BAB 14

Romance Completed 7386

GEMAS – 13 Ogos 2012 (6 Syawal )- Aku cuti seminggu sempena Aidilfitri. Tapi aku hanya dapat beraya 1 hari saja sebabnya masuk hari kedua raya aku sudah demam. Terasa seluruh urat sarafku sakit-sakitan. Janjiku pada Fatimah untuk mengajaknya menziarahi sanak keluarga terpaksa ku batalkan.Tubuh ni tidak larat untuk bangkit apatah lagi berjalan raya. Namun hari ini aku wajib kuatkan semangat. Aku tidak mahu menghampakan permintaan jemaah masjid. Aku sudah terlanjur berjanji maka harus ku tunaikan permintaan itu.

Sesudah maghrib aku dijemput mengadakan ceramah agama bersama jemaah masjid di kampungku. Alhamdulillah! Allah memudahkan urusanku dalam mengembangkan dakwah. Allah berikan aku kesegaran.Hanya sesekali terpaksa berhenti bila tekak terasa perit.

Usai ceramah aku mengajak Fatimah pulang berjalan kaki. Keretaku dipandu Abang Zahran pulang bersama ahli keluarga yang lain.Sengaja aku mengajak Fatimah berjalan kaki. Sambil dapat mengeluarkan peluh dapat juga aku dan Fatimah berdua-duaan sebentar.

Aku menghulurkan tangan pada Fatimah. Dia yang masih malu-malu menyambut huluran tanganku. Seketika jari-jemari kami bersatu. Subhanallah! Terasa begitu hebat aura kasih sayang sehinggakan aku merasakan tubuh ini seperti sedang di cas dengan kekuatan baru.

“Kenapa Fatimah masih malu-malu dengan Abang?”tanyaku pada Fatimah. Fatimah tersenyum.Tidak ada jawapan keluar dari mulutnya.

10minit berjalan akhirnya kami sampai dirumah. Tubuh terasa hangat bila berpeluh. Moga saja demam ini kebah. Aku ke kamar mandi menukar pakaian. Selesai membersihkan Fatimah masuk sambil membawa segelas susu panas. Gelas itu disuakan kepadaku.

Aku minum seteguk kemudian aku suakan gelas itu pada Fatimah. Fatimah juga meneguknya. Lalu aku mengambil semula gelas itu dan meletakkan mulutku di tempat kesan bibir Fatimah lalu meneguk lagi susu itu. Fatimah memerhatikan aku.

“Abang, orang tua-tua cakap kan… kalau suami minum dekat bekas isteri dia, nanti isteri dia akan menderhaka dan melawan pada suaminya. Betul ke, bang?”tanya Fatimah.

“Itu persepsi masyarakat Melayu kita saja. Mungkin pada masyarakat kita, suami adalah orang yang patut dihormati jadi tak sepatutnya suami minum ditempat atau bekas si isteri. Walhal sebenarnya ini adalah sunah nabi untuk mengeratkan lagi kasih-sayang antara suami isteri. Rasulullah sendiri minum dicawan yang sama dan dibekas bibir Siti Aisyah r.a ,”ceritaku.

Fatimah senyum mendengar ceritaku.Seketika aku merenung setiap inci wajahnya. Sepanjang lebih sebulan aku dan dia menikah terasa seperti belum puas aku menatap wajah mulusnya itu. Seketika Fatimah angkat bantal lalu ditekap ke mukanya. Keningku berkerut.

“Kenapa tutup muka?”tanyaku.

“Sebab abang pandang Ma..”jawab Fatimah. Aku senyum.

“Dengan suami sendiri pun nak malu-malu ke?” Fatimah angguk. Mukanya masih ditekap dengan bantal. Aku ketawa kecil. Dia comel!

“Sayang..”panggilku. Kali ini aku mendengar dia ketawa kecil. Dia memang selalu ketawa bila aku memanggilnya sayang.

“Sayang tahu tak yang sebelum ni abang pernah jatuh cinta dengan seseorang,” Fatimah mengalihkan bantal dari mukanya. Wajahku dipandang. Mata kami bertentangan.

“Siapa orang tu?”tanya Fatimah. Aku senyum. Dia cemburu!

“Dia.. gadis Jabal Rahmah yang terseliuh kakinya,”jawabku. Fatimah senyum lagi. Aku sengaja mendepa tangan menyuruhnya datang memelukku namun Fatimah mencebik tanda tidak mahu. Humm.. nakal juga isteri abang ni!

Lewat jam 11 malam kami masih belum lena. Dia duduk diatas katil sambil menyandarkan tubuh. Bibirnya bergerak-gerak membisikkan Asma’ Allah dengan tasbih pemberianku. Aku pula merebahkan kepala dipangkuannya sambil membaca buku. Sesekali dia mengelus rambutku dan sesekali tangannya mengurut dadaku bila aku batuk.

Masyaallah! Indahnya cinta setelah nikah. Segalanya pahala dan segalanya bahagia! Aku menahan diri dari terjerumus pada sumur dosa dan cinta palsu kerana aku mahu menyerahkan kesucian cintaku pada insan yang benar-benar layak untukku. Dan berkat itu Allah mengurniakan aku sekuntum bunga wangi yang bernama Fatimah Nur Ain si gadis JabalRahmah.

Fatimah.. Aku bukan Fahri lelaki soleh dan tampan yang menjadi idaman Aisha dan Maria. Aku juga bukan Abdullah Khairul Azzam lelaki zuhud yang berjaya memiliki gadis solehah Anna Althafunnisa. Aku bukan siapa-siapa.. Aku hanya insan kerdil lagi dhaif yang hidupnya menumpang kasih di bumi milik Rabbul’Izzati. Dan pada setiap hela nafas, setiap gerak badan, setiap degup jantung, setiap derap kaki… takkan pernah bermakna tanpa cinta dan Ihsan dari-NYA juga kasih-sayang darimu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience