BaB 13

Others Completed 2935

Malu khalid terhadap ibu dan bapa mertuanya disebabkan kelakuan jas.ada problem terus beritahu ibu dan bapanya.sengaja nak cari pasal la tu.bisik hati khalid sendirian.khalid mula tidak mahu bercakap apa2 dengan jas,khalid mula tidak mahu pulang kerumah apabila selesai kerjanya.sanggup melepak dirumah kawannya yang bernama amin,amin juga merupakan seorang duda yang kematian isterinya.amin cuba untuk memujuk khalid supaya dibawa berbincang dengan jas sebaik mengkin,tetapi khalid telah tawar hati terhadap jas.khalid juga bercadang untuk melepaskan jas jika itu kemahuan jas.khalid tidak sanggup menjadi lelaki dayus.

Mahkamah telah memutuskan perceraian diantara khalid dan jas,nampak terasa lega diraut wajah jas.khalid masih lagi tidak pulang kerumahnya,biarlah jas mengambil barang2 keperluannya serta barangan sememangnya hak jas.setelah selesai pemunggahan barang di dalam rumah itu,jas terus ke rumah ibu bapanya.buat sementara waktu jas tinggal bersama ibu bapanya.selang 5 bulan selepas itu,barulah jas memperkenalkan fahrin pada family nya.ibu dan bapa jas terpaksa mengikut kehendak jas yang sememangnya teramat degil,yang dia tahu pabila ada saja masaalah sikit cari lain,nak yang bagaimana pun ntah la.jas cuma nak kan yang sangat perfect.

Keluarga fahrin datang untuk meminang jas,mereka datang dengan 5 buah biji kereta,macam nak pinang anak dara pulak,punya excited ibu fahrin dengan membawa sebentuk cincin peminangan.setelah diterima oleh keluarga jas,mereka semua memutuskan untuk menyatukan jas dan fahrin pada tarikh masa di tetapkan.sekali lagi family fahrin datang untuk sesi pertunangan pula selepas 3 bulan dari hari peminangan itu.tiba di hari pertunangan di antara jas dan fahrin,dari pihak fahrin membawa 9 dulang hantaran dan di balas dari pihak jas 11 dulang pula.besar2an gitu,ibu fahrin menyarungkan cincin pertunangan pula di jari manis jas.

2008 majlis pernikahan dan persandingan jas bersama fahrin berjalan dengan lancar sekali,satu bas express dan 9 biji kereta rombongan dari pihak fahrin bertandang ke majlis mereka di kuala lumpur,rumah ibu bapa jas,mahu nya tidak,ibu fahrin meletakkan hantaran ke atas jas semasa bertunang sebelum ni sebanyak RM8000.ibu fahrin meletakkan diri jas sebagai wanita janda yang hebat.lagi janda lagi lebih pulak hantaran yang di beri dan kenduri nya pula lebih besar2an dari yang pertama dulu,yang kali ke dua tu lagi cincai seperti kawin koboi.selang seminggu kenduri di sebelah jas,kenduri bertandang pula di buat di rumah ibu fahrin di penang,siap tumbang lembu seekor oleh ibu fahrin,besar2an juga di buat di kampung halaman fahrin.ramai kaum kerabat rakan taulan dari pihak fahrin bertandang.bukan main hebat,oleh sebab fahrin masih lagi tittle bujang dan anak lelaki yang akhir berkahwin.adik beradik fahrin yang lain semua dah habis berkahwin,cuma kak shila dan adik midah saja yang ber tittle janda.tu sebab dia orang tinggal bersama ibunya di kampung.

Makin berseri seri wajah jas,habis bercuti kawin,jas mulai masuk ke pejabatnya.wahhhh banyak juga jas mendapat hadiah dari rakan2 sekerjanya.rezeki jas masa tu,terima je la.sementara waktu jas masih lagi menetap di rumah ibu bapanya sambil2 riki rumah untuk disewa.ambil masa sebulan juga jas menumpang di rumah ibu bapanya.jas memilih kawasan yang sekali jalan dan dekat dengan tempat kerja nya begitu juga dengan fahrin,jadinya mereka akan menyewa di kawasan keramat AU5,sebuah rumah teres setingkat 3 buah bilik dan 2 bilik air dengan harga sewanya RM550 sebulan.kira mampu la kerana mereka berdua berkerja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience