BAB 3

Other Series 6528

”Pelik! Dia cari apa kat rumah kita ni?” soal Zalehah lagi.

”Tiada apalah, dia hanya tanya rumah sewa nombor 23. Saya pun tunjukkanlah.” Jawab Fateen selamba.

” kenapa tak ajak dia masuk. Boleh kita….” Zalehah menghentikan kata-katanya sambil menyengitkan matanya ke arah Feteen. Fateen memahami maksud rakannya itu.

” dahlah, tak de maknanya. Dia pun dah pergi.” Kata Feteen, menutup pintu.

” Nadia mana? Tidur lagi ke?” soal Fateen kepada Zalehah. Zalehah menjungkitkan bahunya.

“entah”

” emm, penatlah tu.”

” semalam berapa yang datang?” ujar Zalehah. Fateen menujukkkan jari limanya kemudian meninggalkan Zalehah, menuju ke dapur. Bibir Zelahah membentuk o. Memang dia kagum dengan Fateen yang mampu melanggan 5 orang lelaki dalam satu malam. Malah kadang-kadang, kawannya ini mampu melanggan 10 lelaki hanya dalam satu malam. Dia sendiri tidak pernah sampai tahap begitu. Setakat dua tiga orang tu bolehlah, tapi kalau sudah melebihi 5 orang, itu sudah sampai tahap tinggi.

Di dapur, Fateen sudah tidak mengingati pemuda itu lagi. Baginya pemuda seperti itu memang banyak di tempat kerjanya. Kalau setakat pemuda itu, mesti dia akan memperolehi lebih baik darinya. Dia tersenyum sendirian mengingati bagaimana permainan mereka di ranjang jika dia memiliki pemuda itu.

Hari itu Fateen tidak pergi kerja. Rakan-rakan serumahnya sudah lama ke tempat kerja. Tinggal dia sendirian di rumah. Dia meminta cuti kerana berasa kepalanya pening. Petang itu, dia mengagahkan dirinya untuk keluar ke rumah. Hari ini sudah dua hari dia tidak ke tempat kerjanya. Dengan kudrat yang lemah, dia duduk di luar beranda. Dia melihat-lihat sekeliling. Tiba-tiba matanya terpaku pada rumah sewa nombor 23. Kenangan lalu menghuni fikirannya saat pertama kali dia terjumpa penghuni baru rumah tersebut. Sudah hampir seminggu dia tidak melihat pemuda kacak tersebut. saat dia termenung itu, dia dikejutkan dengan kelibat orang berjalan di depan rumahnya. Dia memandang ke arah orang tersebut.

Hampir dia terjerit apabila melihat orang yang melalui rumahnya itu adalah lelaki yang datang di rumahnya dulu. Entah mengapa, ingin sekali dia menegurnya. Lantas tanpa segan silu Fateen memanggilnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience