BAB 5

Other Series 6528

Sejak akhir-akhir ini, Fateen sering didatangi oleh lelaki bernama Firdaus itu, malah dia tidak tahu mengapa dia harus menerima Firdaus menjadi temannya saat lelaki itu menyatakan harapannya untuk menjadi sahabatnya. Rakan serumahnya tidak mengetahui persahabatannya dengan Firdaus kerana dia sentiasa menyembunyikannya dari pengetahuan mereka.

Malah dia hairan mengapa sahabatnya itu menolak untuk bersama dengannya tatkala dia mempelawanya melakukan hubungan seperti yang dilakukannya selama ini. Persahabatan mereka sudah menginjak ke angka dua bulan dan dalam masa dua bulan itu, lelaki itu sering menasihatinya untuk kembali ke jalan lurus. Jalan yang lebih diredhai oleh Allah. Namun Fateen masih seperti dulu.

Masih tidak berubah. Nasihat kawannya itu tidak mengubahnya menjadi wanita yang solehah. Firdaus tidak berputus asa, dia terus menasihatinya dan cuba membawanya keluar dari kepompong mainan dunia yang fana ini sehinggalah suatu hari mereka bergaduh besar kerana kebosanan Fateen mendengar nasihatnya yang sentiasa terbit dari bibir Firdaus.

” kenapa dengan awak ni Fir? Asyik nak menasihati saya sahaja. Awak fikir awak tu bagus sangat ke. Saya tahulah, siapa saya. Esok-esok, kalau saya dah tak nak hidup macam ni lagi, saya bertaubatlah tapi bukan begini caranya.” Marah Fateen suatu hari.

” saya sahabat awak Fateen. Saya berhak menasihati awak. Cubalah dengar nasihat saya. Hidup ini sangat singkat Fateen. Buang perangai buruk awak tu. jauhi kerja awak sebagai…”

”Apa, pelacur. Itu yang awak nak katakan bukan? Hei, Firdaus, dengar sini…dosa pahala saya adalah antara saya dengan Tuhan. Awak tak ada kaitan dalam hal ini. Saya bencilah dengan lelaki macam awak ni. Takut sangat dengan dosa. Bila saya Offer awak tak nak malah ada hati nak nasihati orang pula. Awak ni manusia ke malaikat!”

” Fateen, maafkan saya…saya tak berniat nak sakitkan hati Fateen…tapi sebagai sahabat, saya tak mahu melihat sahabat saya hidup dalam gelombang dosa….”

” apa Dosa. Awak cakap dosa Firdaus. Macamlah awak tu tak pernah buat dosa. Ok Fine, kalau awak tak nak hidup awak susah kerana saya, kita putuskan sahaja persahabatan kita ini. Kita bukan kawan lagi. Pergilah dari hidup saya. Tapi ingat Firdaus, walauapapun terjadi, saya tak akan berganjak dari kehidupan saya.”

Kata-kata Fateen membuatkan Firdaus terdiam seketika. Satu keluhan singgah di tubir bicaranya.

”Baiklah, tapi tak adakah peluang untuk saya….”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience