BAB 3

Romance Completed 7386

MAKKAH, 6 APRIL 2011 – Selepas subuh dan sarapan pagi ada yang meminta untuk ditunjukkan kawasan yang sesuai untuk berbelanja memandangkan tinggal esok saja lagi kami di tanah Haram ini. Aku mengajak jemaah ke pasar yang berada tak jauh dari Masjidil Haram. Keluar saja dari pintu Babus Salam sudah boleh terlihat pasar tradisional itu.

Orang Indonesia banyak menyebutnya sebagai Pasar Seng. Tapi sebenarnya penduduk Makkah menyebutnya sebagai Pasar Mudda’ah. Konon, pasar itu sudah ada sejak zaman Rasulullah dan merupakan tempat diadakannya pertandingan membaca puisi. Jemaahku sudah mula berbelanja. Aku pula hanya berdiri diluar kedai.

“Sheikh, ini berapa?” aku menoleh bila mendengar suara itu.

Mataku tertumpu pada seseorang yang jaraknya tidak jauh dariku.Dia membelakangiku dan sedang sibuk memilih tudung. Disisinya ada seorang wanita separuh abad sedang memilih sejadah.Aku kenal dia. Ya! 2 hari lalu aku bertemu dengannya. Dialah gadis Jabal Rahmah! Aku melangkah mahu mendekatinya.

“Ustaz!”langkahku mati bila ada yang memanggil.

Beberapa orang jemaah mendekatiku meminta tolong aku bertanyakan harga pada seorang pedagang Arab. Mereka tidak tahu berbahasa Arab manakala Pak Arab itu juga tidak fasih berbahasa Melayu.Selesai hal itu aku segera mengatur langkah mencari gadis Jabal Rahmah.Tapi, dia sudah tidak ada dikedai itu lagi. Mungkin sudah pulang ke hotel. Ah! Aku terasa hampa.

“Cari apa Kim?”

“Gadis Jabal Rahmah. Eh!” aku menepuk dahi. Abu Hanifah tersengeh-sengeh macam kerang busuk!

“Oo..dalam diam ah!”usik Abu Hanifah.Aku garu kening.Ah sudah.. malunya!

—————–

MAKKAH, 7 APRIL 2011 – Sepertiga malam ini aku tidak pulang ke hotel.Aku mahu menghabiskan sisa-sisa malam disini sebelum pulang ke Cairo esok. Aku tunaikan solat taubat setelah itu aku melaksanakan solat hajat. Doaku semoga stadiku sukses, keluargaku dijauhkan dari kesusahan dan kesedihan, dimurahkan rezeki dan ditambahkan iman, dan akhir sekali aku tak lupa doa semoga dipermudahkan urusan jodoh. Aku tidak minta lebih. Cukuplah dia solehah. Cukuplah itu saja.

Selesai tawaf wida’ aku, Abu Hanifah dan jemaah berangkat ke lapangan terbang Jeddah. Dari Jeddah aku dan Abu Hanifah berpisah dengan jemaah. Kami menaiki flight menuju Kaherah. Saat menaiki pesawat Jeddah-Kaherah aku sudah lupa pada gadis Jabal Rahmah itu. Hilang dibawa angin panas dingin kota Al-Haram.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience