BAB 6

Other Series 6528

”Maaf, awak boleh blah dari hidup saya. Sekarang kita bukan kawan lagi.” Ujar Fateen tanpa memandang ke arah Firdaus.

”Baiklah, saya kan pergi dari hidup awak Fateen. Maafkan saya kerana menyakitkan hati awak selama ini. Cuma sebelum saya pergi izinkan saya menyatakan sesuatu kepadamu. Saat awak mendengar kalimah Allah, ingatlah bahawa saya sudah tak ada di sisimu lagi. Menjadi pelindungmu, menjadi pembimbingmu. Hanya engkaulah yang menentukan segalanya. Selamat tinggal wahai sahabatku..Assalamualaikum…” habis sahaja kata-kata itu, tiba-tiba satu suara bergema dalam pendengarannya.

Suara azan asar berkumandang dari masjid yang berdekatan. Ia menusuk jauh ke kalbu Fateen. Amat indah bunyinya. Sungguh, kemerduannya mendayu-dayu. Ya Allah, tanpa disedari bibirnya mengucapkan kalimah Allah.

” Fir….” dia memandang rakannya tetapi Firdaus sudah hilang dari penglihatannya. Firdaus sudah tidak ada di tempatnya berdiri tadi. Dia mencari-cari rakannya itu.

” Firdaus!!!” suara Fateen bergema di ruang persekitaran halaman rumahnya. Air matanya berjurai…benar, baru sekarang dia mengerti maksud rakannya tadi. Kalimah Allah itu adalah suara azan dan benar sekarang Firdaus, rakannya pula hilang sekelip mata.

Fateen seperti kaku di tempatnya ketika azan berkumandang. Hanya air matanya sahaja yang merembes keluar, Mencurah-curah. Satu perasaan halus menyelinap di hatinya.

Tiba-tiba dia berasa ketakutan yang amat sangat. Di hadapannya dia melihat dosa-dosa yang dilakukannnya selama ini. perbuatannya dari mula hingga akhir bagaimana dia melakukan kerja-kerja yang terkutuk. Kemudian dipaparkan kehadiran Firdaus yang tidak jemu-jemu menasihatinya dan cuba membimbingnya mengingati Allah.

Dipaparkan juga bagaimana dia mengambil sikap endah tak endah dengan nasihat kawannya itu. Ya Allah, hanya bibirnya yang mampu mengucapkan kalimah itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience