Selamat pagi cikgu...
hari isnin 08 april 2002,jas mula berkenal2an dengan semua tenaga pengajar disitu.hanya 5 orang guru sahaja yang mengajar disitu termasuk jas,serta seorang tukang masak@mengemas tadika disitu.sesi mengenal antara mereka.
ustazah hamidah,ustazah zaimah,ustazah norlaila,cikgu norlin dan cikgu jas(baru),serta tidak lupa kak noriah tukang eka yg bertugas disitu kesemuanya baik akhlaknya,baik dari segala segi,kesemua sedia membantu jas bagaimana cara pengurusan diantara kelas2 disitu.sangat membantu.dari A hingga Z mereka membantu jas satu persatu cara2nya.selama seminggu jas diberi perhatian oleh kesemua guru2 disitu sehingga jas pandai mengendalikan dengan sendiri.terima kasih jas ucapkan pada kesemua guru2 disitu,banyak mengajarnya.
Minggu ini jas dan khalid balik kerumah ibu jas."byk mak msk ari ni"..."cikgu nk balik kn mak msk la khas utk cikgu"...."alaaa mak ni cikgu tadika je pun"...."rezeki kau la jas dpt ngajar tadika tu"....."tu pun nasib je mak,kak ros tlg,klu x...mne nk dptnya pun"..."dh tau gitu elok2 la cari pengalaman ngajar budak2 tu"...jas hanya menganguk senyum.hidup jas dh mula nk kearah lebih baik,pandai2 la jaga kearah itu.lewat petang jas dan khalid pulang kerumahnya.kebiasaan jas akan datang bertandang kerumah ibunya diawal pagi dan pulang dilewat petang.sekadar menziarahi ibu bapanya saja,sebab tinggal satu kawasan kuala lumpur kan....mudah.
Minggu lain hari pulak jas dan khalid pulang ke kampung khalid pula di johor.biasanya jas akan bermalam disana selama 3 malam saja,jadi la janji ada balik kan...ziarah juga keluarga mertuanya serta ipar duainya disana.mereka kesemua amat baik terhadap jas.terasa seronok dihati jas dalam keadaan begitu,suasana yang diidamnya.konon......khalid juga seorang suami yang bertanggungjawab,baik dan tiada apa2 nak diragukan.
Isnin jas mula mengajar,wahhhh terror jas mengajar,sehingga murid2 itu semua cepat dapat menghafal segala surah2 yang diajar oleh jas.jas juga selalu ke kedai buku untuk membeli segala buku2 bacaan khas untuk kanak2 tadika.banyak ilham yang jas dapat untuk dia lebih mahir mengajar tentang keagamaan.jas mengajar murid2 itu secara tak langsung sama juga dia dapat mengajar untuk dirinya sendiri.rakan2 ustazah2 cikgu2 disitu juga banyak membantu jas.jas semakin mendalami ilmu2 keagamaan,rajin solat,di sebab itu lah khalid lebih menyayangi diri jas.alhamdulillah pada diri jas.murid2 semua suka terhadap jas,pabila tiba hari guru,jas la yang paling banyak mendapat hadiah dari murid2 disitu.
Waktu rehat ditadika,mereka para2 guru berkumpul makan bersama2."jas nk tnya sikit bole"?...."tnya byk pun bole"....mereka semua ketawa bersama."kita org tgk jas ni mcm org yg mewah dari kita2 yg berada kt sini,suami jas keje kt mana sebagai apa"...."ishh x de la kak laila,jas ni biasa2 je,suami jas keje engineer kilang je"..."ooo patut la,kita org tgk pakaian jas cantik2,kasut,handbag glamour,kita org ni pakai biasa2 je jas"...."ishhh kakak2 ni semua pun lawa2 gak pakai jas tgk"...di tadika tu jas la yg paling muda,yang lain dah berumur juga,tetapi baik2 belaka.kelas bermula kembali selepas tamat waktu rehat.
Share this novel