Permulaan kerja baru untuk fahrin sangat memuaskan sebagai pemandu peribadi tan sri.waktu bekerjanya amat mudah,dari hari isnin hingga jumaat,bermula pada pukul 8 pagi sehingga 9 malam,setiap sabtu dan ahad cuti.mudah sangat kerjanya,tetapi agak letih sedikit kerana hanya memandu mengikut arahan tan sri di mana hendak di tuju nya.fahrin terasa bebas bekerja seperti itu,senantiasa melihat sekitar permandangan kuala lumpur sehingga ia sudah menghafal di mana2 jalan yang hendak di tuju.jas pula merasa lebih senang pergi kerja dan balik kerja,jika jas malas untuk memasak,ia akan membelinya saja.mudah senang ringkas,selebihnya jas akan merehatkan diri sambil menonton tv.
Fahrin ramai berkenalan dengan para driver2 seangkatan dengannya,semasa majlis besar2 di sebuah hotel terkemuka,masing2 menunggu boss mereka,masa itulah mereka duduk minum2 di restaurant mamak sambil kenal2.sejak dari situlah perangai fahrin mula berubah menjadi suka berkawan.kalau dapat kawan yang elok tak mengapalah juga,ni sebaliknya.sejak dari situ juga fahrin dah banyak berubah,duit asyik tidak mencukupi,disebabkan fahrin mulai bermain mesen judi bersama kawan2nya.sehingga berhutang dengan banyak.
Jas pula mengambil alih membayar segala hal2 luar dan dalam rumahtangganya.jas semakin hari semakin meluat dengan sikap fahrin lebih2 lagi fahrin dah mula menghisap ganja dan minum air ketum.makin sakit dihati jas..."ya allah apakah nasib ku semakin tidak baik yg engkau beri"...."baru nk merasa ketenangan dlm jiwa,ada je bala yg dtg"...jas berkata sendirian sambil menangis sendirian dengan geramnya.
Mula terasa rengang jas dan fahrin,oleh kerana fahrin sibuk dengan kerjanya sehingga lewat,dan bole pula lepas pulang dari kerja melepak pula dengan kawan2 sehingga lewat malam,ada masanya fahrin memonteng kerja sebab tak cukup tidur.sejak dari itu jas mula bertekad dalam dirinya,engkau nk bermain dgn aku ye fahrin,kau tunggu bisik hati kecilnya.jas mula bermain chating semula untuk mencari seseorang.dengan hati yang geram dan terasa ingin marah terhadap fahrin.banyak kali juga mereka bergaduh teruk,menjerit2 sehingga jiran tetangga ada juga yang mendengar.
Jas balik kerumah ibu bapanya,jas terus memberitahu ibu bapanya tentang hal2 fahrin,terkejut mereka mendengarnya.mungkin ini adalah balasan jas kerana menduakan khalid dulu.langit tak selalu cerah beringat lah.kali ini ibu dan bapa jas yang menyuruh jas meminta cerai dari fahrin sebab fahrin dah terjebak dengan ganja.memang sangat tidak elok.apalah nasib jas asyik kawin cerai kawin cerai saja.
Ibu dan bapa jas mula mengemas2 barang rumahnya yang hendak dibuang dan nanti boleh digantikan dengan barangan dari rumah jas dan fahrin.bapa jas mengupah lori untuk mengambil kesemua barangan dirumah jas untuk dibawa kerumah ibubapanya.semasa fahrin keluar bekerja,jas mula mengemas2 barangan dalam rumahnya yang dibantu oleh ibu dan bapanya.sehingga kosong rumah jas itu,dan yang tinggal hanyalah kain baju fahrin sahaja.
Terkejut fahrin apabila dia pulang kerumah lewat pagi.kosong sudah dalam rumahnya.fahrin menelefon jas berulang kali tapi tidak dijawab oleh jas,jas tidur dengan lenanya,mana tidaknya jam sudah menunjukkan pulul 3.45 pagi.keesokkan paginya,jas hanya menghantar pesanan...Maaf baik kita berpisah sahaja...kita jumpa di mahkamah nanti...
menangis fahrin dibuatnya,fahrin cuba untuk memujuk jas dan minta maaf pada jas,tetapi tidak di layan oleh jas.hati jas kali ini benar2 sakit,tak boleh tahan lagi hidup bersama fahrin.
Share this novel