BAB 6

Romance Completed 7386

KAHERAH, 13 Oktober 2012 – Hari kedua terakhir sebelum berangkat pulang ke tanah air. Jam 6.00pagi aku sudah keluar ke track jogging.Bermula dari rumah sampai sungai Nil berdekatan dengan Universiti. Sampai di tepi jambatan Nil aku berhenti. Mata memandang sungai indah ciptaan Sang Khaliq. Mungkin ini kali terakhir aku menikmati keindahanmu wahai Nil, bisik hatiku.

Aku jalan slow-slow.Dah penat nak lari. Sesekali mata memerhati sekitar Nil. Sungai paling bersejarah dan paling panjang di dunia (melebihi 4000 batu). Mata tertumpu pada sepasang arab yang berjalan berpimpinan tangan dihadapanku. Sesekali kedengaran si isteri ketawa manja bila mendengar gurauan si suami. Aku senyum. Inilah nikmat pernikahan. Ada teman, ada sahabat, ada tempat mencurah rasa dan berbahagi cerita. Aku juga teringin.

Wahai bidadari dunia.. tunggu aku! Satu saat kita pasti dipertemukan. Tiap-tiap hari aku menantimu dengan sabar. Semoga kau juga begitu. Aku tersenyum sendiri. Ah! Tiba-tiba pulak jiwang!

“Kim! sini rupanya enta!”laung Abu Hanifah. Disisinya ada Fauzan dan Safwan.

“Buat apa disini, Kim?”tanya Fauzan.

“Jogginglah takkan clubbing pulak.”jawabku. Fauzan,Safwan dan Abu Hanifah ketawa.

“Kami nak ke Bazaar Khan Khalily.Nak beli souveniers untuk famili.Nak ikut?”tanya Fauzan.

“Kamu pergilah, Ana tak bawa duitlah..”alasanku.

“Kami teman enta balik!Ambil duit plus tukar pakaian,ok?”tanpa sempat aku mencari alasan lain Abu Hanifah sudah menarik lenganku.

“Zan, enta beli banyak-banyak ni nak buat apa?Takkan cenderamata untuk keluarga sikit punya banyak macam ni,” mataku memandang barang-barang yang dibeli Fauzan.

“Separuh ni untuk keluarga.Separuh lagi nak buat hantaran majlis pernikahan ana nanti,” terang Fauzan. Aku senyum.Patutlah borong sakan!

“Untunglah enta. Balik-balik terus nikah,”usikku. Fauzan ketawa kecil. Bahuku dirangkul.

“Enta pun boleh dapat kalau enta berusaha dan berikhtiar sedikit. Jangan malu bertanya dan jangan pendam apa yang ada dihati tu. Kalau ada yang enta suka, jangan tunggu lama-lama.Itu rahsianya!”

“Dan kalau ada yang sukakan enta, jangan pula ditolak mentah-mentah,”aku menoleh memandang Safwan.

“Apa maksud enta? Siapa yang ana tolak mentah-mentah ni? ”

“Uih! Ramai.. Syazana, Umairah dan anak Acheh tu.. Siti Musfirah. Semua enta tolak,”kata Fauzan.

“Termasuklah adik sepupu ana. Pun enta tolak! Dah berapa kali ana nak kenalkan dengan enta.Tapi apa enta jawab? Tak mahulah, tak bersedialah, nanti-nantilah..kecik hati ana tau.Kalau ya pun tak sudi janganlah ditolak dengan alasan-alasan macam tu.Tak bolehkah berkenalan dan kenali hati budi dulu?” Safwan mula membebel.

Allahurabbi! Safwan marahkah? Aku segera memeluk tubuhnya. Aku tahu Safwan benar-benar berhajat untuk menjodohkan aku dengan adik sepupunya.Memang… Aku memang selalu beralasan dengan Safwan tapi aku tak terniat untuk menyakiti hatinya.

“Janganlah marah Wan. Ana tak ada niat pun nak kecilkan hati enta. Ana minta maaf ya,”pohonku.

“Ana tak marahlah…”kata Safwan.

Aku melepaskan pelukan. Wajahnya ku pandang. Dia senyum. Safwan sahabat yang paling akrab denganku. Bukan yang lain tidak rapat. Cuma Safwan adalah sahabat sebilik sejak dari mula-mula sampai ke Mesir hinggalah ke hari-hari terakhir sebelum berangkat pulang ke Malaysia.

“Ana memang benar-benar berhajat.Tapi kalau enta tak mahu, takkan ana nak paksa.”jujur bunyi suara Safwan. Ya Allah, bukan niatku untuk menolak hajat sahabatku ini tapi.. monologku mati.

“Kim, jangan-jangan enta masih teringatkan gadis Jabal Rahmah tu tak?”tiba-tiba soalan itu keluar dari mulut Abu Hanifah. Aku memandang ke wajah Abu Hanifah.Kening berkerut mengingati kisah itu. Sungguh! Aku dah lama lupa tentang kisah itu.

“Gadis Jabal Rahmah? Siapa tu Nif?”tanya Fauzan.

“Gadis Jabal Rahmah tu.. macam ni ceritanya,” Abu Hanifah bercerita dari A-Z kisah di tanah Makkah 3 tahun lalu pada Fauzan dan Safwan.Aku hanya diam.

“Dia cantik tak?”tanya Safwan.

“Dia tutup…”aku memberi isyarat tangan tutup ke kawasan mulut tanda si gadis berniqab.

“Alah! Mesti cantik punyalah. Mungkin lagi cun dari adik sepupu enta tu, Wan!”usik Abu Hanifah. Safwan menjungkit kening.Kami ketawa serentak dengan Fauzan.Dalam diam hatiku berbisik… ‘Apa khabar kau wahai gadis Jabal Rahmah? Semoga kau sentiasa dalam naungan rahmat dan cintaNya.’

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience