BAB 4

Romance Completed 7386

MESIR, 11 Oktober 2012 – Aku solat Zuhur berjemaah di Masjid Sayyidina Hussein yang terletak bertentangan dengan Universiti. Kalau boleh dalam hari-hari terakhir sebelum pulang ke Malaysia, aku ingin menikmati seluruh keindahan sekitar Al-Azhar.Usai solat aku pulang ke rumah sewa. Dalam perjalanan kelihatan Marwan berlari-lari sambil berteriak memanggilku.

“Assalamualaikum ya akhi. Kaifa haluka? (apa khabar kamu?)” tanyaku pada Marwan.

“Waalaikumsalam, ana bikhair walhamdulillah. Walakin … (saya sihat, segala puji bagi Allah. Tapi..)”

“Walakin eih, Marwan? (tapi kenapa, Marwan?)”

Marwan membuka zip beg galasnya lalu mengeluarkan sampul surat. Aku mengeluh. Kalau Marwan yang datang pasti bawa surat. Aku dah malas mahu menerimanya tapi…

“Jangan marah ya Abang Kim…ana cuma menyampaikan hajat orang saja,”

“Tak apalah Marwan. Syukran ya,”ucapku. Marwan sengeh.

“Bang, kalau perlu dibalas.. Abang balaslah dengan hikmah. Apa yang ana nampak, dia ni sungguh-sungguh berhajat dengan Abang,” Marwan juniorku memberi nasihat.

Aku diam. Sejujurnya, hanya surat pertama dan kedua dari dia yang aku baca.Setelah itu, semua suratnya tidak pernah ku buka dan ku baca. Hanya menjadi koleksi dibawah katil.

Aku pulang membawa surat dari dia. Lama aku melihat namaku yang ditulis tangan diatas sampul surat. Aku takut mahu membukanya. Aku takut membaca harapan orang padaku.

“Surat lagi?”Safwan menegur. Aku segera memasukkan surat dari dia didalam kotak simpanan.

“Dari orang yang sama?”tanya Safwan lagi. Aku diam. Safwan sengeh.

“Baca dan balas surat tu. Jangan disimpan macam pekasam. Kasihan dia,”

“Ana kan dah pernah membalasnya. Ana sudah terangkan segala-galanya dalam surat tempoh hari. Apa perlu ana balas lagi surat dia kali ini?” luahku. Safwan mendekatiku.

“Dia baik, manis, bijak, muslimah yang cukup sempurna pada pandangan mata ana. Apa itu masih kurang dimata enta, Kim?” Safwan menyoalku.

“Dia cukup sempurna Wan. Cuma, ana.. ana..”ayatku mati. Lama aku terdiam.

“Perasaan cinta itu kan kurniaan Allah. Bila Allah mengurniakan rasa itu, tak ada yang boleh menghalang. Tapi kalau Allah belum mengurniakan rasa itu, turunlah berjuta-juta bidadari sekalipun hati tetap tak akan terbuka. Macam itu juga dengan ana, Wan. Pintu hati ni, belum terbuka untuk bercinta dan menikah. Bukan tidak mahu. Ana mahu! Tapi, bukan sekarang Wan. Ana masih ada cita-cita untuk dicapai. Sesudah itu kalau Allah mengizinkan, ana pasti menikah.” panjang lebar aku berterus-terang dengan Safwan. Dia terdiam. Seketika bahuku ditepuk mesra.

“Enta yang lebih tahu apa yang ada didalam hati enta tu. Ana hormati apa saja keputusan enta. Tapi, untuk kali terakhir sebelum pulang ke Malaysia… tolonglah enta jawab surat dia. Jangan biarkan dia terus mengharap begini,” Safwan bangkit. Beg galasnya disandang ke bahu.

“Nak kemana lagi?”

“Ana jae’! (saya lapar!) Cacing dalam perut ana ni dah berdangdut lagu Mas Idayu tau!” seloroh Safwan. Aku ketawa. 4 sahabat serumah sudah menunggu didepan pintu rumah.

“Jom keluar makan,Kim.” ajak Danial. Aku geleng tanda tidak mahu.

“Taknak makan? Enta tak lapar ke?”soal Fauzan.

“Dia hari-hari milo Zan. Hidupnya tak bererti tanpa milo!” usik Khalil.Aku dan 4 sahabat lain ketawa gelihati. Memang hari-hari aku minum milo sebabnya aku tak boleh minum kopi. Kalau minum kopi kepalaku migrain!

“Enta betul taknak ikut ni? Berani ke tinggal sorang-sorang?”usik Khalil lagi.

“La taqlaq.. (jangan risau..) dah, pergilah cepat. Nanti berlubang pula perut Ustaz Safwan tu ditebuk cacing,’’ selorohku. 5 sahabatku ketawa lagi.

Sebaik saja sahabatku pergi, aku segera mengemas buku-buku pengajian. Sesudah Isyak hatiku tergerak untuk membuka kotak simpanan surat. Ada benar kata Safwan, sebelum aku pulang ke Malaysia aku harus menerangkan lagi perkara ini kepada dia.

Sepanjang 4 bulan ini dianggarkan lebih 20 sampul yang dia kirim buatku. Aku melihat kesungguhan hatinya tapi apa aku boleh buat, perasaan ini bukan boleh dipaksa-paksa. Mahu tidak mahu terpaksa juga ku buka satu persatu surat dari dia hinggalah ke surat terakhir yang aku terima tadi.

Kaherah – 9.30pagi / 11November 2011 @ Rabu

Assalamualaikum w.b.t, …. Kehadapan saudara Hakim yang dikasihi…

Maaf kalau surat ini hadir lagi dalam hidupmu. Tapi, bagaimana mungkin saya menegah dari menulis sedangkan 3 hari lagi saudara akan pulang meninggalkan bumi Mesir.

Hakim, Kaherah pasti sunyi tanpa dirimu, Kaherah pasti tiada maknanya bagiku tanpa jasadmu, Kaherah pasti tidak seindah kebiasaannya tanpa senyuman mesramu…..

Hakim, entah keberapakali saya menulis surat buatmu tapi mengapa tidak pernah berbalas? Ya, sayya faham didalam surat pertama lagi saudara sudah menjelaskan isi hatimu tapi saya masih belum mengerti jelas mengapa saudara kata belum bersedia? Apa maksudnya? Apa, masih kurangkah diri ini untuk menjadi pendampingmu? Kalau kurang, katakanlah dimana lompongnya…

Buat pengetahuanmu, kelmarin ada lagi yang datang untuk merisik .Tapi ku tolak baik-baik semata-mata aku menunggu jawapan dari lelaki yang selama ini aku cintai iaitu kamu.Tolong Hakim, jawablah pertanyaanku. Aku menunggu jawapan itu.. – Siti Umairah bt Hassan-

Aku melipat semula surat dari dia. Hatiku jadi terharu. Perlahan-lahan aku mendekati meja study. Kertas bersaiz A4 dan pen berdakwat hitam ku letakkan diatas meja. Lama aku termenung. Memikirkan dan menyusun ayat yang terbaik untukku membalas surat dia.

Kaherah – 9.20 malam / 11November 2011 @ Rabu

Assalamualaikum w.b.t, ….. Kehadapan adikku Siti Umairah bt Hassan

Terima kasih kerana sudi mengutus surat padaku. Segala isi kandungannya sudah ku baca. Aku mengerti isi hatimu. Aku memahami apa maksud dan tujuan surat –surat itu kau utuskan.

Tapi, sekali lagi aku mohon maaf. Aku belum mahu membina komitmen dalam percintaan dan pernikahan. Aku punya misi dan visi lain untukku capai. Aku masih punya bonda yang belum pernah ku balas jasanya. Aku masih punya adik-adik yang belum pernah sekalipun aku berpeluang menghulur biaya persekolahan mereka.

Kalau satu saat pekerjaanku sudah mantap, ekonomi kewanganku sudah kukuh..pasti! Pasti aku ingin menikah.Tapi jangan ditanya bila , dimana dan dengan siapa.Kerana aku tidak pernah merancang itu semua.Aku telah serahkan urusan itu bulat-bulat pada Rabb.DIA lah pengatur terbaik dalam hidup. Aku harap kau mengerti apa yang ku sampaikan ini.

Umairah, tidak ada satu kekurangan yang aku lihat padamu. Kau antara anugerah indah yang Allah kirim buat lelaki-lelaki didunia. Aku harap, kau bersabar.. pasti ada pemuda soleh yang sedang menanti waktu merisikmu. Jaga diri di bumi Mesir ini. Satu saat jika Allah mengizinkan, Insyaallah! kita pasti ketemu lagi. Amin! – Iman Nur Hakim Bin ‘Affan-

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience