BAB 8

Other Series 6528

”Baiklah, macam ni, kalau awak tak nak, malam ini juga awak pergi dari sini. Jangan balik ke sini lagi!” ujar Zalehah garang, segarang harimau. Fateen tersenyum kecil. Lantas dia berlari ke bilik dan mengemas barang-barangnya.

” saya pergi dulu. Selamat tinggal. Assalamualaikum semua…” kata Fateen sebelum meninggalkan rumah yang didudukinya itu selama lima tahun. Zalehah, Nadia, Laila dan rakan-rakan serumah yang lain hanya memandangnya tanpa berkata apa-apa.

Setelah keluar dari rumah, Fateen cuba mencari Firdaus di rumahnya.

” maaf, cik mungkin tersilap orang. Lelaki bernama Firdaus tak ada di rumah kami.” Ujar seorang lelaki yang juga penyewa rumah bernombor 23 tersebut.

” tapi bukankah firdaus rakan saya tinggal di rumah ni. Jangan-jangan encik bersekongkol dengan dia tak. Saya nak masuk. Saya mesti cari dia. Fir…Firdaus!!!” jerit Fateen di luar menyebabkan semua lelaki yang menyewa rumah tersebut keluar.

” apa yang pelacur ni buat kat sini.” Kata-kata seorang lelaki menyebabkan Fateen menjadi berang.

” wei, saya sekarang bukan pelacur. Sekarang saya nak cari Firdaus.” Ujarnya kuat.

” cik? Orang yang cik cari tak ada di sini. Dia tak tinggal di rumah kami. Cubalah cik lihat rakan-rakan saya. Hanya kami sahaja yang tinggal di sini.” Tiba-tiba seorang lelaki yang beraut tenang berkata kepadanya. Pelahan-lahan Fateen meneliti para lelaki muda di hadapannya. Dia seperti baru sedar sesuatu lantas berkata.

” maaf, saya fikir orang yang saya cari ada di sini. Tak apalah. Saya pergi dulu. Assalamualaikum…” katanya, lantas berlalu pergi. Semua pemuda itu menutup kembali rumah mereka. Di halaman rumah, Fateen menitiskan air matanya. Entah mengapa satu perasaan rindu terhadap sahabatnya itu mencengkam jiwanya walaupun baru beberapa jam dia meninggalkannya.

” Fir…ke mana awak pergi…jangan tinggal kan saya Fir…tolong..bimbinglah saya mencari keredhaanNya. Ya Allah….siapakah Firdaus yang selama ini hadir dalam hidup saya?” rintih Fateen pelahan sebelum meninggalkan rumah bernombor 23 tersebut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience