BAB 12

Romance Completed 7386

“Ustaz, kita pernah jumpa ke sebelum ni?”tanya Fatimah.

“Sa.. saya rasa.. pernah. Kalau tak salah sekitar 2 tahun yang lalu di Jabal Rahmah,”jawabku. Keningnya masih berkerut. Wajahku diamati.

“Masyaallah…”bisik Fatimah. Barangkali dia juga tak menyangka kami bakal dipertemukan semua.

“Mak, cuba mak tengok muka Ustaz betul-betul. Mak ingat tak?”kata Fatimah. Lama Makcik Maznah terdiam.Seketika dia juga mengamati wajahku.

“Ya Allah.. Makcik baru perasan! Hakimlah yang tolong kami di JabalRahmah tu kan? Ya Allah…!”kata Makcik Maznah dengan mata yang sedikit bergenang dengan airmata. Sungguh! Ajaibnya kisah itu.

“Tapi makcik, masa tu Fatimah pakai..” Fatimah dan Makcik Maznah senyum.Aku yakin mereka faham maksudku.

“Maksud Hakim, purdah? Masa di Mekahkan cuacanya panas,berdebu pula tu, Fatimah ni ada asma..itulah sebabnya Makcik suruh dia pakai,”terang Makcik Maznah.

Maknanya Fatimah tidaklah berniqab atau berpurdah. Sejujurnya aku juga tidak kisah akan hal itu. Seketika mata memandang Fatimah. Dia masih memandangku. Mata kami bertembung. Dia senyum, aku juga senyum. Lalu masing-masing tertunduk.

Dalam masa yang sama 4 pasang mata termasuk Pakcik Mustafa memerhati kami (aku,Fatimah & Makcik Maznah). Mereka langsung tak tahu jalan ceritanya. Mak mencuit lenganku.Keningnya berkerut-kerut minta diceritakan semula apa yang telah berlaku.Seraya Makcik Maznah bercerita kisah kenangan itu.

Allah… Aku yakin ada sesuatu yang sudah KAU rancang buatku. Aku yakin KAU sedang membuka jalan bagiku dalam kembara mencari zaujah solehah. Adakah Fatimah orangnya yang selama ini Safwan mahu jodohkan denganku?

Jam 11.00 malam kami minta izin pulang.Amirah sudah lama lelap dipangkuan Fatimah. Fatimah menghantar kami hingga ke kereta.

“Hati-hati dijalan,Ustaz.”pesan Fatimah. Aku angguk.

“Er… maaf tanya. Kalau boleh tahu, siapa nama penuh Fatimah?”tanyaku.

“Fatimah Nur Ain,”jawabnya. Fatimah Nur Ain… namanya ku sebut didalam hati. Alangkah indahnya nama itu.

Ya Rahman… perasaan apakah ini? Andai ini yang dinamakan cinta, aku mohon… kau ikatkanlah hati kami dengan ikatan yang KAU redhai. Seperti selalu, sebelum masuk tidur aku melaksanakan solat taubat dan witir. Cuma bezanya malam ini aku turut melakukan Istikharah. Istikharah cinta!

——————————

MELAKA, 19 Mei 2013 – Hari ini aku menjadi pengapit bagi Abu Hanifah yang menjadi pengantin baru. Mentari ahad seakan-akan bersinar bahagia melihat pasangan yang baru dinikahkan berarak menuju ke pelaminan. Di bawah khemah tetamu kelihatan Safwan, Danial, Khalil serta Fauzan dan isteri sedang duduk menghadap ke arah pelamin sambil menjamu selera.

2 hari lalu mak dan keluarga sudah pergi merisik Fatimah. Alhamdulillah segalanya lancar. Tidak ada acara pertunangan cuma aku minta mak hantarkan cincin sebagai tanda dan mak pula niatkan untuk bersedekah dimasjid. Didalam perancangan, aku dan Fatimah bakal dinikahkan pada awal bulan Julai. Iaitu seminggu sebelum ramadhan. Bermakna tinggal sebulan lebih saja lagi.

Betullah kata pujangga… ‘Cinta itu mungkin akan datang bila kita sunyi dan sendiri. Jodoh itu pasti akan tiba bila kita dah sedia dan ready.’

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience