandai nak tuju.hampir sebulan jas berpindah disitu,barulah salah seorang adik perempuan razali datang berkunjung bersama suami dan 2 orang anaknya yang masih kecil.mereka bersembang2 sehinggalah adik perempuan razali menanyakan hasratnya."kak x de kje kn,nk x tlg ngasuh ank mas yg 2 org ni?,mas bayar kt akk RM700 sebulan"......"betul ke ni mas?,akk ok je dari x de kje x de dpt income,ni kira ok jugak"...."betul ni kak,terima kasih byk2 la kak,lega sikit hati mas ni,dari bg org jga ntah apa2,baik bg akk yg jaga dh tentu2 selamat ank mas ni,kak ipar mas makcik budak2 ni"....."ok klu gitu bila nk mula nya mas"...."alang2 awl bulan depan la kak"....."ok tawaran mu diterima dik"....mereka bergelak sakan,hampir larut malam barulah adik razali pulang kerumahnya.
Share this novel