Start memasak jas di dapur mak razali,suka sangat maknya bakal menantu rajin ke dapur,sedap pulak masakannya.masak lemak cili api gulai ketam dengan nenas,ikan kembung goreng garing,kacang botol goreng berlada letak belacan sikit.sekali 3 lauk jas masak.hah hambik kau....makan sesedap nyam nyam nyam.masakan jas versi tersendiri.bertambah2 dia orang semua makan.walau macam mana pun hati jas agak gembira juga di sebabkan semua suka akan masakkannya."sok jas nk blik kl,rasa sedih pulak mak ni,tunggu mak dtg kl nnti ye jas,mak masuk minang"...jas hanya mengangguk senyum sambil bersalaman dan memberi duit sebanyak seratus ringgit tanda beradap terhadap family razali.
Sesampai jas di kl,jas termenung jauh dan panjang,razali terus pulang semula ke pahang selepas menghantar jas."ngape jas mak tgk sejak blik dri sane lain mcm je ada yg x kne ke?"...."x de pape la mak,biasa2 je,cuma rasa mls nk kawin la"...."eh npe pulak ni,mesti ade pape ni?"...."btul x de pape pun"...."dh tu npe tetiba x nk kawin pulak,mcm mne keluarga die,ok ke?"..."biasa2 je,kira ok la mak,mls je rasa tu je"...."iyelah mak x nk tnye lg,gini la jas,klu ade jodoh ade la,klu x de pun x pe"...jas mengganguk layu.tetapi ibu jas seperti tahu mesti ada yang tak kena,sebab tu jas jadi begitu.razali pulak seorang yang pandai bermain kata,sehingga jas semakin sayang terhadap dirinya.
Oktober 2016 razali datang bersama keluarganya untuk meminang jas,sekaligus untuk bertunang,pihak razali membawa 5 dulang hantaran termasuk sebentuk cincin dan di balas 5 dulang juga dari pihak jas.mereka bertunang secara kecil2an sahaja.hanya mengikut adat secara baik.dalam pada hati jas berbelah bahagi nak tak nak,bertunang juga dengan razali.dalam pada pertunangan mereka itu,ada juga pasang surutnya,kerap juga bergaduh hampir putus tali pertunangan mereka,tetapi tetap teguh juga sehingga lah mereka bersatu untuk menjadi suami isteri yang sah.
Januari 2017 ikatan mereka terjalin sebagai suami isteri yang sah.kali ini jas tidak lagi membuat kenduri kahwin dirumah ibu bapanya,sebaliknya hanya bernikah dimasjid seperti sebelumnya kemudian membuat kenduri kecil2an di sebuah homestay yang terletak di kawasan peranginan sekali gus mereka boleh berbulan madu bersama semua keluarga belah pihak.kenduri yang mereka adakan hanya untuk belah kedua2 keluarga sahaja,orang luar hanya yang tertentu saja dipilih untuk bertandang.kenduri bertandang tidak dibuat di kampung razali pun.
Dihati jas terasa seperti tidak berasa seronok sebab tiada majlis di pihak razali,mungkin mereka tiada budget untuk mengadakan majlis menyambut menantu.mereka masih lagi duduk berjauhan oleh kerana tugas masing2.lebih kurang 6 bulan juga mereka PJJ.akhirnya jas mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan mengikut razali pindah ke pahang.pada mulanya razali seperti tidak mahu jas berhenti kerja,akhirnya razali akur dengan keputusan jas itu.di fikiran jas,mesti lepas ni aku bosan duduk dirumah dan mesti aku tidak ada duit belanja sendiri lagi,jas kuatkan hatinya untuk tidak mahu berjauhan dari suaminya.
Share this novel