BaB 23

Others Completed 2935

Razali tidak kisah pun jas nak mengasuh anak buahnya,lagi dia suka sebab itu pun anak buahnya dan lagi tidak semena2 dapat gaji rm700 buat belanja dapur baginya,kiranya ada juga jas membantunya.razali ada juga menyatakan hasratnya pada jas,duit sewa rumah,api dan air razali yang akan membayarnya,gaji jas yang tak seberapa itu untuk belanja dapur.jas hanya mengangguk sekali sambil menjeling kecil pada razali.kalau aku tau begini sikap razali ni,tak ingin aku berkahwin dengannya,sungguh berkira rupanya manusia ini,bisik hati kecil jas.rupanya.....razali sangat banyak menanggung hutang piutangnya bersama bekas isterinya dan kawan2nya.gaji yang di perolehi oleh razali sebanyak RM3000 sebulan itu memang tidak mencukupi jika jas tidak membantunya.rumah sewa rm 600 dan api air hanya rm30 ke rm40 saja so yang selebihnya itu,buat bayar hutang piutangnya.ya allah ya tuhanku,kalau dah tau begitu,buat apa la si razali ni nak berkahwin lain,sehingga kurang nak bertanggungjawab dengan isteri baru ni.jika rasa diri tu tidak berkemampuan tak perlu nak berkahwin lagi,settlekan la hutang2 tu semua,baru kini jas sedar yang razali hanya berkahwin dengannya sekadar nak melepaskan air maninya sahaja.jas rasa nak balik semula ke kl,cari kerja lebih baik,menyesal sungguh menyesal jas dibuatnya,apa nak buat nasi dah jadi bubur.nak bercerai lagi,malu dah rasanya,umur pun dah makin meningkat,mak pulak pesan kali ini yang terakhir kalau boleh,selagi boleh tahan,tahankan saja.mungkin ini adalah balasan yang ALLAH SWT berikan pada jas.

Jas mula mengasuh anak2 buah razali,seorang lelaki dan seorang perempuan yang bernama odi dan omey,odi yang berusia 2 tahun dan omey berusia 8 bulan keduanya sangat comel,jas memang sukakan kanak2 so tiada masaalah pun.odi dan omey juga manja dengan jas,siap memanggil jas dengan panggilan mama.jas seronok bersama odi dan omey,cuma jas selalu makan hati dengan sikap berkira razali.disebabkan hutang2 lama dengan bekas isteri dia jas yang tahan merana.makan pun hanya 2 kali sehari dengan 1 lauk yang dimasak saja.jas pula tidak biasa hidup begitu,dari body montok sekarang dah kurus kering.razali langsung tidak menolong jas membuat kerja2 dirumah yang dia tahu asyik dengan telefon bimbitnya saja dan kurang bercakap,hanya bercakap hal2 yang bagi dia benda2 yang penting saja.bagi jas dalam ramai2 suami yang dia kahwini,inilah suami yang paling buruk perangai.contohnya....razali ada tabiat kerap terkencing pada malam pabila tidur.habis toto kena cuci dah la ada satu toto saje nak keringkan,ambil masa 2 hari baru kering bila dah dicuci.dan lagi sangat pemalas nak bangun awal pagi untuk menunaikan solat subuh serta seorang yang agak pengotor.jas menjadi makin sakit hati.baru jas tau ini semua bukan salah perangai bekas isteri dia,razali yang tak betul,sebab tu bekas isteri dia benci terhadap dia.razali juga memang seorang yang kuat pembohong dan suka memutar belitkan cerita.salah orang dia nampak,tapi banyak kesalahan diri dia sendiri dia tak nampak,tapi tak mengapa,hanya ALLAH SWT saja yang tahu.jas terpaksa banyakkan bersabar.jas dah tersalah pilih suami.suami paling durjana dia dapat kali ini.jas memikir inilah balasan yang allah berikan padanya diatas apa yang telah dilakukan pada bekas2 suaminya yang terdahulu,terutama arif dan anaknya qabila.begitu juga dengan yang paling baik adalah khalid.fahrin tu lain pulak awal2 elok dah terjebak pulak dengan dadah,adoiiiii la.khalid dah terbaik jas yang buat perangai bodoh,dengan khalid dah paling senang,mewah segala,sekarang ni mendapat la jas.

Penyesalan dihati jas makin membuak2 pabila jas sering terkenangkan kehidupannya bersama khalid.suami yang sangat bertanggungjawab,langsung tidak pernah bertanya atau menyentuh duit gaji yang jas perolehi setiap bulan,malah khalid memberinya lagi duit nafkah setiap bulan.selalu juga khalid membawa jas makan diluar dan ber shopping sakan.jas tahu dia adalah wanita paling bodoh sehingga menyebabkan perceraiannya dengan khalid.terlajak perahu boleh di undur,dah terlajak perbuatan dan kata,punah segala,tiada maaf bagimu sudaaa....."mama nk cucu"...tersentak dari lamunan jas terus memeluk odi dan terus membuat susu untuk odi.

Semenjak jas tinggal di kuantan tidak sekali pun razali membawanya keluar berjalan2,hanya pada mula2 berpindah disitu razali membawa jas pergi membeli barangan rumah di DIY saja,dan selepas2 itu jangan harap,terperok jas duduk dirumah menjaga odi dan omey.jika keluar pun pergi kerumah mertuanya saja.razali ada berkata....tiada apa pun di bandar kuantan ni dan tiada tempat menarik pun yang nak dibawa.itu adalah alasan razali saja pada jas,takut duit habis nak isi minyak kereta dapat penat lagi,nanti bila lapar nak singgah makan kan lagi la banyak habis duit,aiyoooooo macam tu ke,soooo apa guna ada bini kalau gitu cakapnya.memang kategori teruk la sikap razali ni.lagi pun razali gemar menghabiskan masanya duduk dirumah dengan bermain telefon bimbitnya.jika dia rasa bosan dia akan keluar bersama rakan2nya duduk minum di kedai.bila ditanya oleh jas,dia jawab,kawan yang belanja.tak kan la asyik kawan belanja je,kadang2 macam tak masuk akal.

Jas pulang ke kuala lumpur oleh kerana bapanya meninggal dunia akibat serangan jantung.dalam keadaan begitu jas memikirkan tentang ibunya yang akan tinggal bersendirian,jas terfikir untuk kembali duduk bersama ibunya.dan dalam keadaan begitu juga razali meminta duit dari jas untuk mengisi minyak kereta dan bayaran tol.nasib baik jas ada duit gaji yang tak seberapa tu.bole juga digunakan semasa emergency.penuh rumah dengan orang ramai,jenazah arwah bapa jas selamat dikebumikan.tiga malam berturut mereka mengadakan tahlil di masjid.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience