BAB 10

Romance Completed 7386

GEMAS, 6 Mei 2013 -Pagi tadi Abu Hanifah sudah pulang. Esok dia harus mengajar. Sesudah Asar aku keluar ke pekan. Hajatnya mahu membeli bahan untuk bacaan. 30minit mencari-cari buku yang menarik untuk dibaca akhirnya aku grab 2 buah buku. 1 buku tulisan Feisal Tehrani dan satu lagi buku motivasi hasil tulisan Ustaz Pahrol Muhamad Juoi.

Ketika melintasi kawasan perhentian bas. Aku melihat Fatimah sedang duduk menunggu bas. Ketika itu hujan turun sangat lebat. Aku memperlahankan kereta lalu menekan hon. Dia menoleh.

“Fatimah, nak kemana?”

“Saya nak balik Ustaz,”

“Nak tunggu bas?”tanyaku.Dia angguk beberapakali.

“Kalau sudi, saya boleh hantarkan,”aku menawarkan khidmat padanya.

Lama juga dia berdiam. Was-was mahu menerima atau tidak pelawaanku. Namun setelah mendengar petir dan dentuman guruh didada langit dia tak tunggu lama. Segera dia menboloskan tubuhnya ke dalam perut keretaku dan duduk dikerusi penumpang dibelakang.

“Fatimah tinggal dimana?”tanyaku.

“Di Taman Pesona, Ustaz,”jawabnya. Berkerut-kerut keningku. Suara dia alun sangat. Hampir tak dengar apa yang dia katakan.

“Kereta mana? Rosak?”tanyaku.

“Saya tak ada kereta.Semalam tu saya bawa kereta Abah,”jawabnya.

“Macam-mana Fatimah boleh rapat dengan Amirah? Fatimah bukan cikgu sekolah Amirah kan?”

“Bukan. Mak saya yang mengajar disana. Saya cuma selalu ke tadika untuk tolong apa yang patut. Mungkin kerana selalu kesana saya jadi rapat dengan Amirah,” cerita Faimah. Aku terangguk-angguk. Suasana sunyi kembali. Jalan masih jam. Perjalanan terasa jauh sekali.

“Maaf kalau saya lancang bertanya, Fatimah sudah berpunya?”tiba-tiba aku bertanyakan soalan itu. Entah dari mana datangnya keberanian itu pun, aku sendiri pun tak.

“Kenapa Ustaz tanya?” soal Fatimah.

“Err.. saja tanya. Saya takut kalau-kalau ada yang cemburu kalau saya hantar awak balik ni,”kataku. Fatimah tersenyum dan tertunduk lagi.

Keretaku membelok memasuki kawasan perumahan. Rumah Fatimah berdekatan dengan kawasan masjid. Aku memberhentikan kereta betul-betul dihadapan sebuah rumah teres 2 tingkat.

“Terima Kasih Ustaz. Assalamualaikum,” ucapnya seraya turun dari kereta. Aku menjawab salamnya.

“Siapa agak nama sebenar kamu? Fatimah Az-zahra? Siti Fatimah? Nur Fatimah?”aku berdialog sendirian didalam kereta lalu tersenyum-senyum sendirian. Ah! Angaukah aku ni?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience