BAB 2

Romance Completed 7386

“Saudari, jangan duduk disitu.Nanti kena pijak,”kataku.

“Saya tak boleh bangun.Kaki saya sakit,”jawabnya. Aku memandang Abu Hanifah.

“Kita papah!”kata Abu Hanifah.Mataku membulat.Bukan muhrim! Mana boleh bersentuhan.

“Darurat Kim, darurat!”bahuku ditepuk beberapa-kali.

Aku meminta bantuan makcik itu untuk membantuku untuk memapah anaknya.Kami ditengah-tengah sekarang. Aku bertanya sama ada dia mahu turun atau naik ke puncak.Gadis itu menjawab ini pertama kali dia sampai disini dan dia teringin benar untuk naik ke puncak Jabal Rahmah.

“Macam-mana boleh jatuh ni?”tanya Abu Hanifah sebaik saja kami sampai ke puncak.

“Tadi, ada jemaah dari Iran turun serentak.Sudahlah semua badan besar-besar lepastu tak tahu jalan perlahan-lahan pula tu! Mereka langgar anak saudara makcik ni sampaikan dia jatuh tergelincir.Itu yang menyebabkan kaki dia terseliuh tu,” cerita makcik itu. Aku dan Abu Hanifah terangguk-angguk mendengarnya.Anak saudara makcik itu pula kelihatan sedang menahan sakit.

“Terseliuh kalau dibiarkan boleh jadi bengkak, makcik.”kataku.Makcik itu angguk mengiakan kataku.

“Tolonglah Nak.Makcik tak tahu..kalau makcik urut karang takut lain pula yang sakit nanti,”pinta makcik itu. Sekali lagi aku memandang Abu Hanifah. Dia macam tadi.. darurat Kim,darurat! Huh!

“Maaf saudari, boleh saya tengok kaki yang sakit tu,”dia menanggalkan stokin. Memang bengkak!

Aku jadi teringat akan kisah Rasulullah. Baginda menziarahi salah seorang keluarganya yang sedang sakit maka Baginda mengusap-usap si sakit dengan tangan kanannya sambil membaca doa. Aku membongkokkan badan. Dengan hati-hati aku menyentuh bahagian yang sakit dengan tangan yang bersarung glove. Kakinyaku urut berlahan-lahan.Seraya mengucapkan doa dari Baginda Rasulullah.

“ Allahumma Robbannas, Adz-hibil ba’sa isyfi antasy-syafi la syifa’a illa syifa’uka syifa’an la yughadiru saqoman” – (Ya Allah Tuhan dari semua manusia, hilangkan segala penyakit, sembuhkanlah, hanya Engkau yang dapat menyembuhkan, tiada kesembuhan kecuali dari padaMu, sembuh yang tidak dihinggapi penyakit lagi). – (Hadith sahih)

Ketika aku menyentuh tempat yang sakit itu keningnya berkerut-kerut menahan kesakitan. Dalam masa yang sama telingaku mendengar suara alunnya beristighfar berulang-ulangkali tanpa henti.

“La Ba’sa Thohurun Insyaallah – (Tak apa-apa semoga penyakit ini menjadi pencuci dari dosa-dosa, Insyaallah),”ucapku. Dia tersenyum. Ya! aku pasti dia tersenyum walaupun aku tidak melihat bibirnya menguntum senyum kerana dilindungi oleh niqab.

Aku meraba isi beg sandangku. Untung saja ada bam panas dan sebotol air mineral. Aku hulurkan pada si gadis. Lambat-lambat dia menyambut pemberianku. Aku lihat telapak tangannya calar dan luka. Mungkin akibat jatuh tadi.

“Air tu diminum, bam tu buat gosok kaki yang bengkak.”kataku. Gadis itu mengangguk. Dia meneguk hampir separuh air mineral pemberianku lalu disuakan pula pada ibunya. Mereka kelihatan haus.

“Makcik, ada nombor telefon ketua jemaah tak? Biar saya hubungi dia. Sementara tu, saudari dan makcik bolehlah berdoa dulu,” kata Abu Hanifah. Segera makcik itu mengeluarkan kad nama ketua jemaahnya.Abu Hanifah segera mendail. Mahu memaklumkan jemaah ini dalam musibah.

Dalam masa yang sama aku melihat gadis dan makcik itu menakuk tangan berdoa. Lama mereka bertafakur. Pasti mereka punya 1001 doa untuk dipohonkan. Aku melihat kedua-dua kelopak mata si gadis itu tertutup rapat. Seakan-akan damai hatinya ketika memanjatkan doa. Dialur matanya ada air mata yang tunggu masa mahu gugur. Sesaat kelopak matanya itu terbuka mata kami bertentangan. Subhanallah! Cantiknya mata dia.. bundar dan bersinar. Aku segera mengalihkan pandangan.

“Makcik, saudari..sekejap lagi ketua jemaah akan naik.Jadi kami minta izin gerak dulu ya? Jemaah kami sedang menunggu dibawah tu,”Abu Hanifah meminta izin bergerak dahulu.

“Ya..terima kasih banyak Nak,”ucap Makcik itu. Ketika itu kami sedang melangkah menuruni tangga. Abu Hanifah mendahului aku.

“Saudara!”aku menoleh bila mendengar laungan gadis itu.

“Syukran! Semoga Allah membalas jasa saudara,”katanya. Aku senyum lalu mohon pamit duluan.

Sekitar 5.50 petang kami kembali ke hotel. Aku memberi arahan supaya jemaah pulang ke bilik hotel dan segera bersiap-siap agar dapat berjemaah di Masjidilharam kerana sebentar lagi waktu Maghrib.

Maghrib masuk sekitar jam 6.15petang. Usai Maghrib kami duduk bertadabbur sambil menunggu masuk waktu Isyak sekitar 7.30malam. Abu Hanifah sudah mencari tiang untuk menyandarkan tubuh.Aku duduk disisi Abu Hanifah sambil mata memandang indahnya Baitullah. Seketika aku meraba kocek jubah. Kening berkerut.

“Nif, enta nampak tak tasbih ana?”tanyaku.

“Tak nampak.Kenapa? Hilang ke?”tanya Abu Hanifah.Aku mengangguk.

“Jatuh dekat mana-manalah tu agaknya. Alaa.. di Makkah kan banyak tasbih,beli aje yang baru,”

“Masalahnya ana sayang tasbih tu. Itu mak ana yang hadiahkan.Sebelum berangkat ke Mesir,mak ana tempah tasbih khas untuk ana,”jelasku. Ia hadiah istimewa dari mak. Itulah alasan kenapa aku terkilan kalaulah ia benar-benar hilang.

“Maaf Kim. Ana tak tahu.. tapi, kalau dah hilang nak buat macam-mana. Entah-entah hilang masa di Jabal Rahmah tadi tak. Cuba enta cari saudari yang kita tolong tadi. Mana tahu dia perasan tasbih enta tu?”

Aku terdiam. Barangkali betul andaian Abu Hanifah, mungkin tasbihku jatuh ketika sedang menolong gadis itu tadi.Tapi untuk mencari dimana gadis itu agak mustahil bagiku. Jemaah umrah bukan sedikit. Tiba-tiba dalam masa yang sama mata bundar milik gadis itu melintasi pemikiran lagi.

Aku memejamkan mata sambil beristighfar panjang.Mengapa pula aku masih terfikirkan gadis itu? Wahai gadis Jabal Rahmah… andai pada kau tasbihku, tolong jaga baik-baik.Gunakanlah ia selayaknya tasbih..hatiku berbisik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience