BAB 11

Romance Completed 7386

GEMAS, 8 Jun 2013 – “Yey! Abi pandai kan Najid?” kataku sesudah selesai memandi dan memakaikan lampin Muhamad Ikhwan Najid.

“Hmm..Pandai sangat! Tapi, bilalah agak-agaknya Abi nak mandikan anak sendiri ya?”usik Kak Intan.

“Macam manalah nak mandikan anak sendiri kalau mak dia pun belum jumpa-jumpa lagi,”mak mencelah. Aku sengeh. Tak ada idea nak berkata-kata.

“Apa cerita dengan Kak Fatimah kesayangan Mira tu Kim? Berkenan tak?” Kak Intan bertanya. Aku tersenyum.

“Berkenan ke tidak?!”pehaku ditampar mak.

“Berkenan! Eh… ! Ya Allah, mak ni…” aku melurut dada. Terkejut!

“Mak dengar tak tadi?” kata Kak Intan sambil senyum-senyum.Mak juga ikut-ikut senyum.

“Mak harap sangat kali ni betul-betul jadi Kim,” kata mak dengan reaksi gembiranya.

“Apa yang jadinya mak?” soalku.

“Lah! Majlis nikah kamulah. Tadi kata berkenan. Jadi, apa yang nak ditunggu lagi? Nikahlah!” kata mak. Keningku berkerut.

“Maksud Mak.. nikah dengan Fatimah? Habis macam-mana dengan pilihan Mak Teh? Hari tu bukan ke mak dah beriya-iya sangat dengan calon Mak Teh tu? Siap ajak datang kenduri lagi tapi tak nampak batang hidung pun?” seketika Mak dan Kak Intan berpandangan.

“Ya Allah, Kim.. tak tahu ke? Fatimah itulah calon pilihan Mak Teh?” kata Kak Intan. Membulat mataku. Biar betul?!

“Tak lawaklah Kak Intan. Cakaplah betul-betul,”

“Astaghfirullahal’azim… Akak cakap betullah ni, Hakim.Fatimah tulah calon yang Mak Teh katakan tu.” Aku meraup wajah. Lama aku terdiam. Seketika wajah mak aku pandang.Aku tidak berkata apa-apa tapi mak seperti mengerti apa yang sedang bergelodak dijiwa anaknya ini.

“Malam ni Mak dan Mak Teh cadang nak ke rumah Fatimah. Nak sillaturrahmi disana. Apa kata Hakim ikut. Mana tahu, ada berita gembira untuk Hakim malam ni,” kata Mak lagi.

—————————–

Kami bergerak ke rumah Fatimah sesudah Isyak sekitar jam 9.00malam. Aku duduk disisi Pakcik Mustafa, abah Fatimah. Disebelah kiriku mak dan Amirah, dihadapanku Mak Teh dan Pak Teh. Pakcik Musafa ramah orangnya. Rakan sekerja Pak Teh di TNB. Kini hanya tinggal setahun sebelum pencen.

Ketika kami berbual-bual Fatimah keluar menatang dulang berisi teko air panas dan cawan. Malam ini dia mengenakan jubah hitam dan tudung labuh berwarna coklat. Dengan hati-hati Fatimah menuangkan air Nescafe panas didalam cawan. Dalam masa berbual mata sempat memerhatikan gelagat Amirah dan Fatimah. Amirah duduk dipangku Fatimah yang bertimpuh dibawah.

Sesekali Fatimah menyuap Amirah dengan kuih. Air nescafe yang panas ditiup perlahan-lahan biar sejuk sebelum disua ke Amirah. Rambut Amirah yang panjang diusap perlahan-lahan sebelum anak itu merengek-rengek minta diikat tocang. Aku senyum. Mungkin senario begini sudah biasa dimata orang lain tapi situasi ini sungguh sweet dimataku.

Aku menoleh memandang ke dinding. Mata tertumpu pada sebuah foto. Didalam foto itu Pakcik Mustafa sedang berdiri disisi unta yang dihias dengan bunga-bungaan. Kening berkerut. Tertera tarikh di bawah foto itu 30 Mac 2011. Tarikh tu..

“Itu gambar masa Pakcik menunaikan Umrah 2 tahun lepas,”aku memandang wajah Pakcik Mustafa. Mungkin dia perasan yang aku sedang memerhatikan foto didinding rumahnya.

“Pakcik pergi sendirian?”tanyaku.

“Pakcik pergi sekeluarga. Tapi masa Pakcik ambil gambar ni, Makcik dan Fatimah sedang naik ke Jabal Rahmah. Pakcik tak mahu naik. Lutut Pakcik ni sakit.Bila tak naik, itulah yang dok bergambar dengan unta tu,” cerita Pakcik Mustafa.

“Kalau Hakim nak tahu…di Jabal Rahmah tulah Fatimah terjatuh dari tangga bukit sebab dilanggar jemaah Iran. Masa tu, nasib baiklah ada 2 orang anak muda ni yang menolong. Kalau dia orang tak ada…tak tahulah makcik macam-mana kami dua beranak,” sambil Makcik Maznah bercerita, mataku pula mengamati wajahnya sambil cuma mengingati sesuatu.

“Allahurabbi!” ucapku. Adakah Fatimah gadis Jabal Rahmah itu? Ya Allah…. ada apa sebenarnya ini? Dalam masa yang sama Fatimah memandangku. Begitu juga dengan ahli keluarga yang lain.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience