BaB 15

Others Completed 2935

Sabtu awal pagi pukul 8,ibu dan semua adik beradik fahrin tiba dirumah mereka.hidangan sarapan pagi telah disediakan oleh jas dan dibantu oleh fahrin.jas menyediakan nasi lemak sambal kerang dan roti canai bersama minuman teh o panas dengan kopi o panas di atas meja makan.jas dan fahrin menyambut kedatangan mereka semua.mereka terpegun melihat rumah,kereta,motor dan barangan di dalam rumah jas,sungguh cantik kemas dan bersih.terasa kecik diri adik beradik fahrin melihat keadaan rumah tangga jas dan fahrin."jaga jas baik2 arin,tgk sume lengkap,kereta dan motor pun dh baru,untung kmu dpt isteri mcm jas tu"....ibu fahrin berkata.fahrin hanya mengangguk sambil tersenyum.jas menjemput kesemua untuk makan dan minum bersama2."ibu tidur sini ye"...jas mempelawa."oh tidak jas ibu nk kerumah along lepas ni,ada hal tu yg ibu dtg ke kl ni"...."ada hal apa tu bu,mcm serius je bunyi"....."along bergaduh besar dgn suaminya,smpi nk bercerai berai ni,tu yg ibu dgn abg ngah sekeluarga dtg kl ni,sambil2 tu ibu nk jugak menyinggah umh kmu"....."oohhh gitu ke bu,kesian nya along"...."itulah ibu nk gi tgk die,dgr kata along teruk kena belasah smpi lebam2"....."hah dh melampau tu bu"...."tu la psl"....adik beradik yang lain hanya diam sebab terasa sedih along mereka di perlakukan sedemikian rupa.

Selesai bersembang2 bersama family,setelah mereka hilang kepenatan dalam pukul 11.30 pagi mereka semua hendak menuju ke rumah along yang terletak di subang jaya.banyak masaalah mereka akan selesaikan dan mungkin juga mereka semua akan bermalam di rumah abang lang yang terletak di jalan kelang lama.ibu fahrin tak nak menyusahkan menantunya jas,dah la jas seorang yang berkerjaya,tentunya penat nak melayannya nanti.inilah masa untuk jas merehatkan diri pada hari sabtu dan ahad.menantu perempuannya yang lain adalah suri rumah sepenuh masa,hanya menantunya jas saja yang bekerja.

Jas mengemas rumah selepas mereka semua berangkat pergi dan dibantu oleh fahrin.fahrin yang merasa amat bangga apabila ibu dan adik beradik ipar duainya datang ke rumah melihat keadaannya bersama jas,boleh dikatakan fahrin la yang hidup senang daripada adik beradiknya yang lain.fahrin juga takut kalau kehilangan jas suatu hari nanti.baginya hidup bersama jas telah mengubah nasibnya menjadi lebih baik.fahrin juga tahu yang ibunya menyayangi isterinya lebih daripada menantu perempuan yang lain.fahrin berjanji pada dirinya ia akan menjaga jas baik2.lagi pun itulah yang ibunya memesan supaya menjaga jas.

Di tahun 2013 jas masih lagi tidak mengandung,ibu mertuanya risau sehingga sanggup membawa jas untuk berurut.di merata tempat ia bawa,pantang dengar ada orang pandai berurut,mula lah ibu mertuanya akan membawa jas,sehingga kan segala akar2 kayu diberi pada jas untuk di minum.ibu mertua jas ingin sangat jas mengandung supaya lebih kuat lagi ikatan perhubungan mereka.jas yang semakin fed up dengan tingkah laku ibu mertuanya yang nak kan sangat hasil darinya.itu semua kuasa ALLAH SWT,kalau ada rezeki ada lah nanti buat apa nak sibuk2 sangat bisik hati jas.mesti ada sebab ALLAH SWT tak beri lagi,hanya ia saja yang tahu.kita hanya boleh berdoa,yang selebihnya berserah.

Pada tahun yang sama juga fahrin telah mendapat tawaran kerja dari seorang bisnesman yang kaya yang bernama Tan sri david kong,tan sri kerap juga menginap di hotel tempat fahrin berkerja,setiap kali tan sri itu memesan makanan dari dalam biliknya,setiap kali itu lah fahrin pergi menghantar ke bilik tan sri.dari situ lah tan sri berkenan dengan fahrin,di tawarkan kerja menjadi driver peribadinya.fahrin pula mengatakan yang dia akan berfikir terlebih dahulu.tan sri itu menawarkan pada fahrin dengan gaji yang agak lumayan sebanyak RM3000 sebulan.setelah berfikir2 panjang dan untuk masa hadapannya bersama isterinya jas,akhirnya fahrin menerima tawaran itu dan fahrin menulis perletakkan jawatannya sebagai room service supervisor di hotel tersebut.fahrin juga memberitahu pada jas tentang perkara itu,jas gembira mendengarnya dan bersetuju fahrin berkerja bersama tan sri itu."haaaa bgs juga kn u,bole la u bayar lebih,rumah kereta motor u,i pulak support utk brg2 dapo,ok kn klu gitu"....."ermmmm bole aje u,small matter"....lagi boleh jas membuat simpanan untuk dirinya,berapa sen sangat la barangan dapurnya itu.jas bersyukur pada ALLAH SWT memberinya rezeki tentang itu dan tidak pada mendapat anak.rezeki manusia lain2 caranya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience